Tuesday, September 25, 2012

DAHSYAT SYAITAN DAN IFRIT MENGGIGIL TENGOK GAMBAR NI

Mereka diserang takut, marah, kecewa dan dendam mahu merosakkan segalanya malah syaitan dan jin ifrit menggigil geram rencana mereka mahu memecah belahkan Islam dicabar oleh sekumpulan manusia WARAS dan BERPANDANGAN JAUH... yang penting bukan KUASA sebaliknya penyatuaan Ummah harus diutamakan... malah selepas bersatu kuasa itu akan datang kerana kekutan yang umat Melayu ISLAM miliki... Kepada Allah Berserah!



Tahniah buat ahli UMNO dan PAS di Pulau Pinang bergabung dalam protes bersama membantah filem jahat anti-Islam keluaran Amerika "The Innocence of Muslims". Perbezaan politik dilupakan buat seketika ketika Islam dihina. Pemuda-pemuda Islam ini berjaya membuktikan bahawa Islam boleh beratu. Malah sejarah telah membuktikan bahawa Islam menjadi semakin kuat apabila semakin ditindas.

Umat Islam di seluruh dunia sedang dicabar oleh kafir-kafir yang tak habis-habis menyerang Islam dan negara Islam baik secara fizikal maupun secara mental. Situasi yang sukar ini mungkin ada "silver lining" atau hikmahnya jika ia mengarahkan kepada penyatuan ummah. 

Bersatulah Melayu Islam Semua demi Allah, ISLAM dan RASUL... Amin


No comments:

Post a Comment