Monday, November 21, 2016

SEBUT DEMOKRASI BANDINGKAN ZAMAN BERSIH 5.0 NI DENGAN ZAMAN REFORMASI SEMASA MAHATHIR

Lihat sendiri bagaimana rumah TPM Anwar Ibrahim di ceroboh dan serbu oleh polis khas bertopeng lengkap bersenjata lantas di tahan serta di aibkan. Apa Nurul Izzah dan Wan Azizah lupa dan terlena??? sampai sanggup "BERMESRA" dengan mahathir??? apakah penyokong OTAI reformasi dulu sudah lupa dan sanggup menjilat ludah untuk bekerjasama dengan manusia dan kumpulannya yang anda gelar dulu MAHAZALIM?

Sebut tentang demokrasi persolan yang timbul apakah zaman Mahathir lebih baik berbanding zaman DS Najib ketika ini sampai mahathir terloncat macam beruk semasa bersih kunun nak jadi hero demokrasi dengan menggambar kan kerajaan ketika ini zalim... mana zalim zaman Mahathir atau sekarang???

Kemudiannya ANDA lihat video bagaimana seronoknya peserta bersih berdemo berarak dan bersantai tanpa DITEMANI pancutan air "gatal" FRU atau semburan air berwarna... dikejar dibelasah dan ditangkap oleh polis khas... Sekarang siap polis jaga bagi laluan pula tu... kalau tak bersyukur juga tak tahulah... betapa toleransinya zaman ini... mungkin korang lebih seronok kut dan trill dapat main kejar2 dengan polis dan mandi air gatal zaman mahathir dulu hahahaha...
 
Demokrasi zaman ini telah memberi ruang untuk berhimpun DENGAN SYARAT mendapat permit dan kebenaran POLIS... punyalah mudah peraturan dan undang-undang.... 

NAMUN ITU PUN DI LANGGAR DAN TAK DIPATUHI... yang langgar undang2 ni pula orang yang mengaku konon mereka PEJUANG DEMOKRASI... para peguam, aktivis sosial dan pemimpin berjawatan pula tu... apa nak jadi? apa kalau mereka berkuasa nanti...melanggar undang2 dan peraturan akan jadi perkara biasa malah akan digalakkan??? apa jadi dengan bangsa dan masa depan negara kalau negara diperintah manusia bangsat macam ni???

Lagi satu kalaulah Demokrasi tak terlus... cuba fikir takkan lah pembangkang berjaya tawan negeri dan memerintah pula tu... terlus tak terlus anda rasa????

Kesimpulan : jangan terus diperbodoh, diperkuda dan diperalat menjadi macai serta penjilat demi ketamakan dan kuasa kumpulan pembangkang dan kumpulan bunga mamak karala....



1 comment: