Tuesday, December 30, 2008

ISRAEL SYAITAN WAJIB DIPERANGI : GAZA BERMANDIKAN DARAH SHAHID RAKYAT PALESTIN

Kemas kini Terkini : 30 Disember 2008

Apakah dunia sudah muak untuk mendengar rintihan rakyat Palestin? Atau dunia sebenarnya sudah muak mendengar jeritan dari negara dan ummat Islam yang mahukan rakyat & negara Palestin dibela? Mengapa dunia seakan-akan hanya melahirkan simpati dan bersuara tidak disusuli tindakan membela negara Palestin ini?

Apakah dunia tidak tahu kerana dosa merekalah semua ini terjadi wal hal sebenarnya tiada negara Israel dan kewujudannya kini hanyalah kerana sebuah perjanjian yang disokong kuasa besar yang menghalalkan Israel terus menjajah dan menzalimi dengan kejam rakyat & negara Palestin... Hanya doa dapat ku panjangkan semoga Allah SWT memberkati perjuangan rakyat Palestin membela Islam, negara & bangsa mereka... Amin

Kepada Allah Hambamu Berserah...

Berita 30 Disember 2008 (Selasa)

GAZA TERUS BERMANDIKAN DARAH

KEJAM... Ribuan penduduk Gaza berarak mengiringi jenazah kanak-kanak Palestin, Dena Balosha, 4, untuk dikebumikan. Dena dan empat ahli keluarganya terbunuh dalam serangan terbaru tentera Israel, semalam.

BANDAR GAZA 29 Dis. – Jet-jet pejuang Israel mengebom kedudukan Hamas di Genting Gaza buat hari ketiga berturut-turut hari ini menyebabkan tujuh orang terbunuh, termasuk kanak-kanak.Antara mangsa yang terkorban awal hari ini ialah empat kanak-kanak perempuan berusia antara setahun hingga 12 tahun daripada sebuah keluarga.

Mereka terbunuh dalam serangan udara ke atas sebuah masjid dekat rumah mereka di pekan Jabaliya, utara Gaza, manakala dua budak lelaki terbunuh dalam satu serangan di bandar Rafah, selatan wilayah ini.Jet-jet pejuang Israel mensasarkan rumah Komander Kanan sayap bersenjata Hamas, Briged Izz el-Deen al-Qassam, Maher Zaqout, tetapi beliau terselamat kerana tidak berada di rumah itu ketika serangan tersebut. Rejim Yahudi itu terus memekakkan telinga terhadap desakan dunia supaya rejim zionis itu menghentikan keganasan di semenanjung itu.

Artikel Lain Berita 30 Disember 2008:

Syria gantung rundingan dengan Israel
DAMSYIK 29 Dis. – Syria menggantung rundingan damai tidak langsung dengan Israel berikutan serangan rejim Yahudi itu ke atas Genting Gaza

Hamas sedia tandatangani gencatan senjata
DAKAR 29 Dis. - Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal menyatakan kesediaannya untuk menandatangani gencatan senjata dengan Israel di Genting Gaza, yang akan melibatkan Israel menghentikan serangan dan sekatan ke atas wilayah Palestin itu.


Demonstrasi di seluruh dunia kutuk Israel
LONDON 29 Dis. - Beberapa bandar utama di dunia mengadakan demonstrasi semalam memprotes serangan udara Israel ke atas Genting Gaza, yang membunuh lebih 300 orang penduduk Palestin.

Pejuang Hizbullah diarah bersiap-sedia
BEIRUT 29 Dis. - Pemimpin Hizbullah di Lebanon, Sayyed Hassan Nasrallah berkata, beliau telah meletakkan pejuangnya dalam keadaan bersiap sedia terhadap kemungkinan Israel menyerang Lebanon selepas rejim Yahudi itu menyerang Genting Gaza tiga hari berturut-turut menyebabkan lebih 300 rakyat Palestin terbunuh.

Militan Indonesia rancang hantar 1,000 sukarelawan
JAKARTA 29 Dis. - Kumpulan militan Islam Indonesia merancang menghantar 1,000 orang sukarelawan untuk mempertahankan Semenanjung Gaza, ekoran serangan udara tentera zionis Israel di wilayah Palestin itu.

Oxfam gesa halang Israel
LONDON 29 Dis. - Agensi bantuan Britain, Oxfam menyeru pemimpin dunia agar menghalang Israel daripada melancarkan lebih banyak serangan ke atas Genting Gaza, kerana ia berisiko mencetuskan krisis kemanusiaan.



Berita 29 Disember 2008 (Isnin)

Petikan Utusan 28 Disember 2008 : Israel terus mengganas

BANDAR GAZA 28 Dis. – Israel melancarkan serangan terbaru ke atas Genting Gaza awal hari ini yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam lagi rakyat Palestin. Beratus-ratus lagi cedera selain memusnahkan harta benda.

Pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara menjelang sambutan tahun baru Hijrah itu ke atas beberapa kedudukan Hamas di Genting Gaza, termasuk sasaran ke atas sebuah trak yang membawa bahan bakar yang sedang bergerak di luar Rafah dekat sempadan Mesir.
Stesen radio Hamas melaporkan enam orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan terbaru Israel di wilayah Hamas di utara Genting Gaza itu.


Serangan itu, merupakan kali kedua dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas rejim zionis melancarkan serangan udara ke atas perkarangan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, semalam yang menyebabkan hampir 290 rakyat Palestin maut, manakala 700 lagi cedera.

Berita Lain 29 Disember 2008 :-

Israel perhebat operasi tentera di Genting Gaza

Dunia kutuk serangan Israel

Mesir usahakan gencatan senjata

AS pertahankan tindakan Israel

Bila dunia mahu hentikan kekejaman Israel?

Hentikan keganasan Israel


Berita 28 Disember 2008 (Ahad)

115 terbunuh serangan Israel

BANDAR GAZA 27 Dis. - Lebih 155 orang terbunuh manakala 310 lagi cedera, apabila pesawat pejuang Israel melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu ke arah kedudukan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, hari ini.Serangan besar-besaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) itu memusnahkan ibu pejabat serta beberapa pekarangan polis Hamas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan lain.

Mangsa yang terkorban termasuk 120 di bandar ini dan 23 lagi di Khan Younis dan Rafah, lapor Al Jazeera dengan memetik kenyataan ketua perkhidmatan ambulans di Gaza.Antara yang terbunuh ialah ketua polis Gaza, Mejar Jeneral Tawfiq Jabber. Sejurus selepas serangan itu, Hamas dan puak-puak Palestin lain mengisytiharkan, mereka telah mengarahkan pejuang masing-masing supaya menuntut bela terhadap keganasan rejim Yahudi itu.

Berita Lain 28 Disember 2008 :-

Kuasa dunia gesa hentikan keganasan

Malaysia mahu Majlis Keselamatan PBB bertindak


BUKTI KEKEJAMAN ISRAEL - SYAITAN DUNIA







TUNKU MUKHRIZ DI MASYHURKAN SEBAGAI DYMM YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN KE - 11


Merafak sembah salam tahniah diucapkan kepada Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di atas pelantikan dan pemasyhuran baginda sebagai DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Akhirnya empunya hak dan takhta telah kembali memayungi seluruh tanah jajahan Negeri Sembilan Darul Khusus pada usia 59 tahun setelah menanti di Seri Menanti selama lebih kurang 40 tahun dengan penuh kesetiaan dan kesabaran kerana terpaksa akur atas dasar faktor usia baginda yang terlalu muda pada ketika itu dan laluan diberikan kepada bapa saudaranya, Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, yang baru mangkat dan dimakamkan petang semalam dengan penuh adat istiadat Pepatih.

