Monday, November 14, 2016

HINA DAN KUTUK PARTI PAS NURUL IZZAH SUDAH LUPA JASA PAS YANG PERTAMA MEMPERTAHAN ANWAR IBRAHIM SEMASA DI PECAT



Dalam ucapannya, Si Nurul Izzah ni mengeluarkan satu kenyataan yang mendesak agar Pakatan Haprak tu menolak 'Pemimpin yang namanya Pak Haji tetapi Korupsi' yang didakwa merujuk kepada kepimpinan PAS.

Nurul Izzah tu dilihat mengambil pendekatan menambah - burukkan lagi imej PAS dengan memberikan gambaran bahawa rakyat sedang menilai ketidak-hadiran parti tersebut sewaktu Konvensyen Pakatan.

APAKAH NURUL IZZAH LUPA JASA DAN BUDI PAS

"PAS menerusi Presidennya, Allahyarham Fadhil Nor merupakan pihak terawal yang membantu Anwar Ibrahim semasa dipecat oleh Dr. Mahathir. PAS jugalah yang mengumpulkan seramai mungkin pengikut dan ahli untuk berdemonstrasi membela Anwar Ibrahim yang kemudian diklaim oleh PKR sebagai ahli-ahli dan penyokong-penyokong mereka.
 

"Tetapi apa balasan PKR kepada PAS?
 

"PAS diracun dan digigit. PAS dipecahbelahkan dan adu domba di kalangan pimpinan PAS berleluasa. PAS cuba disekularkan, bahkan ADUN dan Ahli Parlimen PAS dicuri oleh PKR semata-mata untuk menunjukkan PKR kuat," jelas blogger tersebut.

No comments:

Post a Comment