Friday, October 24, 2008

Anwar Tangguh Kerajaan Baru : Alasan Raih Simpati

Sumber Akhbar SINAR 24 Oktober 2008

Nota :

Anwar terus menerus melakukan lagi pembohongan untuk memastikan rakyat terus terperdaya menyokongnya kononnya perubahan kerajaan bakal berlaku...

Apapunya pemimpinlah yang suka bermain wayang, dan menipu secara terang terang terangan dan yang sedihnya ada rakyat yang masih percaya segala janji Anwar ni...

Ikutilah berita ini bersama ulasan (kaler biru)... kalau ada yg masih mahu terus menyokong pemimpin munafik ini silakan... silakan terus melayan aksi lawak yang terbaru dihidangkan oleh pelokon terkenal ini...

Isu ekonomi negara lebih penting

KUALA LUMPUR - "Cukuplah mengenai isu ini, kami sedang berusaha ke arah itu. Kami mahu ia menjadi satu kejutan,” itulah yang diluahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila ditanya wartawan mengenai pelan peralihan kuasa kerajaan persekutuan yang diuar-uarkan oleh Pakatan Rakyat (PR) pada awal Disember nanti.
(Dulu kata sebelum ogos 2008 selepas itu 16 September sekarang sebelum AidilAdha selepas ini bila pulak??? mungkin lepas ni pada Hari Valentine 2009... selepas itu tak jadi lagi pada Hari jadi Anwar pula... dan tak jadi lagi sempena tahun baru 2010 pulak... tak jadi lagi alamat sampai bilalah penuh janji-janji palsu... kesian penyokong Anwar pun tertipu buta-buta dan percaya pulak tu... iskh iskh)

Beliau berkata demikian kerana menyifatkan perkara yang lebih penting sekarang adalah untuk menyelamatkan ekonomi negara daripada terus terjerumus dalam kemelesetan pasaran kewangan global.“Jangan bercakap mengenai isu ini lagi, kerajaan hanya buat jenaka terhadap isu ini,” katanya pada sidang media selepas membentangkan Bajet Pakatan Rakyat 2009.
(Bukan kerajaan jadikan bahan jenaka seluruh negara jadikan isu ini bahan jenaka... Anwar dah dapat 32 kerusi dari IKEA & Courtmamonth... angkat sumpah tp depan gambar Agong shj... Anwar terkena penyakit "gila kuasa" dan macam-macam lagi... yelah kemaruk sgt nak jadi PM)

Selain itu jelasnya, PR tidak terburu-buru untuk melakukan peralihan kuasa kerana masih banyak isu lain yang lebih penting.“Disebabkan masalah ekonomi semakin teruk, kita mesti bekerjasama dengan kerajaan untuk memastikan negara selamat,” ujarnya.
(Konon bekerjasama dengan kerajaan... apa kerjasama tu??? Anwar terus memburukkan malaysia di luar negara hinggakan ramai pelabur bimbang nak melabur di malaysia... hingga negara kita menghadapi tekanan ekonomi. Nasib baik ekonomi dan kewangan negara begitu kukuh...apakah itu kerjasama yg Anwar maksudkan???

Konon pentingkan ekonomi negara konon sebenarnya itu alasan agar rakyat terus terbuai kononnya pertukaran kerajaan akan berlaku... kalau rakyat terus sokong dan percaya dengan pembohongan demi pembohongan Anwar ni... iskh iskh kesian merelakan diri terus di tipu)

Tambahnya, selain beberapa pilihan peralihan kuasa yang telah gagal, beliau menyifatkan pilihan peralihan kuasa melalui Perlembagaan Negara yang sah untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar juga telah ditolak Perdana Menteri.
(Apa punya Cerita ni PM tolak apa??? Bila bincang PM tak pernah bincang dengan Anwar si badut pun...Atau pasal surat dari Anwar yang konon minta PM serah kuasa secara aman ke??? ini kes bohong besar... surat yang Anwar bagi PM isinya hanya surat umum yang minta kerajaan jaga ekonomi, kestabilan hubungan kaum, perpaduan negara dan tak ada langsung sentuh minta PM buat penyerahan kuasa pada Anwar sebab si badut dah ada 30 ahli parlimen nak masuk pembangkang...


JELAS ANWAR PEMBOHONG BESAR... kalau betul dah ada cukup ahli parlimen yang nak join jadi badut, buatlah usul undi tak percaya di parlimen Anwar pun tahu prosedur betul kalau nak tumbangkan kerajaan melalui proses di Parlimen... KENAPA TAK BUAT??? kalau betul memang dah ada saya pasti anwar dah bertindak silap-silap buat demo di PUTRAJAYA... betul tak???

Sebenarnya tak ada! tak wujud! INI SEMUA PEMBOHONGAN demi terus mengekalkan momentum sokongan pada Anwar si badut. Yang pasti rakyat dah makin sedar... percayalah pembohongan demi pembohongan disertakan fitnah akan di lakukan Anwar dan pembangkang... kepada rakyat cukuplah untuk merelakan diri terus ditipu.. anwar memang sebegitu dari dulu... tinggalkan sebuah perjuangan kosong ini...)

Sementara itu, mengulas mengenai peralihan kuasa antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau menyifatkan UMNO tidak akan kukuh di bawah kepimpinan Najib.“Najib tidak akan mengukuhkan UMNO, beliau hanya jadi Presiden UMNO tetapi tidak akan menjadi Perdana Menteri yang disokong rakyat,” kata Anwar.
(Abis kalau ganti dengan Anwar negara jadi lebih baik ke? alamat jahanam negara pastinya hak-hak org melayu akan digadaikan kepada DAP... Ekonomi pula dibuka seluasnya kepada sahabat baik Anwar yg membantunya selama ini AMERIKA jahanam ekonomi kita dijajah pulak... huru-haralah negara gamaknya...


Apakah kita mahu mempertaruhkan nasib anak cucu dan generasi mendatang kepada org sebegini... baru menang di beberapa negeri tengok mereka sudah naik tocang banyak hak melayu tergadai tengok perak dan selangor... Cina selamba persoal macam macam dai bab agama hinggalah hak keistimewaan melayu... Anwar jadi PM alamat kiamatlah Malaysia)

Terdahulu, pada 9 Oktober lepas, Anwar telah membuat kenyataan di Kota Bharu bahawa beliau meletakkan sasaran baru peralihan kuasa pada Hari Raya Korban Disember nanti.
(Teruskan bermimpi... teruskan percaya kepada hikayat yang melalaikan bangsa melayu untuk bersatu dari bangun mempertahankan hak mereka... teruskan... hingga janji hanya tinggal janji.


Sedarlah Anwarlah perosak perpaduan bangsa melayu dan pengkhianat sebenar melayu yg sanggup menjual hak bangsa melayu demi menagih sokongan supaya dia menjadi pemimpin... Anwar telah menghalakan apa jua cara demi berkuasa walau haram disisi islam... pemimin yang taksub sebeginikah anda nak letakkan nasib anda dan keluarga anda??? sedarlah sebelum terlambat...)

No comments:

Post a Comment