Sekali lagi tahniah dan syabas diucapkan kepada DYMM Tuanku. Juga kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!


PETIKAN BERITA - UTUSAN

Tuanku Muhriz dimasyhur Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL

“YAKINLAH beta akan menjalankan keadilan dan keselamatan hamba rakyat serta yang tinggal di seluruh alam Negeri Sembilan ini,” titah Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selepas dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.

KUALA PILAH 29 Dis. – Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, 60, dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 menggantikan Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman, 86, ayahanda saudara baginda yang mangkat Sabtu lalu.

Pengumuman pemasyhuran itu dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak pada pukul 3.45 petang ini pada majlis penuh istiadat di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti.Tuanku Muhriz sebelum ini merupakan Tunku Besar Seri Menanti.

Kesemua putera Almarhum Tuanku Ja’afar, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar; Tunku Muda Serting, Tunku Imran Tuanku Ja’afar; dan Tunku Panglima Besar, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar hadir pada istiadat pemasyhuran tersebut, selain Undang Luak Jelebu, Datuk Musa Wahab; Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman; dan Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abdul Gani.

Turut hadir pada istiadat berkenaan ialah Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al Qadri; kerabat diraja Negeri Sembilan; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta pemimpin negeri.Sebelum itu, kesemua Undang Yang Empat bersidang di Dewan Keadilan sejak semalam untuk menentukan pengganti Almarhum Tuanku Ja’afar sebelum memutuskan lewat petang ini pemasyhuran Tuanku Muhriz.

Istiadat pemasyhuran yang dimulakan dengan tembakan meriam 32 das diteruskan sebaik sahaja kesemua Putera Yang Empat, Anak Raja Bergelar, Tunku Besar Tampin, Undang Yang Empat memasuki Balairung Seri.

Sejurus semua Undang Yang Empat menghadap Tuanku Muhriz, persembahan Mas Manah disampaikan oleh Mubarak, serentak itu tembakan meriam 21 das dilepaskan menandakan termasyhur baginda sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.Selesai pemasyhuran, doa dibacakan oleh Mufti negeri, Datuk Murtadza Sheikh Ahmad.

Dalam titah Tuanku Muhriz, baginda berjanji akan menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan penuh keadilan serta menjaga keselamatan rakyat demi kemakmuran negeri ini.

‘‘Yakinlah beta akan menjalankan keadilan dan keselamatan hamba rakyat serta yang tinggal di seluruh alam Negeri Sembilan ini,” titah Tuanku Muhriz.

Sebelum ini, Tunku Naquiyuddin merupakan pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Beliau dan dua adindanya, Tunku Imran dan Tunku Nadzaruddin turut dipertimbangkan sebagai calon Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.

Tuanku Muhriz merupakan putera tunggal kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang kesembilan, Almarhum Tuanku Munawir yang mangkat pada 18 April 1967. Baginda diputerakan pada 14 Januari 1948 dan merupakan ahli perniagaan serta Pengarah Bangkok Bank Berhad, mendapat pendidikan awal di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah dan Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, Tampin serta Sekolah King George V di Seremban.
Baginda kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negara di Aldenham School, Elstree, England dan Universiti College of Wales, Aberystwyth, Wales dalam bidang undang-undang.

Tuanku Muhriz berkahwin dengan Tuanku Ampuan Negeri Sembilan, Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta dikurniakan tiga putera, Tunku Ali Redhauddin, Tunku Zain Al‘Abidin dan Tunku Alif Hussein Saifuddin. Pemilihan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan berbeza dengan negeri-negeri lain di negara ini kerana ia mengikut Adat Perpatih yang menyaksikan kuasa penentu diletakkan kepada Undang Yang Empat.

Tuanku Muhriz merupakan calon Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan semasa pemerintahan ayahandanya, Tuanku Munawir selain Almarhum Tuanku Ja’afar dan Almarhum Tuanku Abdullah, tetapi tidak dipilih kerana baginda terlalu muda iaitu berusia 18 tahun ketika itu.
Sebaik sahaja pemasyhuran Tuanku Muhriz, baginda memperkenankan Istiadat Pemakaman Diraja diteruskan dengan membawa jenazah Almarhum Tuanku Ja’afar dari Pelambar ke Maharaja Diraja, diiringi 86 das tembakan meriam.

KEMANGKATAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

Al-Fatihah buat Almarhum DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, 86 yang telah kembali kerahmatullah tepat jam 11:45 pagi tadi di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.

Penulis & keluarga merafak sembah salam takziah buat seluruh Kerabat Di Raja Negeri Sembilan khususnya kepada DYMM Tuanku Ampuan, Tuanku Najihah Binti Tunku Besar Burhanuddin, 84 serta putera dan puteri baginda. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa-dosa almarhum baginda serta mencucuri rahmat ke atas roh almarhum baginda dan menempatkan almarhum baginda di kalangan para solihin. Amin!

Wednesday, December 24, 2008

RTM BIAR BETUL : HARAM LAGU DAKWAH TAPI HALALKAN LAGU LEBIH SOSIAL

RTM haram lagu hasil lirik Dr Asri
Oleh Anwar Hussin
anwarhussin@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) membuat keputusan mengharamkan penyiaran lagu Aku Bukan Musuh Harta yang liriknya ditulis bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin. Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Adilah Shek Omar, berkata lagu nyanyian kumpulan Kopratasa itu tidak diluluskan kerana liriknya tidak sesuai. “Kita tidak luluskan lagu ini kerana liriknya kasar,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

KOMEN :

Rakan-rakan semua RTM rasanya dah hilang akal atau dah gila... Apa? tak setuju dengan saya??? kalau macam tu mari kita tengok & bandingkan lirik ciptaan "DMaza" dengan lagu "Papa Jahat"... rasa-rasa mana lebih kasar dan biadap serta menggalakkan maksiat kau rasa??? Peliknya RTM bebas tayangkan lagu "Papa Jahat"... Galak kan maksiatlah kalau gitu gamaknya RTM ni... RTM janganlah ingat rakyat bodoh percaya sahaja apa yang disebarkan melalui media kerajaan konon lagu DMaza tu lirik kasar lah... rakyat akan semak dulu baru percaya... sekarang terkena batang hidung kerajaan balik...

Kalau ini perangai sebenar RTM... tak hairanlah RTM semakin gagal & tersungkur selaku kononnya alat propaganda menyampaikan dasar kerajaan... jangan lah ikut telunjuk pemimpin atasan yang nak haramkan lagu ni sebab terasa & terkena lirik lagu ni pada batang hidung mereka... betul pun apa yang lirik tu kata...

