Salam Perjuangan...
Terbukti maklumat disalurkan penulis amat tepat sekali dengan mengambil kira pengesahan maklumat dari Kenyataan Tun Mahathir(rujuk dibawah)... mungkin ramai tidak bersetuju dengan penulis namun pemilihan Wan Farid telah menimbulkan keresahan dikalangan UMNO KT sendiri... Wan Farid baru sahaja memenangi pemilihan ketua bahagian KT dan team yang kalah masih tak sejuk lagi.... Namun sebagai kroni dan sahabat baik Khairy Jamaludin (KJ) seterusnya PLah (tido lah) ramai hanya mampu mendiamkan diri... artikel penulis boleh dibaca seperti berikut :-
Wan Farid : Kenali Calon BN PRK KT (P36)
Skandal Gambar Wan Farid Calon BN Parlimen KT - Penjelasan
Ikuti Kenyataan Tun Mahathir
Dr M: Wan Farid proksi Pak Lah - Sumber Malaysia Kini
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kekecewaannya dengan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Kerusi parlimen tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya, yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu."Setiap orang akan melihatnya sebagai hanya seorang proksi... seseorang yang boleh dipergunakan kemudian jika Najib menjadi perdana menteri," kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Walaupun Dr Mahathir tidak mengulas lanjut, tetapi beliau jelas dilihat merujuk kepada Wan Ahmad Farid sebagai seorang yang rapat dengan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi... Baca Berita Selanjutnya DI SINI
No comments:
Post a Comment