Tuesday, February 20, 2018

LIM GUAN ENG PERKENA DS NAJIB GUNA GAMBAR UNTUK COVER PROJEK TEROWONG FESYEN PULAU PINANG

Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng bertindak melatah BERUK apabila Perdana Menteri, DS Najib Razak mempersoalkan Projek Terowong Dasar Laut (PTDL) membazirkan duit rakyat. 
 
Berikutan itu dengan sekeping foto lama Lim Guan Eng telah mempersoal kehadiran DS Najib Tun Razak sewaktu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman / Memorandum of Understanding (MoU) PTDL pada 28/04/2011. Baca di sini

Persoalannya, adakah ketika itu Lim Guan Eng ikhlas menjemput DS Najib Tun Razak tanpa ada agenda tersembunyi untuk memerangkap DS Najib di masa hadapan? Jika ikhlas mengapa Lim Guan Eng atau pejabat Ketua Menteri, tidak memaklumkan kandungan MoU berkenaan malah memaklumkan terlebih dahulu senario sebenar projek tersebut YANG PENUH BERMASALAH???


KENAPA DS NAJIB HADIR

1. DS Najib Tun Razak hadir pada majlis berkenaan atas kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri untuk menghormati kehadiran Perdana Menteri China , Wen Jiabo yang turut sama hadir. Kedua, mungkin juga kehadiran DS Najib Tun Razak adalah untuk menyantuni jemputan Ketua Menteri Pulau Pinang. Baca berita berkenaan di sini.

2. kemungkinan besar ketika itu DS Najib Tun Razak tidak diberi gambaran lengkap oleh Ketua Menteri Pulau Pinang atau dari pejabat Ketua Menteri dan tidak tahu secara terperinci transaksi tersebut adalah tinggi memandangkan ianya adalah majlis menandatangani MoU sahaja dan MoU hanya mengandungi intipati atau perkara pokok atau utama sahaja (salient points).
 
3. DS Najib Tun Razak juga mungkin tidak sangsi dengan keupayaan Consortium Zenith Sdn Bhd yang akan menjalin kerjasama strategik antara Zenith Construction Sdn Bhd dan dua kumpulan syarikat pembinaan gergasi dan berpengalaman dari China iaitu China Railway Construction Co. Ltd. (CRCC), bersama Beijing Urban Construction Group (malangnya sekarang kedua-dua syarikat telah tidak terlibat lagi dalam projek tersebut)


No comments:

Post a Comment