Haramkanlah tiada masalah... lepas ni jangan marah KALAU HARAM ORANG NAK SOKONG KERAJAAN UMNO & BARISAN NASIONAL... baik insaf sebelum terlambat

MARI KITA BANDINGKAN MANA LAGI MENGGALAKKAN MAKSIAT
DAN BAHASA LEBIH KASAR


~~ Papa Jahat~~ (Fabulous Catz)

Nama saya Jahat....Papa Jahat, Papa jangan papa jahat
Jangan papa nakal sangat, Mama jangan mama sekat
Jadi papa tak terleka

Papa jangan papa jahat, Mama tahu papa ligat
Mama jangan paksa sangat, Papa tengah cukup penat
Papa papa sangat jahat, Takde otak nak melihat
Gila-gilanya ia kerja, Jangan dibuat
Papa papa kerja kuat, Dulunya papa penuh muslihat
Papa janji papa takkan buat, Ingat janji papa yang diikat

Oh cuba nak percaya Oh tak ku perdaya sayang percaya..
oh oh Oh takkan ku berdusta..oh oh oh Takkan ku perdaya sayang percaya

Senorita aku gila kat kau, Mama sita janganlah menderita tersiksa
Tak diabaikan janji kita, Tak kembali ke zaman silam
Bila petik jari dah terguling-guling, Tak tentu hari bawa berasing-asing
Itu dulu kini tak begitu, Satu persatu semuanya berlalu itu kutahu
Bila ku tak gilakanmu, Susahku tak siapa tahu
Jangan kau mulakan serantau, Sebab kau sentiasa buatku kemarau

Oh cuba nak percaya tak ku perdaya Sayang percaya
Oh takkan kuberdusta, Takkan ku perdaya sayang percaya
Berikan percaya darimu (telah kuberikan segala)
Tidak pernah ku ingkari dirimu (tak mungkin, tak mungkin)
wowow..... Mama mama percayalah ku tak guris hatimu
Papa papa kupercaya yang kau ubati hatiku
Mama mama percayalah ku tak guris hatimu
Papa papa kupercaya yang kau ubati hatiku

Renung-renungkan, Selamat beramal... heh he he

PERBANDINGAN KERETA RASMI NEGARA LAIN & PAKATAN RAKYAT

Salam perjuangan...

Saya telah memperolehi maklumat ini blog Pena Minang yang mana telah membandingkan kereta rasmi pelbagai negara di dunia ini...

Namun yang pasti... kebanyakkan negara yang mempunyai dan memiliki syarikat automotifnya pasti akan menggunakan kenderaan yang dibangunkan di negaranya sendiri...Lihat sahaja Jepun, Amerika Syarikat, Perancis dan Jerman.... untuk memperlihatkan sokongan kepada industri kereta negara mereka & sebagai tanda patriotik serta berbangga dengan produk keluaran negara mereka...

Namun kita lihat Kerajaan Pakatan Rakyat tidak memiliki nilai bangga & patriotik dengan memilih toyota camry sebagai kenderaan rasmi negeri mereka... sudahlah wang rakyat dibazirkan begitu sahaja oleh keputusan yang tidak strategik & hanya mementingkan kemewahan diri... Cuba baca artikel penulis DI SINI (berkenaan pembohongan pakatan rakyat) & lagi satu DISINI (di PROTON ramai pembangkang tetapi dikorbankan PR)

Janji untuk menjaga kebajikan rakyat juga telah semakin jauh... kini yang tinggal hanya usaha untuk menjaga & mengkayakan kroni dengan pelbagai tender... Tanah kurnia... Saham-saham syarikat negri yang diagihkan & projek-projek yang sengaja dicipta atau diadakan bagi memberikan peluang kekayaan kepada penyokong rapat mereka... rakyat & golongan marhaen macam kita... menganga jelah...

Bersama kita fikir & renungkan... apa yang kita dapat hasil mengundi Pakatan Rakyat ini... lebih baik kah negeri kita? hidup kita? atau keadaan semasa lebih teruk hingga timbul isu perkauman & macam-macam lagi... Selamat berjuang

Pakatan Rakyat (Pembangkang Malaysia)

Kerajaan Malaysia Persekutan & Negeri (BN)


Amerika Syarikat


Monaco


Mexico

Italy


Indonesia


Hong Kong

Denmark


Crotia


Columbia


Brazil


BHUTAN

AUSTRIA


Australia


ARGENTINA


WAN FARID : KENALI CALON BN PRK KT (P36)

TAHNIAH !!!

Proksi & teman rapat Khairy (KJ) telah berjaya diangkat menjadi calon BN untuk PRK KT. Betul ke seluruh akar umbu UMNO Bahagian KT mahukan Wan Farid ini? Apakah Wan Farid calon pilihan PLah atau Calon pilihan Khairy? pening-pening macam-macam orang cakap... namun yang pasti situasi GANJIL telah timbul...

kalau betul nama Wan Farid dipertimbangkan awal lagi kenapa Wan Farid dilantik menjadi Senator untuk penggal kedua & mengangkat sumpah baru-baru ini? kenapa PLah tak sambung je Wan Farid sebagai senator kan lebih mudah dia jadi calon... dan terus jadi timbalan menteri atas kapasiti Ahli Parlimen... PELIK

Kerana kalau Wan Farid tewas kali ini dia tidak akan dapat kekal sebagai timbalan menteri sebab nak lantik senator hanya boleh 2 penggal berturut-turut... apakah tiada perancangan strategik di peringkat UMNO? perancang & pemikir strategik PLah tak buat kerja ke? ATAU ada tangan ghaib yang menaikkan nama Wan Farid disaat akhir hingga berjaya jadi calon BN untuk PRK KT ini...

Apapun yang pasti... orang-orang Khairy (KJ) akan turun berhabis-habisan bagi memastikan proksi & teman baik Khairy akan meraih kemenangan demi jaminan sokongan politik terutama dari Terengganu kepadaKhairy (KJ) akan berterusan dengan kemenangan Wan Farid di KT... mungkin KJ akan kurangkan bajet sebab duit yang ada dia nak laburkan lebih banyak ke persaingan sengit ketua pemuda UMNO Malaysia - tapi yg pasti maklumat memberi tahu KJ sedia memperuntukkan wang besar bagi mensponsor jentera pemuda di PRK KT nanti...

Mari kita kenali Calon BN - Pilihan KJ untuk PRK KT (P36) 2008 ini...

SERBASEDIKIT PROFILE
  • Nama : Wan Ahmad Farid, Berusia 46 Tahun
  • Bekas peguam lulusan Universiti Thames Valley, London
  • Merupakan anak jati Kuala Terengganu.
  • Pada 1987, beliau menjadi peguam termasuk peguam syarie dan menjadi setiausaha Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu.

