Wednesday, August 4, 2010

BINI MUDA KHALID IBRAHIM DILANTIK DALAM KERAJAAN SELANGOR : BUKTI KRONISME PAKATAN LEBIH PARAH

Khalid Lantik Isteri Muda Sebagai Pegawai Sendiri ?

Sebaik sahaja nama Khalid Ibrahim disebut-sebut sebagai MB Selangor pada malam 8.mac.2008 sudah kedengaran suara-suara yang mengatakan beliau akan mentadbir Selangor sebagaimana dia mentadbir sebuah syarikat.

Telahan itu menjadi kenyataan, satu demi satu yang diperlakukan oleh Khalid yang lagaknya seolah-olah beliau mentadbir sebuah syarikat. Banyak keputusan yang dilakukan oleh Khalid tidak disenangi oleh orang-orang PAS dan PKR.

Antaranya ialah:

1. Melantik rakan-rakan korporat dia dalam jawatan-jawatan penting di Selangor termasuk dalam GLC milik Kerajaan Selangor.

2. Meminta PKNS membayar dan menghantar lembu korban ke kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak.

3. Menggunakan wang kerajaan negeri untuk penyelenggaraan kenderaan peribadinya (lexus).

Itu antaranya, saya difahamkan banyak lagi yang ada. Ini pula kisah yang baru sampai ke pengetahuan saya.

Difahamkan wanita dalam gambar di bawah ini adalah isteri muda Khalid Ibrahim yang dilantik oleh Khalid untuk bekerja dengannya.

Nama : Rahimah Bt Kamarudin

K/P : 5x12x0 - 04 - 5x60

Jawatan : Pegawai Koordinasi Kepada MB Selangor

Gaji : RM 5000.00 Elaun : RM 2000.00
Gaji dibayar oleh MBI

Alamat : Shah Alam dan Taman Cahaya Ampang
(alamat penuh saya tidak boleh siarkan)

Untuk pengetahuan pembaca semua, jawatan Pegawai Koordinasi Kepada MB Selangor tidak wujud semasa zaman pemerintahan BN dahulu.

Difahamkan jawatan tersebut diwujudkan oleh Khalid semata-mata untuk meletak Rahimah di situ. Dan beliau mengarahkan MBI supaya membayar gaji Rahimah. Inilah tandanya kerajaan pimpinan Khalid Mengkronikan Ekonomi Selangor. Slogan Merakyatkan Ekonomi Selangor hanya pembohongan semata-mata. Buktinya ada di sini.

Jika benar seperti yang didakwa bahawa Rahimah adalah isteri muda Khalid, maknanya Khalid telah melakukan kesalahan moral yang serius. Ini kerana belum pernah lagi dalam pentadbiran negara atau negeri kita mendengar seseorang pemimpin melantik isteri mudanya bekerja satu pejabatnya dengannya. Jika dalam sesebuah syarikat sendirian berhad ianya perkara biasa.

Berita yang sampai kepada saya juga mengatakan kakitangan-kakitangan di pejabat MB Selangor dan pejabat-pejabat exco amat tidak senang dengan Rahimah. Dia cuba mengawal segalanya dan mereka-mereka semua perlu merujuk kepada Rahimah terlebih dahulu. Pendek kata, Rahimah berkuasa dalam segala hal.

Rakan blogger unspinners juga pernah menulis kisah Rahimah di sini
.
.

No comments:

Post a Comment