PROGRAM 1
Majlis
ceramah Pakatan Harapan di Kampung Bahtera, Sri Gombak. Program asal
jam 9.00 malam terpaksa dianjakkan kepada 9.30 malam atas sebab-sebab
yang tidak dinyatakan.Antara panelis yang didatangkan khas untuk berceramah pada malam ini
hebat-hebat belaka seperti Ahli Parlimen DAP Raub, Mohd Ariff Sabri dan
Ahli Parlimen PAN Shah Alam, Khalid Samad.
Format ceramah juga telah diubah kepada sesi forum. Pembesar suara
dimulakan dengan, "Ada apa-apa nak tanya tak?" Hadirin yang seramai 30
orang berpandangan sesama sendiri.
30 hadirin ini boleh dibahagikan kepada :
25 anggota penganjur.
2 anggota keselamatan.
3 penduduk tempatan.
PROGRAM 2
ceramah
pemimpin Pakatan Harapan di Gong Badak. Suasana dan sambutan amat hebat
dan luar biasa. Ceramah Pakatan Harapan di sini diadakan bersama-sama
Raja Pembohong Rafizi Ramli, Pengerusi PAN Terengganu, Pengerusi MPN PKR
Terengganu dan Pengerusi DAP Terengganu di Gong Badak, Kuala Terengganu
dan Pengarah Komunikasi PAN Pusat.
Kalau macam ini nampak gayanya memang selepas PRU14 nanti Pengerusi PAN
akan menjadi MB Terengganu yang baharu. Ternyata ceramah Pakatan Harapan
tetap menjanjikan lubuk kegemaran para makhluk halus, bunian, jin dan
para mambang.
Betul la sbb Masa pelancaran kat stadium aritu pun ada 15 org je..
ReplyDelete