DALAM POLITIK

  • Beliau menjadi ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu pada 1995 Menjadi Ketua Pemuda bahagian pada 1998
  • Menjadi menjadi exco pemuda Umno pusat dari 1999 hingga 2004.
    Beliau dipilih menjadi timbalan ketua Umno bahagian Kuala Terengganu pada tahun 2001
  • Menjadi setiausaha politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 31 Disember 2003 dan sekaligus beliau meninggalkan kerjaya peguamnya.
  • Menjadi ketua Umno bahagian Kuala Terengganu apabila mengalahkan penyandang jawatan, Senator Datuk Roslan Awang Chik 2008

Gambar ini belum diSAHkan kesahihannya yang mana penulis perolehi di SINI dari Blog Mummu Rokiah. Namun jika disahkan saya pasti :-

  • Hobi beliau adalah berkaraoke & menyanyi...
  • cita-cita asal pasti ingin menjadi penyanyi...
  • minuman kegemaran air suam sebab jaga suara...
  • makan tambahan pasti madu lebah dan tongkat ali untuk jaga stamina...
  • akanan kegemaran yang tidak pedas dan masam untk jaga suara juga...
  • Tempat kegemaran untuk berjumpa & berbincang pastinya di tempat karaoke kegemaran beliau...
  • Lagu kegemaran pastinya yang 'high-note" tengok gaya tarik semacam je tu & lagu duet yelah ditemani gadis cantik ( tengok gambar)...
He he he apapun ini hanya telahan saya... Cuba tengok gambar tu... kesan super impose ada kot... mana-mana yang hebat komputer ni sila analisis... nanti KiTa kongsikan fakta KEBENARAN INI...



Renungkan & Selamat Berjuang

JANGAN CABAR MELAYU : CINA BERUSAHA IKTIRAF PERJUANGAN KOMUNIS

Usaha Pinda Fakta Sejarah Untuk Iktiraf Parti Komunis Malaya (PKM) Sebagai Pejuang Kemerdekaan Artikel asal dari kembarapolitik.blogspot.com/

PENGKHIANAT !!!

Itulah perkataan yang sangat sesuai buat individu dan kelompok yang kini giat memperjuangkan pengiktirafan Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan pada 23 Julai 1948 yang mana kini cuba diberikan penghormatan serta pengiktirafan sebagai Pejuang Kemerdekaan. Cubaan menyeleweng fakta sejarah negara oleh sesetengah individu dan organisasi yang sudah termaktub kemas dilihat sangat jelas sebagai salah satu cara untuk memberikan satu konotasi yang lebih lunak kepada sejarah perjuangan PKM yang selama ini dilihat oleh majoriti orang Melayu sebagai pengganas yang telah membunuh ribuan orang Melayu sebelum dan selepas kemerdekaan Tanah Melayu.

Sejarah keganasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap majoriti orang Melayu bukanlah cerita dongeng. (Terdapat juga cerita sejarah tentang keganasan pengganas komunis terhadap kaum lain namun adalah lebih baik kaum lain yang menempuh segala kepayahan akibat keganasan komunis ini menceritakannya dari perspektif mereka sendiri). Seluruh orang Melayu sangat berbekas dan berdendam dengan komunis. Kebencian orang Melayu terhadap pengganas komunis berpunca dari pembunuhan dan kekejaman terhadap orang Melau yang dilakukan oleh pengganas komunis sebelum dan selepas kemerdekaan Tanah Melayu.

Penulis tidak mahu menulis tentang penentangan PKM terhadap Jepun. Motif penentangan PKM terhadap Jepun hanyalah sebagai alasan untuk mendapatkan bekalan senjata bagi mempertahankan diri akibat permusuhan tradisi dalam beberapaa siri peperangan yang tercetus antara China dan Jepun. Penulis hanya mahu member fokus berkenaan keganasan pengganas komunis terhadap orang Melayu sebelum dan selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Seluruh warga Tanah Melayu sudah sedia maklum bahawa pengganas komunis bukan hanya mengangkat senjata membunuh warga Tanah Melayu sebelum kemerdekaan tetapi masih menentang kewujudan negara tercinta selepas kemerdekaan. Dan hasil penentangan tersebut ialah kehilangan ribuan nyawa pahlawan Melayu sehingga tahun 1960.

Apa jadi pada isteri serta ibu yang kehilangan suami? Apa jadi pada anak tanpa bapa akibat penentangan pengganas komunis ini? Bagaimana kehidupan anak tanpa ibu bapa yang bergelut dengan kehidupan yang begitu perit ketika itu? Salah siapa? Tepuk dada tanya akal!Adakah kita bersikap ambil tahu tentang sejarah para pejuang Melayu yang dibunuh kejam oleh pengganas komunis ketika peristiwa serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong, Johor? Anehnya, mengapa kerajaan tidak lagi menayangkan filem yang mengisahkan kekejaman pengganas komunis ini?

Mengapa semangat juang para pahlawan Melayu ini tidak dipertontonkan kepada generasi muda kita yang kurang celik sejarah? Masih ingatkah kita dengan kekejaman pengganas komunis seperti dalam filem Bukit Kepong? Masih ingatkah bagaimana bersemangatnya pahlawan kita berjuang hingga ke titisan darah terakhir? Bagaimana dengan sejarah Peristiwa Berdarah di Sungai Semur pada 25 Mac 1950?

Adakah kita ambil tahu kisah perjuangan suci para pahlawan Melayu dalam Rejimen Askar Melayu DiRaja yang terdiri daripada orang Melayu dan ada antaranya gugur ketika menentang pengganas komunis? Masih tinggi lagikah penghormatan kita terhadap pengorbanan para pahlawan tanah air yang rata-ratanya orang Melayu? Atau pun watak hero dalam kepala kita semua sudah ditukar ganti dengan watak komunis seperti Chin Peng yang kini menjadi idola kita? Tiada lagi perkataan pengganas…tetapi dipuja menjadi idola…hero! Pejuang Kemerdekaan!

Tahukah kita dengan sejarah Rundingan Damai Baling pada 28 dan 29 Disember 1955? Pengganas komunis masih lagi berdegil untuk meneruskan penentangan berdarah walau pun Tanah Melayu ditadbir oleh Kerajaan Perikatan setelah memenangi Pilihan Raya di Tanah Melayu pada Julai 1955. Jadi siapa Chin Peng di mata aktivis yang kini hangat diperjuangkan oleh segelintir individu buta sejarah yang mana mahu mengiktirafnya sebagai Pejuang Kemerdekaan? Mereka memetik beberapa perenggan ayat dari beberapa buku catatan memoir beberapa pengganas komunis untuk memesongkan fakta sejarah yang termaktub. Melihat dan memetik kata-kata individu yang berjuang dalam PKM itu sendiri sebagai kononnya bukti tulen.

Secara logiknya sudah tentu segala yang diperkatakan oleh para pendokong setia ideologi komunis seperti Chin Peng dan lain-lain lebih cenderung memberikan sesuatu untuk menonjolkan kononnya ada kebaikan dalam perjuangan mereka. Dan lebih malang lagi ada juga yang bersimpati dengan ideologi pengganas komunis ini!

Adakah Chin Peng rakyat Tanah Melayu yang perlu diambil berat sehinggakan begitu disanjung tinggi oleh segelintir rakyat negara ini? Bagi penulis, Chin Peng hanyalah seorang warga pendatang berbangsa Cina yang berideologikan komunis yang mana tidak pun diiktiraf kerakyatannya sebelum kemerdekaan mahu pun setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Menyebut perkataan Tanah Melayu ini mungkin akan ada yang mengatakan penulis perkauman. Seperti kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersikap perkauman. Perlu diingat bahawa semua tetamu asing yang mencari rezeki di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan bukanlah rakyat Tanah Melayu.

