Wednesday, March 18, 2009

RASUAH PEMILIHAN UMNO : ALI RUSTAM DAN KHAIRY BERSALAH



Salam Perjuangan...

Terang lagi tersuluh... memang Agen ni selamba je tabur duit tak kira org tu nak ke tak tanpa rasa bersalah dan segan silu... dan memanglah padan mukanya kalau kena... tapi ni sikit sangat naik kes rasanya banyak lagi... kena bersungguhlah dato'...

Ali Rustam tak boleh bertanding... khairi kena amaran... lucu sebab yang kena semua calon yg side Pak Lah... he he he ada apa-apa ke Dato' Najib??? nak hapus kan pengaruh awal-awal lagi ke?

Khir Toyo terlepas... mungkin rezeki dia tak sangkut sebab dengar-dengar ejen di minta tolong sgt2 sbb Khir Too kata dia memang betul betul mengidam jawatan tu....

Norza dah kena hadapkan ke mahkamah... nampak macam tak dapat bertanding MT lah dato'... salah agen dato' gak jual nama dato' banyak sangat...

Azalina pun dengar-dengar SPRM dah gelidah dan amik fail dari pelbagai pejabat berkaitan kes dia... ha apa cerita? aritu cabar SPRM buktikan... ni dia orang tengah nak buktikan... kita tunggu dan lihat.

Termasuklah beberapa nama lain yang turut dikenali melibatkan pemimpin UMNO di bahagian... pemimpin di sayap wanita puda dan puteri ramai jugak yang kena... baguslah ada tindakan... tapi barah politik wang yang di semarakkan oleh Anwar Ibrahim semasa dalam UMNO tu ni masih menular... keinsafan masih belum timbul dihati sanubari pemimpin ini... UMNO perlu lakukan sesuatu... jangan biar rakyat diberikan imej buruk dan menyembabkan mereka semakin menjauh dari UMNO...

Renung dan Fikirkanlah

No comments:

Post a Comment