Friday, May 12, 2017

MAHATHIR NYANYUK SAMPAI FITNAH DAN BURUKKAN MALAYSIA DILUAR NEGARA


Mahathir mendakwa bahawa Malaysia bukan destinasi perlancungan yang menarik. Kenyataan Mahathir ini jauh menyimpang daripada kebenarannya. Ianya kerana negara Malaysia berada di tangga teratas Indeks Pelancongan Muslim Global yang dikeluarkan oleh Mastercard dan CrescentRating. Malaysia mendapat 82.5 mata.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhcfHhC5A7yOsMqGSXCmn-TBZ5YTLcdZCeU9bBhC4oLgKcu1YbYAqOJjPAQCohYb1NpBVBtB21pf_3kfDDy3m4RDILN5fDn0HnSdDOQPi0Xi9G6D6KDNYPWUObmQuogEGH1-LAJmZI7qJJM/s1600/mahathir-perlancungan.jpg

Tun Dr Mahathir semasa berucap di The Third Duqm Society and Economy Forum di Oman pada 9hb Mei 2017. Di antara lain, beliau berkata,
“Oman does not have large agricultural land like Malaysia, but it has very beautiful rock and beach areas that are far superior to ours (Malaysia). Malaysia is not an attractive tourist destination, but in Oman you have many palaces and castles." - http://timesofoman.com/article/108703/Oman/Open-up-to-foreign-investment-Malaysian-ex-prime-minister-advises-Oman
Tempat kedua ialah Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan 76.9 mata, Indonesia tempat ketiga (72.6 mata) dan Turki di tempat keepat (72.4) bagi negara-negara Pertubuhan Kerjasasama Islam (OIC).

Lebih membanggakan lagi ialah negara Malaysia juga berada di tangga paling atas pada tahun 2015 dan 2016.

Global Muslim Travel Index 2016 : Malaysia Nombor 1

Mana mungkin negara Malaysia boleh berada di tangga paling atas untuk 3 tahun berturut-turut jika
negara ini bukan destinasi menarik seperti yang didakwa oleh Mahathir.

Dakwaan Mahathir itu juga tidak berasas apabila media melaporkan bahawa kajian yang dilakukan oleh World Economic Forum, Malaysia berada di tangga 2 untuk South East Asia Most Tourist-Friendly Countries.

Sumber: https://www.weforum.org/agenda/2017/04/south-east-asia-s-most-tourism-friendly-destinations

Malaysia juga berada di tangga ke-26 untuk destinasi pelancongan daripada 136 negara di dunia ini, lebih tinggi jika di bandingkan dengan negara Brazil (27), Thailand (34) dan Turki (44).

Malah, kedudukan Malaysia lebih tinggi jika dibandingkan dengan negara Oman (66) dan World Economic Forum turut mengaku bahawa Malaysia 'beautiful natural resources' sebagai tarikan pelancung. Di antara laporan World Economic Forum
Malaysia remains an attractive destination thanks to its price competitiveness, its strong air connectivity and beautiful natural resources. The country also offers a conducive, enabling environment for doing business, which is supported by a strong human resources and labour market - https://www.weforum.org/agenda/2017/04/south-east-asia-s-most-tourism-friendly-destinations
Jika Indeks Pelancongan Muslim Global yang dikeluarkan oleh Mastercard & CrescentRating mengatakan bahawa negara Malaysia berada paling atas dan WEF mengatakan bahawa negara Malaysia tetap menjadi destinasi yang menarik, kenapa Mahathir berkata sebaliknya?

No comments:

Post a Comment