Salam Perjuangan
Maklumat adalah dipetik dari Blog Maharaja Blogger dibawah artikel BOGEL : BENAR SEKALI KATA BEKAS MENTERI BESAR PERAK DATUK SERI NIZAR. Ikuti kenyataan Bekas MB Perak ini :-
Serentak dengan pendedahan tersebarnya gambar bogel wakil rakyat PKR (Parti Keadilan Rakyat) Elizabeth Wong, akhbhar The Sun (16 Februari) juga menyiarkan interviu dengan Bekas Menteri Besar Perak Datuk Nizar Jamaluddin yang mengakui wujudnya wakil rakyat yang tidak bermoral di kalangan kerajaan Pakatan Rakyat. Beliau menyatakan ini adalah oleh kerana penapisan yang serius tidak dilkakukan terhadap bakal calun Pakatan Rakyat dalam pilihanraya awam yang lalu (2008) dan kemenangan besar yang tidak dijangkakan sehingga menguasai beberapa kerajaan negeri menyebabkan orang orang yang tidak"layak" telah dilantik dalam kerajaan.
Bagaimanapun beliau mempertahankan anggota anggota Pas sebagai lebih bersih dari anggota lain lain parti (tentunya yang dimaksudkan ialah DAP dabn PKR) dan katanya anggota Pas tidak mudah untuk melompat atau dibeli oleh pihak lain atau terlibat dengan kes kes tidak bermoral.Kata kata Menteri Besar ini memang benar. Umpamanya di Kedah terdapat tukang urut, pemandu lori ,samseng dan orang yang tidak bermoral dan tidak bepelajaran telah terpileh menjadi wakil Dewan Undangan Negeri .
Yang terkini dan paling menggemparkan ialah pendedahan gambar bogel seorang wakil rakyat PKR di Dewan Undangan Negeri Selangor Elizabeth Wong. Sekalipun beliau menyatakan bahawa gambar itu diambil tanpa keizinannya tetapi sukar untuk orang mempercayainya kerana Yang Berhormat ini memberikan pos istmewa dengan berada diatas sofa.
Tekanan yang dihadapi Nizar membuatkan NIZAR meluahkan dan membuka perkara sebenar kepada umum bahawa hakikatsebenar pemimpin Pakatan Rakyat... sama ada ADUN atau MP malahan EXCO NEGERI dan barisan kepimpinan semua peringkat Pakatan Rakyat terutama PKR dan DAP tidak melalui tapisan atau erti kata lain calon pemimpin tangkap muat... yang akhirnya didedahkan terlibat GEJALA SOSIAL, MEMBELA PEREMPUAN SIMPANAN, BERGAMBAL BOGEL, RASUAH, TAHAP PENDIDIKAN, SAMSENG, ORANG KASAR & TIDAK BERMORAL hingga TERLIBAT LIWAT walaupun nampak ALIM belum tentu lagi...
Jadi mari kita fikir dengan rasional... fikir dengan tenang... fikir tanpa dipengaruhi emosi... fikir bukan untuk kita tetapi untuk masa depan ISLAM, Anak cucu kita & negara... apakah kita nak letakkan dan perjudikan nasib kita dibawah pemimpin seperti ini??? apa akan jadi pada masa depan kita kalau orang macam ini memimpin negara Malaysia??? belum terlewat... masih belum terlambat... masih sempat kita memperbetulkan keadaan...
Allah SWT kini mula memberikan bala dan malapetaka kepada PAKATAN RAKYAT dengan membuka dan menunjukkan satu persatu wajah sebenar Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh manusia Munafik yang sanggup mengadai dan mengkhianati ISLAM, MELAYU dan NEGARA demi mendapatkan kuasa... bersekongkol dengan kafir harbi yang terang memusuhi ISLAM.... ALLAH SWT mahu memberikan kita peluang kedua... lihat sahaja pelbagai insiden, isu, skandal dan kebenaran yang ALLAH SWT telah tunjukkan...
ALLAH masih sayangkan kita... fikirlah dan yakin dengan cahaya kebenaran yang pasti dapat dilihat... sama ada kita cukup kuat dan tabah menerima hakikat bahawa inilah sebenarnya wajah syaitan pemimpin yang kita agungkan... jangan biarkan diri menjadi golongan yg Allah tutup terus dan kunci pintu hatinya dari menerima hidayah dan hakikat kebenaran... pandanglah dengan mata hati dan akal yang bijak sana... " Sesungguhnya Janji Allah Itu Benar... Kebenaran tetap mengatasi kebatilan"
Teruskan Perjuangan...
betul tu.. sikit punya sopan ker selembuzar tu..
ReplyDeletenak derhaka pada sultan pun dia mohon derhaka dulu..
ingat tu MOHON! haha..
YB PKR bukit selambau tu bukan kena ugut..walhal sultan murka..ada anak haram..hasil usaha skandal dgn perempuan simpanan di bawak sampai ke majlis istana..