Hari ini Director General UNESCO, Irina Bokova tampil membuat
kenyataan untuk menjilat kahak dan ludahnya UNESCO dan sendiri nya sendiri dengan memuji muji PERMATA dan
Rosmah.
Beberapa hari sudah berlalu kita disajikan dengan al-kisah "dangkal" menggambarkan KEBODOHAN pihak UNESCO yang tunduk menyembah Wall Street Journal (WSJ) dan New York Times (NYT) tanpa USUL PERIKSA hinggakan anugerah "Lead By Example" yang pada awalnya diberikan kepada Datin Seri Rosmah Mansor mereka batalkan.... kemudian mereka cover ditangguhkan kunun nak bagi tahun depan...
Apapun keputusan DS Rosmah dan Permata menolak anugerah ini adalah tepat... kita tak terhegeh-hegehlah menjilat sangat nak anugerah tu.... kita ada maruah apa senang sangat nak perbodoh MALAYSIA ni... lain lah kalau peliwat, mamak karala atau konco2 nya pasti meracau2 bangga kalau dapat... klau tak dapat kutuk habis habisan...
"In this context, PERMATA established upon the initiative of Datin Paduka Rosmah Mansor, the First Lady of Malaysia, stands as an outstanding example of inclusion, reaching the most marginalized, through holistic approaches that start at the earliest age, promote value of peace, non-violence and respect for cultural diversity, and improve lifetime opportunities for children and youth."
Daripada Prof Dr Hasnah Toran, Pengarah PERMATA Kurnia...
Bismillahirahmanirahim.
Kawan saya memanjangkan print screen FB yang mengutuk Permata. Kata mereka Permata elitist, racist dan membuang duit.
Selama ini saya diam sahaja kerana fikir lebih baik saya fokus kepada usaha utama iaitu membantu anak anak yg mengalami autisme tetapi kutukan ini sangat teruk, saya rasa saya wajib berikan sedikit penjelasan bagi pihak anak2 buah saya yang bekerja sangat keras dan Datin Seri Rosmah Mansor yang telah membuka pintu untuk beratus2 anak autisme untuk mendapatkan pendidikan dan intervensi.
Kesian saya tengok anak2 buah saya, walau pun mereka ada degree dan master, mereka sangat passionate (bersemangat) untuk membantu anak2 autisme sehinggakan mereka tidak kisah melatih anak2 ini buang air, cuci berak, muntah bagai.
Setiap hari mereka mengadap anak2 yang mengamuk, yang menggigit, menendang dengan sabar dan esoknya mereka masih datang kerja. Hanya kerana mereka sangat sayangkan anak2 ini.
Saya rasa sedih sungguh2 bila mereka beritahu saya bahawa semasa hari raya bila ditanya saudara mara di mana mereka bekerja, mereka hanya menjawab dengan senyuman kerana bila mereka jawab "Permata", bermacam2 statement 'menyengat' yang keluar.
Alhamdulillah, nasib baik anak2 muda yang berjiwa kental ini masih bersemangat jitu bekerja demi masa depan yang lebih cerah untuk anak2 isi syurga di Pusat kami. Sama juga dengan DSRM, kami sangat bersyukur yang beliau prihatin tentang anak istimewa dan membuka minda ramai orang tentang pentingnya usaha untuk membantu anak2 ini.
Apabila beliau dikutuk kerana membuang duti untuk program Permata, saya ingin jelaskan no 1, pembiayaan program2 Permata adalah tertakluk kepada proses pembiayaan organisasi2 lain dalam kerajaan.
No 2, buang duitkah bila tahun ini sahaja Permata Kurnia telah menyediakan pendidikan dan intervensi kepada hampir 300 orang anak autism, mengadakan 33 bengkel hujung minggu untuk ibu bapa, guru2 dan terapis, 6 public forum, (semua ini juga disiarkan secara live streaming untuk capaian warga Malaysia di luar Lembah Kelang).
Kami berjaya menghasilkan modul untuk Sijil Kemahiran Malaysia tahap 3 (SKM3) Autisme, melancarkan iKurnia (Massive Open Online Course) sebuah kursus atas talian mengenai autisme, menjalankan kursus autisme jelajah Negara tahun lalu di 11 buah negeri dan insyaAllah hujung tahun ini kami akan adakan latihan untuk guru2 di Lembah Kelang yang kan terlibat dengan proses pendidikan inklusif anak2 Permata Kurnia?
Ini hanya di PK, terdapat 6 lagi Permata2 yang lain: Permata Negara (pendidikan awal kanak2), Permata Pintar (anak2 cerdas pintar), Permata Insan (anak2 cerdas pintar yang dididik utk menjadi bakal cendiakawan Islam), Permata Seni, Remaja Perkasa (utk remaja berisiko) dan Hospital Permata Kanak2.
Sangat banyak perkara baik yang dijalankan oleh Permata2 ini, kalau saya nak ceritakan sangat panjang.
Saya ambil Remaja Perkasa sebagai contoh, program ini memberikan pelbagai kursus kepada remaja berisiko spt kursus fotografi, kursus andaman, masakan sehingga ada remaja ini yang menjadi juru gambar perkahwinan dan juru andam.
Dalam zaman social media ini, mengutuk sangat senang, ketik key board komputer sahaja... tetapi ingatlah setiap kali anda mengutuk, beratus2 tenaga kerja Permata yang bekerja demi masa depan anak2 bangsa kita diperlekehkan wal hal mereka melakukan kerja yang mulia.
InsyaAllah, sebagai pengarah di Permata Kurnia, saya boleh laporkan anak2 buah saya tetap teguh dengan iltizam mereka untuk membantu anak2 isi syurga di pusat kami
No comments:
Post a Comment