Wednesday, March 18, 2009

CALON BN PILIHAN RAYA KECIL MAC 2009 : SELAMAT BERJUANG


Selamat berjuang...

Perjuangan demi menegakkan bangsa malaysia yang stabil dan berjaya... tanpa anasir-anasir busuk dan jijik oleh fitnah dan adu domba oleh pembangkang...
.
cuma di bukit lenjan ADUN dia tak tau nak teruskan adegan lenjan dan rakam guna video pulak atau nak letak jawatan demi maruah... tapi kalau tak ada maruah dan tak tau malu sure tak kisah....
.
Bersatu kita menyokong Calon tempatan berkenaan...
.
Untuk En Ismail Safian yang merupakan Bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, semoga anda berjaya. Ingatlah perjuangan ini bukan perjuangan peribadi atau perjuangan untuk parti, tetapi ini ialah perjuangan untuk rakyat. Ikhlas dalam perjuangan amat penting. Budi bahasa wajib di jaga. Perjuangkanlah hak dan nasib penduduk di sana dengan adil dan saksama. Selamat Berjuang saya ucapkan kepada En Ismail Safian dan seluruh jentera pilihanraya Kawasan Bukit Gantang!
.
Kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah Datuk S. Ganesan yang menjadi wakil BN di DUN Bukit Selambau pula, perkara yang sama, Datuk bekerja keraslah untuk memastikan rakyat yakin dengan kebolehan Datuk sebagai wakil mereka. Perjuangkan lah hak dan nasib rakyat Bukit Selambau. Seperti yang saya katakan tadi rakyat mahu pemimpin yang boleh membawa kemajuan dan kesejahteraan mereka. Pelik tetapi benar! Jadi pedulikan mereka, yang penting Datuk mesti bekerja keras, turun padang ke semua kawasan Datuk, dan teruskan "turun padang" ini selepas menang nanti! Jangan pulak Turun Padang sebelum pilihanraya je, lepas menang HILANG! Ok Datuk dan semua jentera pilihanraya di sana, SELAMAT BERJUANG!
.

Malcom Mussen Lamoh, 49, dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) telah di cadangkan oleh BN Serawak sebagai calon DUN Batang Air dan menunggu kata putus dari Pak Lah. Rasanya tentu lah Pak Lah setuju, hanya BN Serawak yang lebih kenal dengan wakil mereka. Walaupun kawasan tersebut kubu kuat BN tapi jangan memandang remeh dan ambil sikap lewa. Kita masih kene kerja keras untuk memastikan dan mengekalkan keyakinan rakyat kepada BN. Semua hal rakyat yang di wakili kene di ambil tahu dan di tangani segera. Barulah anda akan kekal menjadi wakil di hati rakyat walaupun anda telah tiada nanti. Selamat berjuang juga kepada BN Serawak! Kejayaan akan bersama kita... INSYAALLAH.

Kepada pengundi sekalian... pilihlah dengan bijak... apakah anda mahu memilih pakatan rakyat yg konon berjuang demi negara kebajikan... tapi sehingga kini tak ada sebarang hasil dan apakah anda ada menerima perkara seperti dijanjikan pada anda waktu pilihanraya lalu? Masih nak percaya walau anda telah bekali-kali di perbodoh dan di tipu... yg dapat projek kroni terdekat tapi rakyat biasa yg undi mereka dapat apa??? lebih sengsara adalah... padahal kroni mereka sibuk kumpul harta dan duit untuk kayakan diri... kesian

Pakatan rakyat sibuk menjaja dan menjual serta menabur fitnah ke atas UMNO dan barisan nasional demi meruntuhkan kuasa dan memesongkan kebenaran dari dilihat oleh rakyat hingga kebajikan rakyat terabai... di dalam internet... ceramah hinggakan kenyataan fitnah di media masa dan parlimen lakukan... seluruh dunia memerhati keadaan ini... dan mereka melabel negara kita tidak stabil akhirnya pelabur lari dan tak jadi datang... apa nasib ekonomi kita? akhirnya kalau tak ada syarikat dan pelabur apakah ada peluang kerja untuk kita... lebih-lebih di zaman kemelesetan ekonomi ini... apa nasib isteri anak dan keluaraga kita jika ekonomi meleset teruk...

Terbukti di pulau pinang & di perak... DAP yg memiliki kerusi terbesar memanipulasi kerajaan pakatan rakyat dan menguasainya... hasilnya pelbagai hak melayu telah dihakis secara senyap-senyap... dan kaum cina sudah naik tocang... dah lah menguasai ekonomi, pemilikan tanah dan rumah dan kini politik dan agama pun dia nak campur tangan... Islam dan hak melayu juga bumiputera sekarang sewenangnya dipersoalkan... mahukah kita kaum melayu Islam dan bumiputera menggadaikan hak keistimewaan kita sekarang dengan konsep sama rata yg dibawa pakatan rakyat pada hal kita (melayu bumiputera) ketinggalan jauh dari segi pendidikan, ekonomi, sosial dan segenap aspek kemajuan... Apakah kita akan dapat pertahankan ISLAM sebaiknya dan menegakkan agama Allah dengan bersekongkol dengan kafir HARBI yg terang menyatakan langkah mayat saya baru tubuh negara Islam? apakah kita mampu mendaulatkan syiar Islam dengan memberikan kebebasan beragama berlebihan seperti acuan Pakatan Rakyat ... apakah anak muda dan golongan remaja kita yg iman mereka setipis kulit bawang itu akhirnya nanti dijamin TIDAK TERPENGARUH HINGGA MURTAD???

Mahukah pengundi semua mempertaruhkan masa depan anak-anak cuc cicit dan generasi kita mendatang ketangan pakatan rakyat??? walau baru memerintah tak sampai 1 tahun dan kuasai beberapa negeri mereka telah dipenuhi pelbagai masalah... rasuah... skandal seks... korupsi... kumpul harta utk keluarga dan diri... salah guna kuasa... sokong hak melayu dihapuskan... Islam diperlekehkan... Bayangkan Nasib Kita kalau mereka memerintah Malaysia... cukuplah...

Fikirlah sedalam dan semasaknya... tanpa dipengaruhi emosi dan benci... fikirlah terbukti BN masih yg terbaik... mari kita ketepikan permusuhan dan fitnah yg dijaja pakatan rakyat untuk bersatu mengundi Calon BN tetapi dengan keinsafan bukan sahaja untuk BN, UMNO tapi untuk generasi kita akan datang...

Teruskan Perjuangan..... Kepada Allah Kita Berserah

No comments:

Post a Comment