Friday, January 27, 2017

CIA SAHKAN MAHATHIR ATOK SUCI TERLIBAT SKANDAL BMF PENJILAT PUNGKOK CUBA SPIN UNTUK COVER

MELETUP 1Malaysia bila CIA Amerika dedah Mahathir Mohamed aka ATOK Suci Bersih terlibat dalam Skandal BMF. Lantas Mahathir si "Atok Suci Mudah lupa" marah-marah meroyan kata dia dibenci media barat hahahaha... lawak sarkis betul... masa kau tuduh 1MDB dulu kau suruh rakyat Malaysia percaya lepas tu siap desak DOJ Amerika dedahkan sapa MO1... sekarang bila terkena pungkok kau sendiri menggelupur....

Jum kita tengok FAKTA kes BMF ni...

1. BBMB adalah bank induk bagi BMF di Hong Kong yang berada di bawah kuasa penuh Perdana Menteri. Manakala pemegang saham terbesar pula adalah Perbadanan Nasional Berhad (PNB).

2. Tengku Razaleigh Hamzah sememangnya Menteri Kewangan ketika itu. Harus di ingat Perdana Menteri pada masa itu adalah Tun Dr Mahathir.

3. Kerajaan Malaysia tidak boleh kata tidak tahu mengenai skandal itu kerana ia membabitkan Bank Bumiputera, bank dimiliki kerajaan yang berkait rapat dengan UMNO pada masa itu dan dipantau rapat oleh Kementerian Kewangan - CIA


4. Tidak dinafikan pinjaman kepada kumpulan Carrian diberikan sewal tahun 1979. Namun pada peringkat awal, urusniaga pada masa itu amat menguntungkan. Kumpulan Carrian memperolehi keuntungan bersih USD 100 juta dengan perolehan USD 280 juta - NI HUJAH PENJILAT MAHATHIR... TAPI...

5.  NI JAWAPAN NYA... Namun skandal ini wujud sekitar tahun 1982 yang mana berlakunya transaksi pinjaman yang melangkaui had yang dibenarkan oleh oleh Bank Negara Malaysia. Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 16/07/1981. Kenapakah Tun Dr Mahathir selepas menjadi Perdana Menteri masih membiarkan BMF untuk mengeluarkan pinjaman kepada kumpulan Carrian seperti transaksi di bawah sehingga Oktober 1982


6.  BMF di Hong Kong telah menyediakan “pinjaman” kepada beberapa syarikat yang mencurigakan, termasuk Carrian Holdings Ltd, konglomerat diterajui George Tan. Ratusan juta dolar hilang sekelip mata apabila kumpulan Carrian terkubur pada 1983, sekali gus menjadi kes kebankrapan paling teruk di Hong Kong
.
7. Tun Daim sebagai menteri kewangan  kemudiannya telah mengistiharkan menutup Skandal BMF dengan BBMB mengalami kerugian sebanyak RM 2.0 billion bersamaan RM 17 Billion matawang sekarang ini. 
.
8. Kemudiannya pada 17/09/1984, pinjaman bermasalah BMF yang ditanggung oleh BBMB sejak 31/12/1983, telah di 'selesaikan dengan cara mudah oleh Mahathir dan Daim dengan cara 'bailed out' dengan menggunakan wang Petronas.
.
.
9. Seorang juruaudit Bank Bumiputera rakyat Malaysia anak kelahiran Melaka bernama Jalil Ibrahim yang menyiasat skandal BMF ini telah mati dibunuh dan kematiannya masih lagi menjadi misteri sehingga ke hari ini. Ada sumber mengatakan beberapa jam sebelum kematiannya, Allahyarham enggan tunduk dengan desakan untuk meluluskan pinjaman sebanyak 4 juta kepada Carrian Holdings Ltd.
.
10. Memetik Hansard Parlimen November 1983 oleh Lim Kit Siang - Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah dilaporkan sebagai berkata pada 22hb Oktober lalu yang Kerajaan sedang menimbang kemungkinan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja tetapi seminggu kemudian di Labuan, beliau telah gostan balik dan menafikan yang beliau telah berkata demikian dan beliau seterusnya mengumumkan bahawa Kerajaan tidak berniat menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja. Beliau berkata bahawa Kerajaan akan menjalankan siasatannya sendiri ke dalam skandal BMF

Apa kata Mahathir... spinnnn!!!
Mahathir pernah berkata skandal BMF tidak boleh dibandingkan dengan 1MDB kerana katanya Najib memegang jawatan dalam syarikat pelaburan itu, sementara beliau ketika menjadi PM tak ada kedudukan dalam BMF... hahahaha... yo lah... moh kita percaya kikikiki....
.

MAHATHIR DAN MACAI sudah Flip Flop amal double standard bila kena pungkok sendiri
.
Penjilat Pungkok mamak karala ni mengagung-agungkan laporan DOJ mengenai isu 1MDB, mereka bersama Mahathir lupa agaknya DOJ berasal dari Amerika Syarikat.... Tapi bila meletop semula kisah skandal BMF yang membabitkan Mahathir dan dilaporkan oleh CIA, tiba tiba pulak ianya menjadi 'non reliable' kununnya Amerika ingin membalas dendam terhadap Mahathir... apakah jenis drama TAMIL yang mamak karala ingin sampaikan ni... spiinnnn... hahahaha....

SUMBER 

1 comment:

  1. Ko tau baca Dan faham bahasa inggeris ke dol? Kalau tak faham,aku faham la kalau ko kecuh hal Ni..

    ReplyDelete