Friday, June 4, 2010

BERITA TERKINI : KAPAL RACHEL CORRIE TERUSKAN MISI FLOTILLA BANTUAN KE GAZA DESEBALIK ANCAMAN REJIM ZIONIS ISRAEL

Rachel Corrie teruskan misi capai matlamat

KUALA SELANGOR 3 Jun - Kapal Rachel Corrie yang membawa misi bantuan Perdana Global Peace Organization (PGPO) terpaksa meneruskan pelayaran ke Semenanjung Gaza bagi mencapai matlamatnya menghulurkan bantuan kepada penduduk Palestin.

Penaung PGPO, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, biarpun kapal sebelum ini (Mavi Marmara) telah diserang tentera Israel, Rachel Corrie tetap meneruskan perjalanannya.

Menurut beliau, kapal itu yang turut membawa enam rakyat Malaysia dan seorang rakyat Ireland dijangka tiba di tebing Gaza kira-kira pukul 6 pagi Sabtu ini waktu Malaysia.

"Saya cakap pada Mathias (Chang) yang menjadi ketua, suruh teruskan ke Gaza. Tetapi sekarang kita dapati Yahudi, kalau dia ambil tindakan pun, orang tak buat apa kat dia.

"Saya takut itulah, dia (tentera Israel) akan cuba tahan. Tapi kita terpaksa ambil risiko... Saya harap dia tak ambil tindakan ganas dan bunuh orang," kata beliau.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika ditemui selepas Program Jom Gegar Tanjong Karang: Bicara Bersama Ayahanda Tun Mahathir di Dataran Astaka, Tanjong Karang di sini petang ini.

Ditanya nasihatnya kepada delegasi PGPO, Mahathir berkata, mereka perlu bekerjasama dengan pihak lain yang juga terlibat dalam menyempurnakan misi kemanusiaan itu termasuk kapal awal yang ditahan dan telah dilepaskan kemudian.

PGPO menghantar tiga kapal untuk menyertai konvoi Flotilla Pembebasan bagi menghantar bantuan kemanusiaan termasuk perubatan dan bahan binaan kepada penduduk Gaza.

Selain Chang, dua lagi wakil PGPO, Shamsul Akmar Musa Kamal dan Ahmad Faizal Azumu, menaiki kapal kargo yang membawa bantuan perubatan untuk penduduk Gaza tersebut.

Turut serta dalam misi itu ialah Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria, wartawan dan jurugambar TV3, iaitu Halim Mohamed dan Mohd Jufri Judin.

Dr. Mahathir sebelum ini mendesak masyarakat antarabangsa mengambil tindakan tegas terhadap Israel yang menyerang kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Beliau berkata, tindakan itu tidak wajar kerana kapal terbabit berada dalam perairan antarabangsa dan dinaiki aktivis pelbagai negara yang tidak dilengkapi sebarang senjata berbahaya seperti dakwaan tentera Israel.

BERITA MISI FLOTILLA BANTUAN KE GAZA YANG BERKAITAN

KUALA LUMPUR 3 Jun – Semuanya merepek dan langsung tidak masuk akal! Itu kesimpulan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai alasan demi alasan yang diberikan Israel bagi menghalalkan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim haram itu terhadap konvoi bantuan kemanusiaan Palestin.

KUALA SELANGOR 3 Jun - Kapal Rachel Corrie yang membawa misi bantuan Perdana Global Peace Organization (PGPO) terpaksa meneruskan pelayaran ke Semenanjung Gaza bagi mencapai matlamatnya menghulurkan bantuan kepada penduduk Palestin.

PUTRAJAYA 3 Jun – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diminta tidak lagi takut dan ‘kecut perut’ seperti mana berdepan dengan Israel sebelum ini dalam menangani kekejaman terbaru rejim itu yang menyerang dan membunuh anak-anak kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza kelmarin.

KUALA LUMPUR 3 Jun – “Kalau tidak dapat menjejakkan kaki ke Gaza pun tidak mengapa tetapi apa yang penting, biarlah bantuan ini sampai kepada rakyat Palestin.’’

KUALA LUMPUR 3 Jun – Meskipun secara dasarnya misi bantuan ke Gaza dilihat gagal kerana tidak dapat diteruskan, kalangan aktivis beranggapan mereka telah berjaya menghidupkan rasa benci dunia terhadap Israel.

AMMAN 3 Jun - Sambil memuji keberanian 12 sukarelawan Malaysia menghadapi serangan tentera Israel semasa berada di atas kapal menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kejadian tersebut telah membuka mata dunia tentang kekejaman rejim Israel.

KUALA LUMPUR 3 Jun - Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) menggesa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menghulurkan bantuan segera kepada rakyat Palestin yang menderita akibat kekejaman tentera Israel.

ISTANBUL 3 Jun - Ketua sebuah pertubuhan amal Turki yang menganjurkan flotila bantuan ke Genting Gaza mendakwa tindakan aktivis memukul komando Israel semasa serangan ke atas konvoi mereka adalah untuk mempertahankan diri.

BAITULMAQDIS 3 Jun – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak kritikan antarabangsa terhadap tindakan komando rejim Zionis itu menyerang ‘Flotila Pembebasan’ yang membawa bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza awal minggu.

TANGGAL 31 Mei 2010 adalah cuti umum di United Kingdom (UK) bersempena dengan Bank Holida y' yang ditetapkan beberapa hari dalam setahun termasuk Isnin terakhir bulan Mei.


DI sebalik keghairahan peminat bola sepak menantikan perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 antara Afrika Selatan dan Mexico pada 11 Jun ini, dunia dikejutkan dengan tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis yang menyerang kapal dan menghalang misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin.

ISU serangan tentera komando Israel ke atas kapal Mavi Marmara yang membawa aktivis dan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza menjadi topik utama penulis blog minggu ini. Tidak kurang hangat adalah isu pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

AKTIVIS yang berada di atas Mavi Marmara yang dalam misi bantuan ke Gaza menyifatkan kapal itu bertukar menjadi tasik berdarah ekoran serangan tidak berhati perut komando Israel

No comments:

Post a Comment