Tuesday, May 20, 2008

YAKIN LAH PADA TINDAKAN TUN DR MAHATIHIR

Merupakan petikan komen dalam blogs http://www.chedet.com

Salam Perjuangan,

Seumur hidup saya tidak pernah saya terfikir atau bermimpi disebalik kemelut yang begitu menekan dan mencabar bangsa Melayu dan Islam masa kini pemimpin idola dan tokoh yang berada dekat dihati saya, rakan-rakan, ahli-ahli UMNO (marhaen) seterusnya rakyat Malaysia akan mengambil keputusan yang begitu mengejutkan...

Walaupun begitu saya dan rakan-rakan berpegang teguh dan meletakkan sepenuh kepercayaan pada TDM yg saya pasti telah mempertimbangkan sebaiknya tindakan ini yg saya percaya adalah demi kepentingan dan membela Melayu, Islam dan Negara. Kepada rakyat Malaysia yang PATRIOTIK dan CINTAKAN Malaysia marilah kita berdiri teguh dan mendokan TDM semoga maksud dan tujuan disebalik usaha ini akan tercapai.

Mungkin sesetangah perkara tidak kita fahami namun kita harus meletakkan kepercayaan kita kerana sejarah telah membuktikan seperti tindakan yg dikatakan "TIDAK WARAS" TDM seperti projek kereta nasional dan pendekatan menyelamatkan matawang negara 1999 dulu... yg tidak kita setuju atau fahami yang akhirnya terbukti benar dan menyelamatkan negara.

Saya percaya tindakan ini dipengaruhi oleh pendirian MP Sabah dan Sarawak yang menurut maklumat berada ditahap akhir perbincangan untuk keluar BN dan UMNO akibat layanan "Doulbe Standard" dan sikap tidak menghargai PeeeMMM pd mereka walhal wakil dari sabah dan sarawak lah yg menyelamatkan BN dari tewas. Mereka di Sabah Dan Sarawak mahukan perubahan pucuk pimpinan dan byk komponen BN juga berpendirian begitu... Itu sebabnya Pak Lah selepas PRU 12 sudah hampir 6 kali ke sabah dan sarawak untuk melakukan pertemuan demi pertemuan dan perbincangan untuk mengekalkan mereka bersama BN.

Dijangka MP sabah dan sarawak tidak akan menyertai pembangkan sebaliknya akan keluar UMNO dan BN seterusnya menubuhkan parti baru. Mereka seterusnya akan menyertai Pakatan Rakyat untuk membuat undi tidak percaya kepada PM dan kerajaan (hilang kelebihan majoriti) yg akhirnya dijangkan sebuah kerajaan baru campuran akan tertubuh dengan simple majoriti.

Harus di ingat Pakatan Rakyat hanya memerlukan 30 MP untuk keluar BN bagi meruntuhkan kerajaan sedia ada sekarang... yg mana dengarnya hampir 18 MP sudah berat untuk keluar BN... yang kalau kita kaji punca dan sebab mereka mahu keluar tidak lain dan tidak bukan mahukan Pak turutLAH @ PM meletak jawatan. Buktinya cuba kita perhatikan perbahasan di Dewan Rakyat tutur kata dan jawapan wakil sabah dan sarawak secara terbuka mengkritik dan meluahkan ketidak puasan hati kepada Kerajaaan.

Ada MP yg berkata org sabah dan sarawak lebih suka duduk di rumah Bungalow (BN) yang selesa daripada di rumah teres rakyat (Pakatan Rakyat). Lantas MP dari sabah (kalau xsilap) bangun berkata "Buat apa duduk di Bungalow kalau semuanya masih tidak lengkap dan tidak mendapat apa-apa lebih baik duduk di rumah teres rakyat yang boleh mendapat macam-macam" Nah!!! dari perbahasan tersebut terbukti kecenderungan meninggalkan rumah Bungalow (BN) itu jelas ada dan begitu kuat kerana berani dibincangkan terbuka....

Fikirkanlah apa akan jadi jika Pakatan rakyat + Parti Sabah dan Sarawak memerintah... adakah kaum melayu dan Islam menjadi majoriti dalam pakatan ini??? pastinya tidak... jadi bagaimana nanti nak mempertahankan dan mendaulatkan Melayu dan Islam... apatah agi nak mempertahankanya???

Ambil contoh di Selangor dan Perak apa sudah jadi???? lihat saja tindakan dan keputuan mereka.... adakah lebih kepada membela bangsa melayu dan Islam??? atau secara terbuka mahu hak elayu dan Islam dicabar????....rupa-rupanya MB sahaja melayu tapi "Master Puppet"nya adalah DAP atau kaum cina yang taksub (kafir Harbi) yang terbukti telah sewenang-wenangnya mencabar Melayu dan Islam melalui tindakan serta perkataan... bayangkan mereka ini yg memerintah Malaysia... masyaAllah...

Kalau Pak Lah atau sekutunya terbaca komen saya yg panjang lebar ni saya mewakili rakan-rakan, ahli UMNO dan rakyat Malaysia yg PATRIOTIK memohon Pak Lah berfikirlah demi Bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia... berundurlah... keadaan sudah amat getir sekarang dan menuntut Pak Lah berkorban...

Jgnlah mementing keluarga dan kroni lagi fikirkan lah negara ini... apakah Pak Lah mahu dikenang dalam sejarah sebagai insan yang menyebabkan kehancuran dan porak peranda negara yg akhirnya mewariskan kepada generasi akan datang negara yg tidak stabil dan lemah serta nasib bangsa melayu yg tidak menjadi tuan dibumi sendiri... Insaf lah...Ya Allah selamatkan Bangsaku, Islam dan Negara ku ini...

No comments:

Post a Comment