Wednesday, August 4, 2010

ADAKAH DAP DALANG PEMBUNUHAN LIM TING PENG AHLI MAJLIS MPM DAN KC MCA

Kalau sampai berbunuh, mesti DAP punya kerja

Ketua Cawangan MCA dibunuh. Berita berikut:

Dihumban dalam perigi


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat ahli Majlis Perbandaran Manjung, Lim Ting Peng yang ditemui mati setelah dihumban dalam perigi yang terletak berdekatan ladang ternakan ayam miliknya di Changkat Kruing, Beruas, Perak, semalam.

IPOH 31 Julai – Ahli Majlis Perbandaran Manjung (MPM) yang juga Ketua MCA cawangan Changkat Keruing, Lim Ting Peng, 49, ditemui mati dibunuh dalam perigi di ladang ternakan ayam miliknya di Kampung Baru Changkat Keruing, Manjung hari ini.

Mayat mangsa ditemui anak lelakinya, Tommy Lim, 18, yang turut serta dalam operasi mencari bapanya yang hilang sejak malam tadi.

Mangsa yang baru lima hari dilantik sebagai ahli MPM tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum ahli keluarganya bertindak membuat laporan polis semalam.

Selain melaporkan kejadian itu kepada polis, ahli keluarganya mencari mangsa sehinggalah mayatnya ditemui dalam perigi sedalam 5 meter di ladang ternakan ayam itu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd. Jamil Osman berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 8 pagi.

“Polis yang dimaklumkan tentang penemuan mayat tersebut kemudian bergegas ke tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati, terdapat kesan-kesan darah pada pondok berhampiran perigi di dalam kawasan ladang ternakan ayam tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Mohd. Jamil, sebuah kenderaan pacuan empat roda milik mangsa dan dua pekerja warga Myanmar yang ditugaskan menjaga ladang ternakan ayam itu sehingga kini gagal dikesan.

Sementara itu, isteri mangsa, Ling Mooi Kooi, 48, berkata, suaminya keluar rumah kira-kira pukul 5 petang semalam untuk bertemu dua pekerjanya yang mahu meminjam duit daripadanya.

“Salah seorang pekerja telah telefon suami saya ajak keluar sebab beritahu hendak pinjam duit sebanyak RM1,000,” katanya.

Setelah pukul 10 malam, katanya, Ting Peng tidak pulang-pulang menyebabkan dia cuba menghubungi suaminya menerusi telefon bimbit namun tidak berjawab.

Menyedari sesuatu yang tidak kena berlaku, dia mengajak anak lelakinya, Tommy ke ladang ternakan bersama penduduk sebelum menemui mayat suaminya dalam sebuah perigi di situ. - Utusan 1/8


Menurut Malaysia Instinct sini:
Kalau tanya penulis siapa pembunuh Ketua MCA Cawangan Changkat Keruing, Lim Ting Peng....rasanya DAP adalah antara suspek paling sesuai.

Macam mana bila Teoh Beng Hock (dari DAP) mati dan kesalahan itu secara langsung ditujukan kepada kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional, maka bila yang mati adalah daripada MCA pula ...memang sah laa ia perbuatan DAP.

Macam mana DAP ambil jalan mudah menuduh kerajaan dalam kes Beng Hock, apa kata kita ambil pendekatan yang sama dalam kes Ting Peng? Mungkin DAP ada faedah-faedah tersendiri bila Ting Peng mati. Mana kita tahu bukan.

Kalau baca berita berkenaan, memang nampak ada kemungkinan ia dilakukan oleh pekerja warga Myanmar yang digajikan Ting Peng....tetapi kemungkinan DAP terbabit pun tidak boleh ditolak.

Mana kita tahu kalau ada sesiapa dari DAP yang hendak menghapuskan Ting Peng yang pengaruhnya semakin berkembang di Manjung.

Apa sahaja boleh berlaku....kematian seorang Ketua MCA mesti ada faedah kepada DAP bukan?
Blog Skandal Politik sini berpendapat:
Kisah sebenar

Sebelum kejadian mangsa difahamkan sudah beberapa kali berjumpa seorang adun cina di Perak bagi berunding mengenai hasrat adun berkenaan untuk keluar parti dan menjadi adun bebas.

Walaubagaimana pun perkara tersebut telah bocor dan diketahui oleh parti yang diwakili adun terbabit.

Dikatakan pemimpin parti berkenaan telah menggunakan pekerja asing yang bekerja dengan mangsa dan kemudiannya diberi upah lumayan supaya melakukan kerja-kerja yang sepatutnya.

Secara jelas juga parti berkenaan cuba memberikan amaran kepada adun-adun mereka agar jangan keluar parti kerana mereka akan melakukan apa sahaja kepada mana-mana adun mereka yang belot.
Polis baik siasat itu Ngeh dan Nga.
.

No comments:

Post a Comment