Rakyat Tanah Melayu pada ketika itu hanyalah terdiri daripada orang Melayu dan Orang Asli yang berajakan Raja-Raja Melayu. Tetamu asing pada ketika itu tidak dianggap sebagai rakyat oleh Raja-raja Melayu. Dan orang Melayu langsung tidak terfikir pun pada masa itu tetamu asing yang menetap di negara ini akan menuntut kewarganegaraan (Tun Dr. Mahathir Mohamad, Kontrak Sosial Malaysia, 12 Julai 2008).

Sudah tentulah sebagai bukan warganegara Tanah Melayu mahu pun Persekutuan Tanah Melayu (selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan) Chin Peng yang telah mengganas dan membunuh warga Tanah Melayu dan Persekutuan Tanah Melayu tidak perlu diberikan tempat dari segala sudut di Malaysia.Terdapat juga cadangan agar orang Melayu menuntut pampasan akibat keganasan PKM, Jepun, British dan lain-lainnya (Sila baca semua artikel berkaitan pengganas komunis di blog Dari Kacamata Melayu untuk kefahaman lanjut). Penulis percaya, setiap kampung Melayu di seluruh Tanah Melayu (merdeka menjadi Persekutuan Tanah Melayu dan kini Malaysia setelah Sabah dan Sarawak turut serta) menyimpan beribu-ribu cerita keganasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap orang Melayu.

Cuma cerita ini disampaikan secara lisan dari satu generasi ke generasi yang berikutnya tanpa direkodkan nilai sejarahnya. Ada kalangan pengendali blog yang cukup berbekas hatinya dengan kekejaman komunis kerana pengalaman pahit ahli keluarga mereka dibunuh oleh pengganas komunis sama ada yang berkhidmat dengan pasukan keselamatan mahu pun orang awam. Baca luahan rasa blog Barking Magpie berkenaan keganasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh pengganas komunis.

Cerita keganasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh komunis mungkin akan lenyap tanpa direkodkan sekiranya pihak yang berkenaan tidak menjalankan usaha untuk merekodkan nilai sejarah daripada setiap individu yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dengan pengalaman kekejaman pengganas komunis ini. Usaha yang sangat penting ini adalah bertujuan untuk menangkis dakyah jahat segelintir individu yang buta sejarah atau sengaja buat-buat buta sejarah. Usaha blog Jebat Must Die dan blog Dari Kacamata Melayu dalam menangkis pemesongan fakta oleh pelbagai individu adalah suatu usaha yang sangat murni dan penulis amat menghormati usaha Jebat Must Die dan Dari Kacamata Melayu dalam mempertahankan fakta sejarah. Namun, persoalannya dimanakah para intelektual negara dalam bidang sejarah untuk menangkis segala usaha jahat individu yang cuba meminda fakta sejarah yang telah termaktub? Dan mana pula perginya ahli politik yang cintakan tanah air bersuara membela sejarah Malaysia? Adakah pemimpin kita terutamanya pemimpin Melayu sudah terlena dengan permainan politik merugikan bangsa?

Ada suara-suara sumbang rakyat Malaysia (entahlah, penulis meragui kerakyatannya) yang secara lantang memperjuangkan kononnya Chin Peng perlu dikurniakan anugerah tertinggi negara dengan dianugerahkan gelaran Tun!? Sumbangan pembangunan yang bagaimana yang Chin Peng telah sumbangkan kepada Tanah Melayu pada ketika itu? Sumbangan berupa darah dan nyawa orang Melayu yang dibunuh dan digantung oleh para pengganas komunis? Ada juga suara sumbang yang langsung tidak dialu-alukan menuntut agar didirikan monumen atau tugu sebagai menghargai ‘jasa’ komunis ini.

Sehinggakan pemberi komen ini menyatakan sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk tujuan pembinaan monumen tersebut. Rujuk artikel Malaysia Today berserta komen-komen pembacanya. Sehingga ke hari ini, penulis percaya dendam yang berbuku atas ‘jasa’ komunis itu masih membara dalam diri majoriti orang Melayu.

Usaha meminda fakta sejarah dengan mendewakan pengganas komunis adalah tidak diketahui motifnya. Hanya mereka yang terlibat sahaja yang tahu apakah motif sebenar mereka cuba menyelewengkan fakta sejarah negara tercinta, Malaysia. Apakah motif sebenar mereka ini pada hemat para pembaca semua? Tepuk dada tanya jati diri!

" Bangsa Melayu Tidak Akan Sesekalai Melupakan Hutang Nyawa & Darah Bangsa Cina Komunis Ini Selamanya : Jangan Cabar Melayu"

Tuesday, December 23, 2008

CINA JANGAN CABAR : NYAWA DAN DARAH MELAYU MEMBUKTIKAN CHIN PENG BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN

NYAWA DAN DARAH MELAYU MEMBUKTIKAN CHIN PENG BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN Penulis : Ruhanie Ahmad

Sejarah negara kita sedang dipersendakan ke peringkat paling maksimum. Mana boleh ketua Partai Komunis Malaya (PKM) bernama Chin Peng digelar pejuang kemerdekaan?

Saya kenali Chin Peng menerusi namanya sejak saya kecil di Kampung Separap, Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor. Ayah, Ibu dan guru-guru saya sering menceritakan hal Chin Peng dan PKM kepada saya. Dari cerita-cerita mereka, saya insaf bahawa Chin Peng adalah pengganas yang perlu disula.

Kata Ibu saya, di kampung saya sendiri masih wujud bukti keganasan PKM pada tahun 1945. Di kampung saya banyak rumah dibakar secara rambang. Di kampung saya ada sekeluarga Melayu di kuburkan hidup-hidup dan beramai-ramai oleh pengganas PKM. Di kampung saya ada orang yang di sula dan digantungkan ke pohon pedada di pinggir Sungai Simpang Kiri.

Di suatu kampung yang kira-kira empat kilometer dari kampung saya, terdapat sejarah penduduknya di humbankan ke dalam minyak yang menggelegak dalam kawah gergasi. Mereka mati bagaikan katak.

Di satu lagi kampung pendalaman kira-kira enam kilometer dari kampung saya, sebuah surau pernah dijadikan pusat pengganas Bintang Tiga (PKM) untuk berpesta meminum arak dan menikmati juadah khinzir panggang. Di situ juga sekumpulan perawan Melayu pernah dirogol dan diperkosa oleh gerombolan pengganas yang sama.

Berikutan seluruh peristiwa di atas, bangkitlah angkatan pemuda parang panjang pimpinan Allahyarham Kiayai Salleh. Kumpulan ini lebih dikenali sebagai Pejuang Selempang Merah. Mereka bertindak dan berjuang semata-mata untuk memansuhkan kezaliman PKM. Mereka adalah pahlawan yang tidak pernah didendang. Mereka berjuang demi agama, bangsa dan tanahair.

Saya belum pernah berterus-terang sebegini menerusi tulisan di blog ini sebelum ini kerana khuatir dituduh sebagai mengapi-apikan semangat perkauman. Tetapi, saya pernah suarakan kisah di atas di Dewan Rakyat sehingga membuatkan pihak DAP senyap dan tergamam.

