Tuesday, May 20, 2008

Borak-Borak Politik

Petikan dari KYMU : Borak-Borak

Kenapa orang berebut2 untuk menjadi ketua bahagian hingga bergaduh2? tak macam dulu ahli umno menolak untuk jadi pemimpin rakyat

Jawapan: ZAMAN TUN DULU PERJUANGAN ADALAH UNTUK MEMARTABATKAN BANGSA, MEMAJUKAN MELAYU, HANYA YANG YAKIN JADI PEMIMPIN AKAN MENAWAR DIRI UNTUK MEMIMPIN WALAUPUN TERPAKSA BERGADAI TAPI PERJUANGAN ADALAH UNTUK BANGSANYA. TAPI KINI PERJUANGAN ADALAH KERANA JADI PEMIMPIN ITU ADALAH LUBUK UNTUK KEKAYAAN, KONTRAK, PROJEK WALAUPUN DIALIBABA, MAKAN, RUMAH, TIDUR DITANGGUNG ORANG. CUBA BAYANGKAN 2 PENGGAL MENJADI ADUN, 2 1/2 TAHUN JADI MB SUDAH BOLEH MILIKI RUMAH JUTAAN RINGGIT. BAYANGKAN SETELAH JADI ADUN WALAUPUN DULU JAGA GATE KERETAPI DAN PANDU TEKSI BOLEH ADA ISTANA RM10JUTA KERANA DIBELA OLEH ORANG2 TERTENTU. BERAPA ELAUN ADUN? BERAPA ELAUN AHLI MAJLIS YANG BOLEH KAN IA MEMBUAT RUMAH 10 JUTA WALAUPUN TANPA PLAN

Adakah semua melayu benar2 maju atau selesa kehidupan? Adakkah dasar DEB dulu benar2 diagihkan kepada semua melayu?

JAWAPAN : DULU MEMANG ZAMAN TUN HUSSEIN DAN TUN RAZAK DEB MULA BERTAPAK DAN DIAGIHKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT PADA ORANG MELAYU. TERTUBUHNYA PNB UTK TINGKATKAN EKUITI MELAYU, TUN MAHATHIR MENSWASTAKAN SYARIKAT BAGI TUJUAN MENINGGKATKAN EKUITI BUMIPUTRA DAN PENYERTAAN SYARIKAT BUMIPUTRA DALAM PERNIAGAAN DAN PELUANG PEKERJAAN UTK BUMIPUTRA DITINGGKATKAN, BEBERAPA KOPERAT MELAYU DILAHIRKAN BAGI MEMBANTU BUMIPUTRA.TAPI KINI, SYARIKAT KERAJAAN DIJUAL DENGAN 1 EURO, DIJUAL PADA SINGAPURA (PENYOKONG ZIONIST), DIAMBIL ALIH OLEH MENANTU KERANA DAPAT SAHAM FREE 3%. JUAL PASIR UTK KOMISYEN, WANG EHSAN DIBELANJA UNTUK SAUDARA CINA, MELAYU TRENGGANU MASIH MISKIN WALAUPUN SUDAH 7 BILLION DIBELANJA, AP KEPADA MEREKA YANG TIADA PERNIAGAAN. SYARIKAT MELAYU YANG TIDAK MEMPUNYAI APA2 HUBUNGAN ATAU TIDAK MENJADI SAHABAT KEPADA MANA2 PEMIMPIN TERPAKSA (TAK ADA KABEL LAH KATAKAN) SUSAH UTK DPT KEMUDAHAN PINJAMAN, KONTRAK, PROJEK SELAGI TIDAK ADA KOMISYEN PADA PEMIMPIN TERTENTU.ITULAH REALITINYA SEBAGAI RAKYAT BIASA

Kenapa ahli umno sudah hilang keyakinan dan tidak undi pada 2008?

JAWAPAN: KERANA AHLI UMNO TIDAK DAPAT BERSUARA, MENEGUR, ATAU MEMILIH PEMIMPIN KERANA PEMIMPIN DIPILIH OLEH BAPA MERTUA WALAUPUN TIDAK MENDAPAT SOKONGAN DARI PERWAKILAN, DI BOO OLEH PERWAKILAN BILA NAMA DISEBUT. TIDAKAH ITU DISEDARI BELIAU YG BELIAU TIDAK DISUKAI AKAR UMBI. MASIH BARU DALAM UMNO, MASIH RAMAI PEMIMPIN BERPENGALAMAN YG BOLEH DIJADIKAN PEMIMPIN. KUMPULAN PENASIHAT TINGKAT 4 JUGA MEMENTINGKAN KEKAYAAN SENDIRI DENGAN MENGATUR PROJEK2 KEPENTINGAN MEREKA PADA RAKAN2 MEREKA.

BARU JADI PEMIMPIN MAT REMPIT DAH DIANGKAT BERTANDING PARLIMEN.SEDARLAH PEMIMPIN UMNO, KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN.

No comments:

Post a Comment