Seorang rakan saya menceritakan organisasinya telah menjemput PLah menghadiri acara anjuran organisasi berkenaan... betapa staff & kakitangan agensinya begitu teruja dengan kehadiran PLah.. yelah dapat tengok Pee Ermm (PM) katakan.
Dengan mengandaikan mungkin PLah berubah kerana katanya bulan Mac 2009 dia nak berundur dan kata banyak perkara yang perlu diselesaikan... mungkin menjadikan dia lebih teratur, berdisiplin dan pelbagai perkara yang lebih baik lagi...
Namun kesian katanya... dahlah PLah hadir lewat hampir 1 Jam dan kelewatan itu dimaklumkan disebabkan PLah ada program lain yang bertindih dengan acara berkenaan (PLah terpaksa pendekkan masa kehadiran ke program lain itu barulah dapat hadir ke acara anjuran agensi rakan saya). Kemudian PLah tergesa-gesa & dengan tiba-tiba pulang pula awal dengan alasan ada program lain malam itu (yang sememangnya di fahami, yelah datang lewat minta abiskan awal lah) hinggakan ramai juga kecewa kerana beberapa acara yang telah diatur dibatalkan kera PLah pulang awal... kesian pada yang frust! Kenapa keadaan ini berlaku walhal saya pasti kesemua perkara bersangkutan PM pasti akan confirm 2-3 bulan awal.
Saya amat kesian pada PLah dari dulu lagi hingga sekarang... siapalah yang bengap mengatur jadual dia sampai begitu tidak teratur & berserabut hinggakan menyebabkan PLah dilabelkan sebagai PM SUKA LEWAT, KELETIHAN - sampai dijadikan isu pembangkang PLah suka tidur, BALIK AWAL - orang kata terlampau busy & balik nak jumpa Jeane isteri baru... sebagai ingatan orang membandingkan PLah dengan Tun M yang terkenal dengan ketepatan masa & amat menghargai jemputan dengan berjaya meluangkan masa berharga dalam mana-mana acara... pelik takkan tak ada org di JPM ni yang berbakat uruskan masa PM...
Orang tahu Tajudin Mamak lah yang menjaga diari PM kita ni tapi rasanya dia kena tukarlah dan jangan sesiapa lantik dia jaga diari korang alamat jahanamlah korang... sebab terbukti dari dulu dia gagal - contoh terbaik apa yg terjadi pada PLah... Teringat zaman-zaman dulu... selepas Osman Desa dan Hasbullah tinggalkan PLah sapa lah agaknya yang boleh diharap untuk membantu PM...
Kesian PLah... kerana akhirnya kita tahu kesimpulan sebenar punca utama PLah gagal adalah kerana PLah melantik orang yang gagal dan terbukti gagal untuk membantunya... renung-renungkan
No comments:
Post a Comment