Tuesday, December 23, 2008

RASUAH : PEMIMPIN UMNO TIDAK INSAF

Salam perjuangan...

Sedih & pilu... kepimpinan UMNO masih tidak insaf... Kebetulan penulis bertemu dengan sahabat lama ketua wanita bahagian dalam satu majlis rasmi baru-baru ini... agak lama juga bercerita berkenaan bahagiannya..

Namun cerita yang menarik ialah mendapat maklumat 1st hand darinya... bagaimana beberapa pemimpin yang telah melepasi pencalonan untuk bertanding tanpa segan silu menabur & melaburkan wang bagi memancing undi... jangan tak tahu gerakan melobi telah dimulakan dan semakin rancak menjelang MAC 2009 ini... Jelas pemimpin UMNO tidak mengendahkan nasihat pelbagai pihak termasuk teguran dari Tun M.

Apapun penulis bersyukur UMNO masih ada harapan kerana BELUM / TIDAK ADA LANGSUNG nama YB Dato Mukhriz Tun Mahatir disebut terlibat dalam politik wang... insyaAllah penulis yakin kebenaran & ketulusan hati untuk berjuang demi agama bangsa & negara penuh ikhlas akan dibalas dengan kemenangan nanti... Amin

Apa yang jelas beberapa nama telah timbul dan dikatakan terlibat dengan politik wang ini a.k.a RASUAH. Nama ini jelas disebut kepada penulis oleh rakan penulis tadi yang mana antara katanya :-


"JANGANLAH PEMUDA BERTUANKAN KHAIRY... "
"RANCAK BENAR ORANG DIA BERGERAK HABIS DITABURNYA..."
" ORANG MACAM NI KE KITA NAK BERTUANKAN - MACAM MANA NASIB BANGSA & ANAK CUCU KITA"
" TAK TAHULAH ORANG-ORANG MUDA NI TAKUT TERPERDAYA ANTARA WANG DENGAN PERJUANGAN"


Suka saya memetik
kenyataan KHAIRY - JANGAN HANYA TUDUH -Utusan 20/12/2008 BOLEH DIBACA DISINI

Namun begitu terdapat juga beberapa nama lain yang dikatakan turut terlibat yang mana nama-nama ini merupakan pemimpin "high-profile" yang "untouchable"... mungkin kerana itu pening juga jawatankuasa disiplin UMNO & BPR nak ambil tindakan... Ini penulis perolehi dari
blog seperti PEMUDA PELAPIS yang boleh dibaca DI SINI

Malang sekali alasan seperti ini dijadikan alasan :-


"kalau aku tak tabur wang kalah pula nanti sebab lawan kita tu dah tabur wang"
"Takkan tak ada apa-apa Dato' kami datang jauh-jauh nak dengar Dato' bercakap?"
"Apa salah aku ambil orang nak bagi kita terima lah"
"Orang nak bagi ambil jelah time undi nanti kita fikirlah lain"


Pemimpin UMNO masih tidak insaf bahawa hanya sedikit sahaja lagi kaki mereka bakal tergelincir dari kekuasaan sekiranya salah langkah yang diambil... dengan berleluasanya rasuah dalam PERGONG 2009 nanti rakyat & masyarakat akan memberi penilaian negatif pada UMNO & rasuah ini akan menjadi modal kepada pembangkang utnuk memburukkan UMNO... akhirnya rating UMNO akan semakin merudum & berkebarangkalian untuk tewas pada PRU-13 nanti...

Jangan biarkan kebencian, kejijikan dan kejian berkaitan rasuah ini dikaitkan dengan UMNO hingga menjadi salah satu imej UMNO...

Jangan biarkan kesetiaan dan kesabaran kami yang cintakan UMNO oleh kerana ketulusan & kesucian perjuangannya.... kian luntur perasaan kecintaan ini dengan tindakan jijik, keji & bodoh yang terus dilakukan oleh barisan kepimpinan UMNO diperingkat atasan dan pertengahan ini... Tidak mustahil kebencian ini bertukar kepada tindakan yang bakal meruntuhkan UMNO nanti... Apabila UMNO Hilang sokongan Rakyat keseluruhan nanti...

Renung-Renungkan selamat berjuang...

No comments:

Post a Comment