Thursday, April 20, 2017

PARTI BEBAS RASUAH LAHIR EZAM DAN KHAIRUDIN RAMPAS PGB DAN BOHONG AGM DI KEDAI JUBIN

Nama gempak dah PARTI BEBAS RASUAH tapi rupanya lahir hasil "merampas" parti orang lain dengan "berbohong" AGM khas penukaran nama dan pimpinan kantoi diadakan di kedai jubin. Sampai bila nak tipu, bohong dan perbodohkan orang Ezam.... baik beringat sikit jangan sampai secret kau KENA BOGELKAN dan londehkan habis terviral satu dunia mau malu sekampung beb!!!

EZAM RAMPAS PARTI

KUALA LUMPUR 17 April - Kepemimpinan asal Parti Generasi Baru mendakwa partinya telah dirampas oleh Datuk Mohd. Ezam Mohd. Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dengan menukar nama parti itu kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) seperti yang diumumkan awal bulan ini. Presidennya, Datuk G. Kumar berkata, perkara itu berlaku tanpa pengetahuannya kerana tiada sebarang mesyuarat atau notis dibuat selain tanpa persetujuan lebih 300 ahli.

Beliau menjelaskan, pihaknya telah membuat laporan polis dan membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menjalankan siasatan lanjut kerana telah melanggar perlembagaan parti dan undang-undang agensi itu

EZAM TIPU AGM KHAS - MENGHALALKAN PERAMPASAN PGB

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Datuk Mohammad Razin Abdullah menunjukkan gambar premis dan bilik pameran menjual jubin tiga tingkat, yang didakwa menjadi lokasi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Parti Bebas Rasuah (PBR), melalui telefon bimbitnya ketika satu sidang akhbar


EZAM TUBUH PARTI BEBAS RASUAH - APA INGAT EZAM NI BERINTEGRITI SANGAT KE?
 
1. DANA NGO YANG KAU KUDAKAN DULU DUIT SEMUA PERGI MANA??? 
 

2. MANA 6 KOTAK DOKUMEN RASUAH YANG KAU CANANG-CANANG DULU???


1 comment:

  1. Tetapi kenapa ROS lambat sangat ambil tindakan terhadap DAP yg salahkan Microsoft Excel kerana tersalah kira selepas pengundian pemilihan DAP lalu

    ReplyDelete