Friday, June 4, 2010

DEMONSTRSI BESAR-BESARAN ESOK : PALESTIN KAMI PRIHATIN, JAHANAM ISRAEL

Salam Perjuangan...

ada 2 demo... apapun peganglah kata-kata ini sekuat-kuat iman kita zahirkan dalam tindakan/perbuatan... jika sedikit lemah kita zahirkan dari suara... jika lemah lagi tunjukkan kebencian dengan riak anggota tubuh kita... jika lemah lagi... cukuplah kita bersuara dalam hati dan berdoa... sesungguhnya doa itu senjata terhebat orang yang beriman... Apapun lahirkanlah kebencian ke atas tindakan Israel terhadap Palestin ini ya...

Jun 3, 10 7:01pm
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai demonstrasi yang dijangka diadakan di beberapa tempat di Kuala Lumpur selepas solat Jumaat esok bagi membantah serangan Israel atas kapal bantuan...
www.malaysiakini.com/news/133552

MACAM MANA NI POLIS... INI ISU UMMAH TAKKAN MAU KENA TANGKAP JUGA... KEPADA PAS DAN UMNO TOLONGLAH MOHON PERMIT UNTUK DEMONSTRASI ESOK... BAGI JADI HALAL...

NEGARA NI ADA UNDANG-UNDANG DAN POLIS HANYA JALANKAN TUGAS TAK BLEH JUGA SALAHKAN DEPA... JANGAN TIRU BUDAYA JALANAN DI INDONESIA ATAU TAHILAND... MEREKA TU BERUK... MARILAH KITA JADI LEBIH BERHIKMAH, BERETIKA DAN PROFESIONAL... KEPIMPINAN MELALUI TELADAN... KALAU KITA TAK MOHON KELULUSAN DAN BANTAI BUAT DEM JANGAN MARAH KALAU ORANG LAIN BUAT JUGA TANPA KEBENARAN....

BERITA DEMONSTRASI

Sekurang-kurangnya dua demonstrasi besar akan diadakan di ibu negara esok oleh pelbagai pihak bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan pro-Palestin.

Demonstrasi tersebut bagaimanapun dilangsungkan secara berasingan - satu di Masjid Kampung Baru anjuran Pemuda PAS manakala satu lagi di Masjid Negara oleh Pemuda Umno, selepas solat Jumaat.

Beberapa NGO dijangka turut menyertai demonstrasi tersebut antaranya Jemaah Islah Malaysia (JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Di Masjid Kampung Baru kumpulan penyokong pembangkang merancang berarak ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang bagi menyatakan menyatakan bantahan mereka kepada negara sekutu Israel itu.

Ia dijadual disertai semua pemimpin utama Pakatan Rakyat dan diketuai ketua umum PKR sendiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad berkata satu memorandum akan diserahkan kepada kedutaan Amerika oleh pimpinan utama Pakatan.

Katanya, kira-kira 200 anggota unit amal PAS akan ditugaskan mengawal perhimpunan dan perarakan esok.

Kamaruzzaman juga berkata pihaknya turut menjemput BN untuk turut sertai dalam perhimpunan dan perarakan tersebut, tetapi mereka memilih untuk mengadakan perhimpunan sendiri.

Katanya, jemputan tersebut dibuat kepada setiausaha Pemuda Umno, Megat Firdaus Megat Junid.

Kamaruzzaman juga menafikan ura-ura yang mengatakan perhimpunan esok akan diadakan di Masjid KLCC dan Masjid Tabung Haji.

Sebaliknya, tambah beliau, perhimpunan akan diadakan di Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat sebelum berarak ke Kedutaan Amerika.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Pemuda Umno, Saiful Hazizy Zainol Abidin berkata kumpulan di Masjid Negara akan diketuai oleh Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin.

Katanya, semua exco pergerakan tersebut diminta menghadiri perhimpunan tersebut.

NOTA :

LIHAT BETAPA BODOHNYA UMMAT ISLAM... KENAPA SAAT GENTING DAN KRITIKAL NI PUN TAK BOLEH BERSATU... PAS DI KG BARU, UMNO DI MASJID NEGARA... KENAPA TAK PAKAT-PAKAT BUAT SEBAGAI ANJURAN BERSAMA DAN DI SATU LOKASI SAHAJA...

RAKYAT TAK BODOH DAN KAMI MELIHAT... JANGAN BIARKAN KEBOBROKAN POLITIK MENGATASI MINDA WARAS DAN KEPENTINGAN ISLAM DAN PENYATUAN UMMAH... INILAH MASA UNTUK KITA PERALATKAN ISU INI UNTUK BERSATU...

KEPADA PEMIMPIN PAS DAN UMNO FIKIRLAH...


BERITA LAGI...

Zulaikha Zulkifli | Jun 3, 10 4:23pm
Selain perhimpunan anjuran Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), juga akan menghantar anggotanya menyertai perhimpunan dan perarakan anjuran PAS esok untuk mengutuk serangan tentera...
www.malaysiakini.com/news/133533

No comments:

Post a Comment