Wednesday, October 11, 2017

MASA DEPAN KAUM CINA MALAYSIA AKAN MUSNAH JIKA TERUS CHAUVANIS MENYOKONG DAP DAN PAKATAN RAKYAT

Agenda DAP bahaya untuk masa depan kaum Cina di Malaysia dan jika dibiarkan berterusan ia akan memudaratkan keseluruhan kaum itu sepertimana yang pernah berlaku di Indonesia, kata Arthur Sim.


.
Menurutnya pada era 60-an, Presiden Indonesia Sukarno telah dijatuhkan kerana dituduh mempunyai hubungan intim dengan parti Komunis China dan Parti Nasionalis Cina Komintang, namun kenaikan Presiden Indonesia yang baharu, Suharto bukan menguntungkan masyarakat Cina di republik itu, sebaliknya membinasakannya.

“Presiden baharu Suharto menyedari bahawa orang-orang Cina akan menimbulkan masalah dan harus dipinggirkan untuk menyelamatkan Indonesia dari kekacauan.



“Kerajaan baharu (Indonesia) bermula dengan memaksa mereka (kaum Cina) mengubah nama mereka ke bahasa Indonesia, watak Cina tidak dibenarkan untuk dipamer di tempat awam, sekolah Cina ditutup dan Jabatan Cukai Pendapatan berada di atas mereka untuk memastikan mereka membayar balik apa yang telah mereka ambil.


“Lesen perniagaan dilanjutkan hanya untuk tempoh tertentu bertujuan untuk menghalang mereka (kaum Cina) daripada mengawal keseluruhan ekonomi dan sebagainya,” ulas Arthur Sim dalam Facebook.


Tambahnya, walaupun era kepimpinan Suharto telah tumbang, namun pemerintahan pasca reformasi terus memudaratkan masa depan masyarakat Cina di republik itu.


“Dalam acara baru-baru ini, Gabenur berbangsa Cina di Jakarta, Ahok terpaksa meletak jawatan dan meringkuk selama dua tahun dalam penjara hanya kerana salah petik satu ayat Al Quran dalam salah satu ucapannya.


“Adakah kita mahu semua ini berlaku di Malaysia?,” soalnya.


Katanya, apa yang berlaku di Indonesia itu tidak mustahil juga bakal berlaku di Malaysia.


“Ramai kawan-kawan Cina saya dari Indonesia memberitahu supaya berhati-hati dengan DAP. Parti ini (DAP) jahat dan mesti dibasmi sebelum terlambat.


 .
“Mereka terus mengingatkan saya bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang hebat …. sebuah negara yang aman dan harmonis untuk semua orang.



“Kenapa DAP masih berusaha keras untuk memusnahkannya ?


“Sejarah kaum Cina Indonesia mungkin berulang di Malaysia jika kaum Cina terus menyokong DAP dalam mewujudkan ketidakpercayaan yang tidak menentu bagi masyarakat Melayu sederhana.
“Apakah Datuk Seri Najib boleh lakukan sekiranya beliau dipaksa memperjuangkan hanya nasib bangsa Melayu kerana orang Melayu adalah Melayu dan untuk mempertahan survival hidup bangsa mereka pasti mereka akan bersatu dalam apa keadaan sekalipun.


“Buktikan kenyataan saya salah?.”


Menurutnya, tanda-tanda awal pemingGiran kaum Cina di Malaysia sudah mula berlaku selepas PRU 13.


“Selepas PRU13, dilihat pakatan pembangkang Pakatan Rakyat telah membawa orang Cina ke destinasi yang jelas.


“Akhir-akhir ini, ahli-ahli parlimen gabungan baharu Pakatan Harapan masih berusaha keras untuk menggali kubur untuk orang Cina dan orang bukan Melayu untuk melompat dan menguburkan diri mereka ke dalam lubang kotor yang lebih dalam.


“Kaum Cina lebih baik bangun dan mula berfikir secara serius sebelum perkara ini sudah tidak boleh dikawal lagi.


“Menongkah arus dengan melawan UMNO sederhana yang sedang memerintah akan membawa kita tanpa haluan dan anda hanya akan memaksa mereka (kaum Melayu) mengambil langkah-langkah melampau untuk mengecualikan semua kaum bukan Melayu dalam arena politik negara demi kelangsungan kehidupan bangsa mereka (kaum Melayu) sendiri.


“Hidup Malaysia!.”

kredit : http://mymassa.blogspot.my/2017/10/pru14-kaum-cina-akan-dipinggirkan-gara.html

SELEPAS INI MUNGKINKAH PERKARA INI TERJADI AKIBAT PILIHAN KAUM CINA???

1. Sekolah cina dihapuskan sepenuhnya
2. Bantuan terhadap NGO, Persatuan dan pertubuhan cina dikurangkan
3. Kontrak kerajaan 100% sepenuhnya kepada bumiputera 
4. kuota biasiswa bumiputera ditingkatkan
5. AP barangan seperti gula dan sebagainya 100% sepenuhnya kepada bumiputera

1 comment:

  1. جزاك اللهُ خيرًا😇 👍VeryGood/ Excellent

    ReplyDelete