Tuesday, February 19, 2008

Anwar Ibrahim- Pengkhianat Negara

Salam Pejuangan,

DSAI seperti diketahui umum bersahabat rapat dengan Paul Wolfowitz, orang asing pertama yang ditemuinya selepas dibebaskan pada 2 September 2004. Wolfowitz adalah bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dan Presiden Bank Dunia.

Mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Amerika dan Israel. Pernah dipertanggungjawabkan untuk merangka strategi pertahanan semasa Perang Teluk dan merangka bajet sejumlah USD50 billion untuk tentera bersekutu menyerang sebuah negara Islam Iraq. Pernah berkhidmat sebagai Profesor Strategi Rahsia Kebangsaan di National War College pada tahun 1993.

Maka tidak hairanlah jika ada di antara perancangan DSAI bagi menunaikan segala impiannya bersama parti-parti politik pembangkang juga dinasihati dan ditunjuk ajar oleh Wolfowitz ini, seorang Yahudi yang menggunakan orang Islam untuk meruntuhkan negara Islam.

Empat Tuntutan seperti terkandung dalam memorandum yang akan dipersembahkan ke hadapan Yang DiPertuan Agong hanyalah sebagai ‘alat’ untuk menggerakkan kembali reformasi rakyat. Demonstrasi ini cuma ingin dilihat penuh bersejarah dan terbesar dalam episod reformasi pembangkang apabila melibatkan Yang Dipertuan Agong dan rakyat dari kalangan ahli-ahli pembangkang dari seluruh negara serta dipertontonkan di hadapan para perwakilan UMNO, para pemerhati politik dan para wartawan dari seluruh dunia yang ada di ibu kota pada ketika itu.

Mengambil iktibar dari kegagalan di Batu Buruk, kamera-kamera video akan disediakan pada setiap sudut sepanjang demonstrasi dan perarakan tersebut bagi merakam segala bentuk kejadian yang tidak diingini di samping bersedia mencari kesalahan orang lain atau pihak berkuasa. Hasil visual inilah akan digunakan sebagai bahan tambahan ceramah-ceramah politik mereka termasuk sepanjang kempen pilihan raya umum yang akan datang.

Oleh itu, orang ramai yang terserempak dengan boneka-boneka kuning DSAI pada hari tersebut dinasihatkan agar tidak termakan dengan segala bentuk provokasi meskipun diketahui bahawa di kalangan mereka juga akan ada segolongan yang tidak memakai baju kuning. Orang ramai juga disarankan untuk menjauhkan diri bagi mengelakkan bersubahat dengan agen-agen pengkhianat dan pemusnah negara ini.

Perhimpunan yang tiada permit ini jelas melanggar perundangan negara dan sesiapa sahaja boleh didakwa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 sekiranya didapati terlibat. Rakyat yang baik akan memperlakukan diri sewajarnya demi kebaikan, keamanan dan keharmonian negara.

No comments:

Post a Comment