Oleh itu, tanpa apologi kepada sesiapa, hari ini saya katakan bahawa saya hilang sabar bila ada individu mengatakan pejuang kemerdekaan negara adalah Chin Peng. Pastinya luahan suara bangkangan saya ini disetujui oleh penduduk di sekitar Pagoh, Bukit Pasir dan Bukit Kepong, Muar, yang terdapat waris-waris mereka dibunuh oleh PKM yang zalim. Pastinya orang Pontian juga turut menyimpan kisah seperti ini dalam lipatan sejarah keluarga masing-masing.

Begitu juga dengan masyarakat Melayu di Bahau, Negeri Sembilan; di Sekinchan, Selangor; dan di Sungai Manik, Perak. Mereka juga mempunyai sejarah keganasan PKM yang hampir serupa bentuk dan kisahnya.

Beribu-ribu keluarga bekas Polis Khas atau Special Constable (SC), Polis biasa dan Askar Melayu juga pastinya amat arif akan kezaliman PKM. Beratus-ratus ayah, pakcik, dan anggota keluarga mereka di bunuh anggota PKM sewaktu mempertahankan tanahair di zaman darurat.

Waris-waris askar Melayu yang hilang kaki, hilang tangan dan hilang nyawa akibat bom dan jerangkap samar PKM di Lembah Gubir pun pastinya mengakui bahawa Chin Peng dan PKM bukan pejuang kemerdekaan negara.

Cukuplah setakat ini curahan rasa bangkangan saya terhadap individu yang sedang mempersendakan sejarah perjuangan bangsa kita memerdekakan negara.Saya harap pihak berkuasa akan segera bersuara dan bertindak untuk membetulkan fakta dan hakikat sejarah yang sebenar-benarnya.

" Bangsa Melayu Tidak Akan Sesekali Melupai Hutang Cina Komunis Ini Selama-Lamanya : Jangan Cabar Melayu "

CINA JANGAN CABAR: CHIN PENG BERHUTANG DARAH DENGAN MELAYU

Tajuk Asal : Chin Peng Berhutang Darah Dengan Melayu
amirhamzah64 menulis

"Bagi majoriti orang Melayu Parti Komunis Malaya (PKM) ditolak kerana ideologinya dan hasratnya ingin membentuk sebuah Republik Komunis berkiblatkan China dan Rusia. Secara tidak langsung akan menghapuskan institusi Raja-Raja Melayu dan hak-hak orang Melayu dibuminya sendiri.

Di dalam buku 'My side of History' jelas menunjukkan kekecewaan Chin Peng,'Dasar penubuhan Republik Malaya telah ditinggalkan, dan diganti dengan perjuangan berperlembagaan untuk menubuhkan sebuah kerajaan demokratik'.Berdasarkan ulasan Sejarah dari kacamata Chin Peng oleh Lee Ban Chen, Malaysiakini.com jelas menunjukkan kemarahan dan kekecewaan Chin Peng dan PKM adalah kepada British.

Selepas PKM dan British bekerjasama mengusir Jepun, PKM berasa kecewa apabila British dapat balik semula menjajah Malaya. Tempoh peralihan kuasa pada tahun 1945 selama 14 hari selepas Jepun menyerah kalah telah digunakan oleh PKM untuk membalas dendam kepada mereka yang menyokong Jepun dan mereka yang tidak menyokong ideologi komunis terutama orang-orang Melayu.

Orang-orang Melayu majoritinya menjadi mangsa 'Bintang Tiga'. Mereka dibunuh, dirogol dan disiksa. Api kemarahan orang Melayu tidak boleh dibendung lagi. Mereka bangkit mempertahankan maruah bangsa dan agama seperti yang berlaku di Batu Pahat dan Sungai Manik, Perak.

Panglima Kiyai Salleh mengetuai tentera 'Selempang Merah'di Batu Pahat seperti mana kata Datuk Ron dalam laman blognya Kuda Kepang sebagai panglima yang tidak didendang berjaya mengangkat semula martabat bangsa dan maruah agamanya.

Chin Peng dan PKM bukan pejuang kemerdekaan seperti yang didakwa oleh Raja Petra Kamaruddin. Negara juga dikecohkan dengan kontroversi artikel setiausaha antarabangsa DAP, Ronnie Liu di laman web parti itu.Terdapat gambaran bahawa perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) menyumbang kepada kemerdekaan negara melalui tekanan mereka kepada penjajah Britain.

Jikalau pejuang kemerdekaan apakah niat mereka membunuh orang-orang Melayu yang tidak mempunyai senjata moden seperti mereka. Orang-orang Melayu Batu Pahat hanya bersenjatakan 'parang panjang' sahaja. Apa tujuan mereka? Mereka pejuang kemerdekaan untuk siapa? Kalau mereka berjuang untuk kemerdekaan Malaya kenapa orang-orang Melayu di bunuh? Kalau marah kepada British kenapa membunuh orang-orang Melayu?Kenapa bakar rumah Melayu? Kenapa rebus orang Melayu hidup-hidup? Marahkan nyamuk habis kelambu dibakar.

Benar kata Datuk Ron dalam blognya Kuda Kepang 'Nyawa dan Darah Melayu membuktikan Chin Peng bukan Pejuang Kemerdekaan' Anak Batu Pahat tidak akan lupa, anak Sungai Manik pun tidak akan lupa begitu juga dengan orang-orang Melayu di tempat lain yang menerima nasib yang serupa.


Chin Peng tidak layak hendak diletakkan sebaris dengan Datuk Sagor dan Datuk Maharaja Lela di Perak, Tok Janggut di Kelantan, Dol Said di Naning, Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Rentap di Sarawak dan Rosli Dhobi di Sabah. Mereka ini menentang British juga tetapi diiktiraf sebagai pejuang awal kemerdekaan dan pencetus semangat nasionalisme. Mereka menentang British. Mereka memang marahkan nyamuk, maka nyamuk lah yang dibunuhnya.

Lebih-lebih tidak layak lagi Chin Peng ini hendak disamakan dengan pengorbanan Almarhum Tunku Abd.Rahman dan Dato' Onn b Jaafar. Sepatutnya PKM patut berterima kasih kepada Almarhum Dato' Onn bin Jaafar. Kalau tidak kerana Dato' Onn bin Jaafar yang ketika itu Pegawai Daerah Batu Pahat pada 1945 tidak menahan tentera 'Selendang Merah' di Simpang Lima, mungkin bandar Batu Pahat menjadi padang jarak padang terkukur.


Kalau hendak dikatakan Chin Peng adalah orang pertama yang mengangkat senjata, Bendahari Persatuan Sejarah Negeri Sembilan Mohd Misan Mastor menjawab 'bahawa orang Melayu telah mula berjuang menentang penjajahan sejak kejatuhan empayar kesultanan Melayu Melaka, diikuti pada zaman Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.Chin Peng, 82, atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, bukan pejuang kemerdekaan.

Chin Peng telah melakukan jenayah membunuh dan dia berhutang darah dengan orang-orang Melayu. Melayu Parit Sulong, Melayu Kangkar Senanga ,Melayu Semerah dan Melayu tempat-tempat lain yang senasib serta generasi mudanya tidak akan memadamkan sejarah pahit ini. Sejarah pahit ini akan kami dendangkan dari satu generasi ke satu generasi agar mereka faham, sedar, insaf, waspada dan sentiasa beringat-ingat.

