Friday, October 24, 2008

PAK LAH MARAH : TUN TETAP DISANJUNGI

Tun Mahathir Mesra dengan Najib dan Muhyiddin... PLah sahaja yang syok sendiri - rasa dia paling bagus & bijak

Gambar di atas telah menceritakan segalanya... walaupun Tun M diluar UMNO sekalipun beliau tetap dihormati dan disanjungi oleh kepimpinan tertinggi UMNO. Walau marah macam mana pun PLah, Tun tetap mendapat tempat di kalangan ahli UMNO dan Pemimpin negara...

Begitulah hebatnya Tun M. Lihat sahaja gambar Najib hadir (bakal PM), Muhyiddin (bakal TPM), dan ramai lagi pemimpin high profile UMNO turut hadir... mungkin mereka boleh belajar dari kesilapan PLAH iaitu WAJIB bagi mereka mendapatkan nasihat dan pandangan dari Tun M apabila mereka menjadi peneraju dan pemimpin tertinggi negara nanti...

Sememangnya bukan sahaja PLAH tidak mahu mendapatkan pandangan Tun M malahan berusaha membuang legasi projek Tun M dan merombak keseluruhan landasan yang disediakan Tun M demi menghapuskan pengaruh Tun M yang kononnya mahu mewujudkan ini adalah era PLAH... kesannya lihatlah PLAH telah "dipaksa rela" berundur sebelum tiba waktunya... kerana kegagalan dasar yang kononnya diperkenalkan beliau...


Marah dan terus lah marah wahai PLAH... sebelum marah orang lain marahlah pensihat bijaksana dikeliling PLAH terutama Khairy, Anuar Zaini, Kamaludin, Kalimullah dan Patrick... merekalah sebenarnya yg menjahanamkan dan membawa kehancuran karier politik PLAH...

Mungkin Pak Lah terkurung di dalam kotak dan tidak menyedari impak Tun M pada UMNO & negara... dan tidak sedar kesemua ahli UMNO, BN, rakyat & negara menyanjung Tun M... kini setelah pasti PLAh berundur semakin ramai pemimpin terutama dari tahap Tertinggi dan bawahan UMNO berani berjumpa dan hadir secara terang terangan bersama Tun M... kalau dulu bimbang di "kenakan" kerana menyokong Tun M...

Saya mendokan Tun M dikurniakan Allah SWT kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur dan semoga Tun M dapat terus membantu kerajaan baru nanti berhadapan pelbagai cabaran dan isu demi menyelamatkan masa depan negara akhirnya...

Tun juga telah menjawab berkaitan isu PLAH marah-marah ni... di sini http://test.chedet.com/che_det/2008/10/bidas-membidas.html#more

Ikuti Petikan dari akhbar berkaitan isu ini... dibawah

PM bidas Mahathir

KOTA KINABALU 18 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan (pemilihan) parti yang menentukan “siapa yang perlu berada dalam parti UMNO dan siapa yang perlu dikeluarkan”.

Perdana Menteri berkata, UMNO tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.

“Siapakah Tun yang dah keluar parti UMNO itu nak cuba membuat arahan kepada orang UMNO apa yang patut dilakukan?

“Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu... orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” katanya pada persidangan akhbar di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini malam ini.

Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan UMNO “mengusir orang-orang Abdullah” dalam pemilihan parti itu Mac depan.

“Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik...orang yang tidak pernah membuat baik untuk UMNO dan kerajaan.

“Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli UMNO, mengajar ahli UMNO bergaduh sesama sendiri,” katanya.

Abdullah berkata, beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.

“Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.

“Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap tidak boleh terima, mesti diketepikan. Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam UMNO,” kata Abdullah.

Menurut Perdana Menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan kebaikan.
“Inikah “reform” yang diharapkan...Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli UMNO ada kebebasan untuk bertanding.


“Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik...Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?. (bercakap pun gagap... & tak ada point nak jadi TPM - lucu)

“Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding... tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang UMNO menentukannya,” katanya.

Dalam hal ini, anggota UMNO tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.
“Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini,” katanya.


Sementara itu, Abdullah juga kecewa apabila Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan.

“Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.

“Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd. Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.

Abdullah berkata, beliau telah menerangkan sebab beliau memerlukan masa yang dipersetujui antara beliau dan Najib, antaranya, terdapat perkara berkaitan dengan reform yang beliau hendak laksanakan dan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat.

