Rujukan dari pada Media massa utama.
Pengguna kenderaan persendirian Kelas 1 yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Elite dari 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menerima diskaun tol 10 peratus untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari tahun depan. Begitulah kata Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed, di Kuala Lumpur, pada Selasa, 18 November 2008.
Selain itu, diskaun tambahan 10 peratus juga akan turut diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas dalam tempoh dan waktu yang sama.Kata Mohd. Zin, PLUS Expressways Berhad yang mengendalikan kedua-dua lebuh raya itu memberikan insentif tersebut bagi mengurangkan beban orang ramai yang menggunakan lebuh raya tersebut.
Komen : Agak terlewat saya memberikan pandangan... namun sengaja saya lakukan begitu bagi melakukan jelajah dan meninjau pandanagn berkaitan isu ini terlebih dahulu. Setelah melayari banyak blog sama ada yang pro pembangkang atau pro kerajaan atau neutral atau blogers yang memfokuskan selain daripada politik ... ramai rakan blogger yang menyambut sinis langkah yang diambil kerajaan & syarikat lebuh raya ini...
Ada yang kata langkah berkenaan akan menyebabkan jumlah kemalangan meningkat sebab lebih banyak pemandu memandu malam, kerajaan & syarikat konsesi tol tak ikhlas sebab beri diskaun pada waktu malam bukan peak hour, yang dapat nikmat diskaun hanya kaki mabuk dan penjoli yang keluar lepas tengah malam dan balik awal pagi, langkah ini hanya gimik mainan politik padahal tak menguntungkan rakyat.... dan pelbagai lagi hinggakan ada yang mencemuh bodoh, bangang, bahalul dan sebagainya.
Apapun mari kita muhasabah diri kita kembali... kalau kita berfikiran sedemikian apakah kita termasuk dalam golongan yang bersyukur??? golongan yang mengenal erti terima kasih dan menghargai nikmat kehidupan... Allah SWT di dalam Al-Quran dengan sejelas jelasnya mengasihi golongan yang senantiasa bersyukur dan menghargai setiap nikmat yang diberikan walau sekecil zarah sekalipun...
Seharusnya rakan-rakan kita harus bersyukur kerana kerajaan terus berusaha & mencuba tanpa jemu mengurangkan bebanan rakyat walaupun hasilnya diperolehi sedikit demi sedikit oleh rakyat sekurang-kurangnya ada hasil dan perkara yang boleh meringankan & membantu rakyat... bagi penulis lebih baik begitu dari hanya tahu bercakap bermodalkan air liur mengkkritik dan dan mencemuh itu dan ini tetapi tidak langsung berusaha hingga menampakkan sebarang hasil... itulah yang sebahagian kita lakukan hingga berjaya merosakkan dan mempengaruhi pemikiran serta pandangan orang lain hinggakan kerja, usaha & perkara baik berjaya dipesongkan menjadikan perkara itu jahat, kejam dan tidak benar...
Dimanakah nilai dan tanggungjawab kita sebagai insan yang beragama Islam??? sahabat & rakan semua nilai & muhasabah lah diri kita kembali. Marilah kita berusaha dan berdoa semoga kita dijadikan Allah SWT insan yang sentiasa bersyukur dan teguh pendirian bukan sebagai pembawa malapetaka, bencana & kerosakan kepada masyarakat dan ISLAM.... renungkan & selamat berjuang
No comments:
Post a Comment