Chin Peng sama lah seperti Muhammad (Ahmad) bin Indera atau lebih dikenali sebagai Mat (Muhammad) Indera merupakan salah seorang pemimpin komunis. Dia menjadi terkenal kerana memimpin serangan terhadap pihak Polis dalam peristiwa Bukit Kepong.
Beliau bergerak cergas di sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Koris. Dia mengetuai pergerakan komunis d bahagian selatan yang merangkumi daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Melaka.

Walau pun bekas guru agama tetapi kerana perjuangannya tidak selari dengan hasrat dan kehendak majoriti orang Melayu, Mat Indera tetap tidak dianggap pejuang malah pada 14 Oktober 1952, Muhammad Indera telah diperangkap oleh anggota Cawangan Khas Batu Pahat dalam satu perjumpaan di Kampung Seri Medan. Orang Kampung dikatakan telah menipuhelahnya dengan memberi makan daun pucuk kecubung sehingga mabuk, beliau ditangkap dan kemudiannya menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di penjara Taiping. Keesokan hari, mayatnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Chin Peng tidak akan kami ingati. Kami juga membantah sekeras-kerasnya rancangan pengarah filem bebas, Amir Muhammad yang bercadang membuat sebuah dokumentari berkisar mengenai Chin Peng yang bertajuk 'Lelaki Komunis Terakhir'.

Sebarang usaha menerbit bahan mengenai Chin Peng dan PKM yang secara langsung atau secara halus adalah jelas bertujuan meluaskan dakyah komunis dan bermatlamat menggulingkan kerajaan demokrasi Malaysia.

Pejuang tanah air, anggota keselamatan awam dan negara serta ahli keluarga mereka khususnya kami di Batu Pahat dan Sungai Manik pasti berkecil hati apabila ada usaha untuk mempopularkan bekas pemimpin komunis itu
.

Amir Hamzah Batu Pahat. "


" Sesungguhnya Bangsa Melayu Tidak Akan Sesekali Melupakan Hutang Bangsa Cina KOMUNIS Ini Hingga Akhir Nanti..."

RASUAH : PEMIMPIN UMNO TIDAK INSAF

Salam perjuangan...

Sedih & pilu... kepimpinan UMNO masih tidak insaf... Kebetulan penulis bertemu dengan sahabat lama ketua wanita bahagian dalam satu majlis rasmi baru-baru ini... agak lama juga bercerita berkenaan bahagiannya..

Namun cerita yang menarik ialah mendapat maklumat 1st hand darinya... bagaimana beberapa pemimpin yang telah melepasi pencalonan untuk bertanding tanpa segan silu menabur & melaburkan wang bagi memancing undi... jangan tak tahu gerakan melobi telah dimulakan dan semakin rancak menjelang MAC 2009 ini... Jelas pemimpin UMNO tidak mengendahkan nasihat pelbagai pihak termasuk teguran dari Tun M.

Apapun penulis bersyukur UMNO masih ada harapan kerana BELUM / TIDAK ADA LANGSUNG nama YB Dato Mukhriz Tun Mahatir disebut terlibat dalam politik wang... insyaAllah penulis yakin kebenaran & ketulusan hati untuk berjuang demi agama bangsa & negara penuh ikhlas akan dibalas dengan kemenangan nanti... Amin

Apa yang jelas beberapa nama telah timbul dan dikatakan terlibat dengan politik wang ini a.k.a RASUAH. Nama ini jelas disebut kepada penulis oleh rakan penulis tadi yang mana antara katanya :-


"JANGANLAH PEMUDA BERTUANKAN KHAIRY... "
"RANCAK BENAR ORANG DIA BERGERAK HABIS DITABURNYA..."
" ORANG MACAM NI KE KITA NAK BERTUANKAN - MACAM MANA NASIB BANGSA & ANAK CUCU KITA"
" TAK TAHULAH ORANG-ORANG MUDA NI TAKUT TERPERDAYA ANTARA WANG DENGAN PERJUANGAN"


Suka saya memetik
kenyataan KHAIRY - JANGAN HANYA TUDUH -Utusan 20/12/2008 BOLEH DIBACA DISINI

Namun begitu terdapat juga beberapa nama lain yang dikatakan turut terlibat yang mana nama-nama ini merupakan pemimpin "high-profile" yang "untouchable"... mungkin kerana itu pening juga jawatankuasa disiplin UMNO & BPR nak ambil tindakan... Ini penulis perolehi dari
blog seperti PEMUDA PELAPIS yang boleh dibaca DI SINI

Malang sekali alasan seperti ini dijadikan alasan :-


"kalau aku tak tabur wang kalah pula nanti sebab lawan kita tu dah tabur wang"
"Takkan tak ada apa-apa Dato' kami datang jauh-jauh nak dengar Dato' bercakap?"
"Apa salah aku ambil orang nak bagi kita terima lah"
"Orang nak bagi ambil jelah time undi nanti kita fikirlah lain"


Pemimpin UMNO masih tidak insaf bahawa hanya sedikit sahaja lagi kaki mereka bakal tergelincir dari kekuasaan sekiranya salah langkah yang diambil... dengan berleluasanya rasuah dalam PERGONG 2009 nanti rakyat & masyarakat akan memberi penilaian negatif pada UMNO & rasuah ini akan menjadi modal kepada pembangkang utnuk memburukkan UMNO... akhirnya rating UMNO akan semakin merudum & berkebarangkalian untuk tewas pada PRU-13 nanti...

Jangan biarkan kebencian, kejijikan dan kejian berkaitan rasuah ini dikaitkan dengan UMNO hingga menjadi salah satu imej UMNO...

Jangan biarkan kesetiaan dan kesabaran kami yang cintakan UMNO oleh kerana ketulusan & kesucian perjuangannya.... kian luntur perasaan kecintaan ini dengan tindakan jijik, keji & bodoh yang terus dilakukan oleh barisan kepimpinan UMNO diperingkat atasan dan pertengahan ini... Tidak mustahil kebencian ini bertukar kepada tindakan yang bakal meruntuhkan UMNO nanti... Apabila UMNO Hilang sokongan Rakyat keseluruhan nanti...

Renung-Renungkan selamat berjuang...

AMARAN CINA & INDIA : MELAYU TELAH BANGKIT

Salam Perjuangan...

Rakan penulis telah menghantar gambar ini... melayu katanya telah bergerak dengan agresif menyedarkan segenap lapisan masyarakat melayu akan isu semasa yang dewasa ini ditimbulkan kaum cina & india (kafir Harbi) yang semakin lupa diri dengan mencabar Melayu & Islam secara terbuka... Kain rentang yang dipasang ini cukup menggambarkan betapa serius nya isu-isu menyentuh ketuanan melayu & Islam ini diberikan perhatian...

