Salam Perjuangan...
saya baru membaca posting terkini oleh yang dikasihi Tun Mahathir berkenaan percubaan budak tingkat 4 untuk terus kekal berkuasa yang boleh di baca DI SINI ... melalui pelbagai medium dan cara serta modus operanti yang tersusun dan fleksibel mengikut situasi dan keadaan.. syabas dan hebat... syabas kerana berjaya menjahanamkan melayu dan hebat kerana menjadi anjing pengkhianat kepada bangsa, agama dan negara kerana bertuhankan kekuasaan, kekayaan dan pangkat... tak insaf dan belajar ke kerosakan yg korang dah lakukan...
Kalau Paklah hanya meletak jawatan sebagai presiden UMNO dan tak turun jawatan PM dan mahu terus kekal... atau pak lah berundur sepenuhnya tetapi unsur tingkat empat kekal bersama Najib... nescaya ramalan bahawa BN kecundang dan tewas menjekang PRU 13 akan menjelma menjadi kenyataan... angin bertiup kencang yang Pak Lah sedang dilobi dan cuba dipengaruh oleh budak tingkat 4 untuk kekalkan jawatan PM...
Kalau itu lah yang terjadi nescaya ramai ahli UMNO akan keluar parti dan meninggalkan parti UMNO kerana waktu itu terbukti yang UMNO telah menjadi parti untuk anak beranak dan kroni serta orang gila kuasa... Insaflah Pak Lah sebelum terlambat...
No comments:
Post a Comment