Thursday, July 29, 2010

MAMBANG JAHAT BERKELIARAN DI NEGERI PAKATAN RAKYAT... BAHAYA!




Pendekar Mustar Pinang Sebatang ketika mengajar Ramli, Ajis dan Sudin mengenai mantera hanya menyebut beberapa jenis mambang. Kalau tak silap begini bunyinya:

Hai mambang tanah, mambang air, mambang api, mambang angin... mambang berasal dari gunung simambang. Tetapi disebabkan Bujang Lapok buta huruf, lain yang diajar lain pula ‘ditulis’.

Apabila Pendekar Mustar meminta mereka membacanya, ada yang sebut mambang pokok, mambang pendek, mambang kuning, mambang mabuk dan macam-macam mambang lagi.

Kalau mambang-mambang itu tidak cukup, Ibrahim ali pun ada baca-baca mambang versi baru. Bunyinya macam gini:
"Mambang Tanah, Mambang Pasir dan Mambang Balak.

Mambang kacau sana sini, mambang bijak, mambang jahat, mambang mahu kebas macam-macam

Semua … cubaan."
Nak faham, pergi ke Agendadaily sini.

ARKIB : 19/07/2010 - UTUSAN

Dirasuk macam-macam mambang, adakah ia satu co...ba...an?

SABTU lalu, ketika dalam perjalanan ke pejabat, penulis menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Jaguh Kampung, Ibrahim Ali. Selepas dibuang ayat pertama (takut sensitif) lebih kurang begini bunyi SMS itu: Hai mambang tanah... mambang pasir dan mambang balak... mambang kacau sana sini, mambang bijak mambang jahat, mambang mahu kebas semua...Cubaan.

Penulis kemudiannya membalas SMS itu: Melayu hilang kuasa pada (pilihan raya umum) PRU-13, kata Harussani... Cubaan.

Tok Him segera menjawab: Tidak cubaan lagi la tu... dah hancur! Begitulah serba ringkas SMS Jaguh Kampung Pasir Mas yang mengingatkan kembali kepada filem P. Ramlee berjudul Pendekar Bujang Lapok.

Mambang dan cubaan (disebut cobaan) antara dialog yang menarik perhatian dalam filem itu. Mambang antara lain membawa maksud makhluk halus yang dipercayai dapat merosakkan manusia. Dikenali juga sebagai hantu.

Dalam filem ini, Pendekar Mustar Pinang Sebatang ketika mengajar Ramli, Ajis dan Sudin mengenai mantera hanya menyebut beberapa jenis mambang. Kalau tak silap begini bunyinya: Hai mambang tanah, mambang air, mambang api, mambang angin... mambang berasal dari gunung simambang. Tetapi disebabkan Bujang Lapok buta huruf, lain yang diajar lain pula ‘ditulis’.

Apabila Pendekar Mustar meminta mereka membacanya, ada yang sebut mambang pokok, mambang pendek, mambang kuning, mambang mabuk dan macam-macam mambang lagi. Tetapi mambang yang disebut Juara Kampung melalui SMS itu mempunyai kaitan dengan politik semasa.

Kebelakangan ini, timbul isu-isu berkaitan tanah, pasir dan balak. Begitu juga isu air. Semoga isu-isu ini tidak berakhir dengan kata-kata cobaan seperti dalam filem.

Dalam Pendekar Bujang Lapok ini disebabkan Ramli, Ajis dan Sudin asyik membaca mantera dan menganggap apa yang berlaku sebagai cubaan, maka ketika Rose, anak dara Pendekar Mustar dilarikan samseng, mereka menganggapnya cubaan.

Maka diharapkan janganlah pula ketika bumi Selangor berlubang di sana sini akibat perlombongan pasir, masih ada yang menganggapnya sebagai cubaan.

Bukan juga cubaan jika bekalan air meruncing di Lembah Klang pada 2012 kerana kelewatan membina Loji Rawatan Air Langat 2 untuk memproses air mentah.

Balak ditebang sesuka hati juga jangan dianggap cubaan. Kalaulah semuanya yang berlaku dianggap cubaan, adakah apabila Melayu hilang kuasa politik pada PRU akan datang, ia juga dianggap cubaan?

Isu yang berlaku sekarang bukan lagi cubaan atau eksperimen. Ingatlah untuk meruntuhkan sesuatu di depan mata adalah lebih mudah daripada membinanya semula.

Meruntuhkan bangunan boleh mengambil masa sesaat tetapi membinanya kembali mengambil masa bertahun-tahun atau mungkin tidak dapat dibina semula.