Malangnya... perhatian & semangat hanya timbul dari golongan marhaen dan orang bawahan macam kita ini... manakala pemimpin melayu atasan diperingkat tertinggi bukan tidak tahu ancaman ini tapi hanya mendiamkan diri & menjadi BACUL demi politik jaga hati demi mengekalkan kekuasaan & kekayaan mereka... terutamanya dari UMNO... kalau harapkan PAS & PKR - pemimpin melayu mereka lebih rela menjaga hati orang cina DAP (kafir Harbi) dari mempertahankan Melayu & Islam yang terang terangan dicabar....

Apapun sebagai melayu kita harus menginsafi dan memahami asal usul kita dan sejarah negara ini... sedar dengan mendalam & seterusnya berani bangkit secara terbuka mempertahankan HAK MELAYU & ISLAM... Usah biarkan lagi maruah kita dipijak-pijak... Jangan biar hak kita diperkotak-katikkan macam Melayu & Islam ni BACUL sangat... Kita harus saling mengingati & menyedarkan antara satu sama lain... Mari kita hadirkan diri & sokong program & usaha menyatukan Melayu... Biar Melayu tunjukkan kekuatan kita... Biar Kaum Cina & India terajar agar menghormati kita... Akan tiba masanya nanti...

Selamat berjuang... KEPADA ALLAH BERSERAH



SEJARAH MUNGKIN BERULANG: PAKATAN RAKYAT HANCURKAN ISLAM

Tajuk Asal : Antara Andalusia dan PKR
oleh Maharaja Zhou

1492 merupakan tahun di mana kerajaan Islam terakhir di Semenanjung Iberia ditumbangkan. Kerajaan Nasiriyyah Granada yang berajakan Abu 'abd-Allah Muhammad telah dikepung oleh Kerajaan Aragon dan Castille.400,000 nyawa umat Islam berada dalam ancaman. Setelah perundingan dijalankan dan Perjanjian Granada dimeterai pada November 1491, 2 bulan kemudian, Abu 'abd-Allah Muhammad telah menyerahkan kunci Kota Granada kepada Isabella dan Ferdinand.Perjanjian Granada bunyinya sungguh indah.

Orang Islam dibenarkan melaungkan azan seperti biasa. Orang Kristian tidak dibenarkan mengintai-intai rumah orang Islam lebih-lebih lagi Masjid.Malahan, jikalau ada orang Kristian Sepanyol yang mengejek-ejek orang Islam,mereka akan dihukum mengikut Perjanjian Granada.Cantiknya Perjanjian Granada. Tidak hairan,Abu 'abd-Allah boleh mengalah.

Penambah perisanya, dalam sejarah Granada, kota tersebut dipendekkan umurnya oleh sekumpulan orang Islam yang di dalam tarikhnya disebut sebagai Mudejar.Mudejar adalah orang Islam yang tinggal di bawah pemerintahan Kristian Sepanyol.Mereka juga bersama-sama dengan Kerajaan Kristian Sepanyol meruntuhkan kerajaan Islam terakhir di bumi Iberia itu. Mudejar dikatakan berasal dari perkataan mudajjan,yakni orang yang dijinakkan (untuk berada di bawah naungan kerajaan Kristian Sepanyol)tetapi ada yang mengatakan bahawa ia dari perkataan mudajjal.Maknanya, faham-faham sendirilah.Tidak kurang juga di antara mereka putera-putera raja Muslim Sepanyol yang mengira-ngira untuk mendapat laba dari tuan Kristian Sepanyol mereka samada menjadi menteri ataupun upah khianat mereka.Mereka ini juga menjadi dajjal di sebalik runtuhnya Kota Granada.

Tetapi, janji hanya tinggal janji.Tahun 1499, perjanjian itu diingkari,Cardinal Francisco Jiménez de Cisneros telah memulakan pengKristianan paksa orang Islam di Granada. Dikatakan,rumah-rumah keturunan Muslim dipaksa menggantung babi,tanda mereka bukan lagi Islam.Inkuisi Sepanyol dimulakan,sesiapa sahaja yang tidak Kristian Katolik disalib dan mata mereka dicungkil. Ribuan muslimin dipaksa murtad.

Walaupun pemerintahan Abu Abdullah tidak sempurna (dan dikatakan beliau telah merebut kuasa dari bapanya sendiri), tetapi dia masih Islam dan iman umat Islam masih terjaga di bawah pemerintahannya yang dikritik sebagai lemah dan lembab. Maka, jika dilihat kepada senario hari ini, kita melihat hikmah mempunyai dan dinaungi oleh sebuah kerajaan Islam diambil mudah. Orang menganggap ia mudah datang dan mustahil untuk pergi. Alasan untuk menumbangkan kuasa sesuatu kerajaan Islam cukup mudah,atas nama memerangi korupsi,kezaliman dan kronisme adalah panji-panji murah yang dikibarkan oleh sesetengah pihak.

Adakah tidak terguris hati sebahagian umat apabila baru sahaja didedahkan 301,000 isi rumah orang Melayu Islam masih di bawah RM1000, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang,P Ramasamy ingin membuka jawatan-jawatan kerajaan negeri kepada semua orang. Dan mendukacitakan lagi,dia tidak segan silu memfitnah orang Melayu/Islam yang berjawatan di peringkat kerajaan negeri mengoyak borang permohonan orang bukan Melayu yang memohon.

Tiada pula tindakbalas daripada orang Melayu Parti Keadilan Rakyat di dalam kerajaan negeri. Seolah-olah mereka sudah dijinakkan seperti mudejar Kerajaan Kristian Sepanyol. Apakah mereka tidak berfikir antara jawatan dalam kerajaan negeri tersebut termasuklah jawatan di pejabat ugama?Adakah nanti atas nama samarata, Pulau Pinang akan mempunyai Kadi beragama Hindu,Kristian ataupun Buddha?Nampaknya lucu, tetapi usikan ke arah itu sudah mula berlaku.

Menghairankan lagi mudejar-mudejar ini terus melakukan apa sahaja untuk menyedapkan hati sekutu mereka.Mereka memuji Adun Canning sebagai pandai membaca Al Quran tetapi musuh mereka yang Islam pula sebagai orang yang dibenci Tuhan. Mereka berbangga apabila Lim Guan Eng hendak menjadi Umar Abd Aziz tanpa menyedari bahawa Allah tidak akan memandang kepada bagaimana berazamnya seseorang yang kafir itu mencontohi kebaikan seorang mukmin melainkan ia dimulakan dengan si empunya badan itu melafazkan dua kalimah syahadah. Apakah tidak sedih Umar Abd Aziz, apabila seseorang yang tidak berkhitan itu yang dipuja dan dipuji dan disamakan dengan beliau oleh orang yang mengaku muslim dan mukmin?
Jadi,tidakkah sama nilai mereka ini dengan mudajjal?

Oleh itu,janganlah kerana digula-gulakan dengan orang lain pandai menyebut nama seorang dua khalifah Islam dan tahu barang satu dua ayat al Quran dan Hadith, kita hendak menggadaikan kuasa yang ada pada kita.

Ingatlah, orang Islam Granada dijanjikan perkara yang jauh lebih baik dari itu untuk memujuk mereka agar menyerahkan kuasa politik mereka. Tetapi, harga yang perlu mereka bayar akhirnya adalah untuk berada di tiang-tiang salib dengan mata yang dikorek dan kaki tangan mereka dikudungkan.sumber - Maharaja Zhou