Thursday, July 29, 2010

DR. MAHATHIR KE PERSIDANGAN BLOGGER ASIA

Dr. M sertai persidangan blogger Asia

KUALA LUMPUR 26 Julai - Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah antara penulis blog Asia yang akan berkumpul buat pertama kali di ibu negara bermula Rabu ini bagi membicarakan isu itu pada satu persidangan.

Dr. Mahathir akan menyampaikan ucaptama bertajuk "Building a Community Around Your Cause by Attracting dan Engaging People" pada persidangan dua hari tersebut.

Persidangan Blogger dan Media Sosial Asia 2010 dijangka menarik 400 peserta dari dalam dan luar negara, kata Shahul Hameed Dawood, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyEvents International, iaitu penganjur persidangan.

"Persidangan ini juga akan membuka peluang kepada pengamal media sosial untuk mendapatkan pengetahuan dan bertukar idea selain memupuk perhubungan perniagaan," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Bertemakan Refleksi Revolusi Media Sosial, persidangan tersebut akan menyaksikan penulis blog terkenal dan pakar media sosial dari seluruh Asia membincangkan pelbagai topik termasuk undang-undang dan pengaruh media sosial.

Penceramah lain termasuk Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Datuk Seri Tony Fernandes, penulis blog Datuk Ahirudin Attan, Pengarah Ogilvy Public Relations Worldwide Asia Pacific Thomas Crampton dan Michael Netzley yang merupakan felo Society for New Communications Research. - Bernama

No comments:

Post a Comment