Maka dalam isu tanah misalnya, penulis terharu apabila menatap lakaran serta gambaran pelukis mengenai cadangan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) membina kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah, Hulu Selangor. Khabarnya tanah YBK seluas 1,600 ekar itu akan turut menempatkan institusi pendidikan seperti sekolah berasrama penuh, Institut Kemahiran Mara, Maktab Rendah Sains Mara dan Institut Pertanian dan Perindustrian.

Malangnya projek itu tidak menjadi kenyataan malahan tanah yang dikurniakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini akan hilang.

Bagai mahu menitis air mata apabila kampus yang begitu damai dan indah yang bakal menempatkan 5,000 pelajar – tentunya anak-anak Melayu dari segenap pelosok negara - tidak menjadi kenyataan.

Tanah yang dulunya ‘dipijak YBK’ kini bakal dipijak orang lain. Macam lagu Warisan yang antara liriknya menyebut Bumi dipijak milik orang, Nenek moyang kaya raya, Tergadai seluruh harta benda,.Akibat sengketa sesamalah kita. Siapakah pemiliknya nanti? Adakah Melayu (bumiputera), Melayu Kampung, Melayu Internasional, Melayu Liberal atau Melayu Alat? Entahlah. Mungkin bukan lagi Melayu jadi pemiliknya! Semoga dilindungi daripada mambang tanah yang akan merosakkan tanah itu.

Akhirnya projek YBK yang mulanya mahu dilaksanakan di Selangor terpaksa beralih ke Jasin, Melaka. Khabarnya, banyak limpahan yang sepatutnya wujud hasil pembangunan UiTM di Serendah berakhir begitu sahaja. Adakah ini satu lagi cubaan?

Tidak cukup dengan tanah, isu pasir turut terbongkar. Riuh rendah mengenai bumi berlubang. Turut menjadi perhatian ialah isu balak di beberapa negeri. Ada yang tidak kena dengan aktiviti pembalakan. Isu alam sekitar seperti dilupakan. Entah ke mana perginya mereka yang dulunya amat gemar mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat sesuatu isu.

Begitulah cerita mambang versi baru - mambang tanah, mambang air, mambang pasir dan mambang balak.

Rasukan mambang bukan setakat itu. Kita sedia maklum, sekarang musim mesyuarat perwakilan UMNO. Disebabkan tidak ada pemilihan jawatan kecuali memilih perwakilan (G7) untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur, maka mesyuarat tidaklah panas.

Tetapi dalam tenang ada gelora. Ketika UMNO perlu berada dalam kedudukan bersiap sedia menghadapi PRU, masih ada masalah dalaman. Entah mambang mana pula yang ‘merasuk’. Mungkin ini juga boleh dianggap satu co...ba...an!

Terdapat beberapa ‘kepincangan’ sedang berlaku. Kecil tetapi menyusahkan. Seperti parti politik lain termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), masalah dalaman sudah lumrah. Ada yang membawa kepada pemecatan ahli atau digantung. Kemuncak masalah dalaman pula, ada ahli yang pakat keluar ramai-ramai.

Pada mesyuarat perwakilan UMNO ketika ini, macam-macam cerita diterima. Ada ketua bahagian tidak dibenarkan berucap malahan diminta berundur. Ketua bahagian yang tidak hadir mesyuarat dan menyisihkan diri juga berlaku. Ada juga bahagian yang perwakilannya memboikot mesyuarat. Wujud juga dua kumpulan yang bermesyuarat dalam satu bahagian.

Baru-baru ini, mesyuarat UMNO bahagian Setiu tidak dihadiri empat ADUN. Kenapa? Kebiasaannya, ADUN walaupun tidak memegang jawatan dalam bahagian akan hadir. Kadang-kadang kalau ADUN itu dari MCA, Gerakan atau MIC, mereka juga akan tunjuk muka untuk ‘ambil hati’ supaya diundi pada PRU berikutnya.

Tetapi kalau ADUN UMNO sendiri tidak hadir, ini sudah cerita lain. Sewajarnya ketika ‘musuh’ kalut dengan pelbagai isu ciptaan sendiri, inilah masanya UMNO menunjukkan kekuatan dan perpaduan. Masa untuk bangkit semula. Bukannya seperti enau dalam belukar. Jatuh bangun dalam politik adalah lumrah. Tetapi janganlah sampai seperti kata Presiden UMNO, Najib Tun Razak ‘kawan makan kawan’.

Hakikatnya, dalam politik, hari ini kita menjadi ‘imam’, mungkin esok lusa kita sebagai ‘makmum’. Begitulah sebaliknya. Tetapi kiblatnya tetap sama. Yang penting, ‘makmum perlu mengikut imam’.

No comments:

Post a Comment