“Apakah dia takut reform? Apakah dia tidak mahu reform? Apakah ini sebagai satu langkah untuk menggagalkan usaha-usaha sedangkan reform itu dikehendaki oleh rakyat.

“Saya dimarah oleh rakyat kerana tidak memenuhi janji. Sebab itu ada dalam manifesto 2004 apabila saya bertanding, apabila kita memenangi pilihan raya pada 2004 dengan sokongan yang kuat.

“Mengapa pula dia mencadangkan seperti itu? Ertinya nak menggagalkanlah.
Nak menggagalkan saya atau menghalang saya mengambil tindakan-tindakan yang saya telah usahakan.
“The point is that there is an agreement. Dah setuju. Mengapa mengungkit lagi?

Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia,” katanya. (Marah Muhyiddin sbb muhyiddinlah dia terpaksa lepas jawatan awal)


– Bernama

ARKIB : 20/10/2008 UTUSAN

PM berhak tegur Mahathir

Perdana Menteri berhak menegur Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana ia adalah suatu perkara biasa bagi membetulkan keadaan. – Datuk Seri Syed Hamid AlbarAhli Majlis Tertinggi UMNO

Tidak pernah berlaku orang luar mengatur pemilihan parti dan kalau berlaku pun tak patut benda itu berlaku. – Datuk Seri Mohamed Khaled NordinAhli Majlis Tertinggi UMNO

Tindakan Dr. Mahathir itu hanya akan menjejaskan tanggapan rakyat terhadap beliau sebagai seorang negarawan. – Datuk Ahmad Shabery CheekMenteri Penerangan

Orang luar jangan campur urusan dalaman UMNO dan biarkan orang UMNO sendiri membuat penilaian. – MOHAMED AZIZKetua UMNO Bahagian Sri Gading


ARKIB : 21/10/2008 UTUSAN

Rais kecewa ramai kritik Tun Mahathir


KUALA LUMPUR 20 Okt. – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim melahirkan rasa kesal dengan sikap pihak-pihak tertentu yang mengkritik bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana membuat kenyataan mengenai UMNO. Beliau menyifatkan tindakan itu tidak wajar dilakukan kerana Dr. Mahathir boleh membuat apa juga kenyataan mengenai UMNO.

‘‘Tun Mahathir sudah menerajui UMNO selama 23 tahun tetapi saya sedih banyak pihak menghentam beliau hanya kerana beliau membuat kenyataan mengenai UMNO.

‘‘Ini tidak sepatutnya berlaku atau menjadi isu kerana beliau berhak untuk menyuarakan apa sahaja mengenai UMNO,’’ katanya kepada pemberita selepas Program Pertukaran Kebudayaan Rakan Malaysia anjuran Kementerian Luar di sini hari ini.

Rais menegaskan, jika ada pihak-pihak tertentu tidak puas hati dengan kenyataan yang dibuat oleh Dr. Mahathir, mereka boleh bertemu dengan beliau (Dr. Mahathir) secara bersemuka.

Di samping itu, Rais berkata, amalan politik wang masih berleluasa pada persidangan perwakilan bahagian yang sedang berlangsung di seluruh negara.

‘‘Jika amalan itu tidak dibendung ia boleh menjejaskan imej UMNO sebagai parti politik terbesar di Malaysia,’’ jelasnya.

Bagi menangani masalah itu, kata beliau, Akta Suruhanjaya Antirasuah yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat hujung tahun ini diharap dapat membendung gejala itu daripada terus berlaku.

‘‘Jika amalan politik wang tidak dibendung, UMNO boleh musnah dan berkubur,’’ katanya.
Rais yang menawarkan diri bertanding merebut jawatan Naib Presiden masih belum melepasi kuota kelayakan jawatan itu sebanyak 20 pencalonan.


Beliau hanya memperoleh enam pencalonan setakat ini selepas 66 daripada 191 bahagian yang bersidang.

1 comment:

  1. jasa tun mahathir pada negara tidak akan ku lupakan..

    aku sebagai anak malaysia yg lahir dalam era mahathir masih menagih kepimpinan tun...

    eloklah pemimpin2 sekarang belajar mentadbir negara daripada pengalaman yg ada pada tun sementara hayatnya masih ada.

    HIDUP MAHATHIR !

    ReplyDelete