Wednesday, September 21, 2016

DULU REKRUT DAP STATUS TERKINI MAHATHIR RUPANYA HANYA ALAT @ KUDA BONEKA DAP


Bukti terbaru ini mengesahkan bahawa dari dulu Mahathir sememangnya REKRUT DAP seperti yang dikatakan Lim Kit Siang merangkap BARUA PECACAI yang diperkuda untuk menghancurkan perpaduan dan kesatuan melayu Islam. Termasuklah juga Muhyiddin, Mukhriz dan penjilat taksub mereka.

Bekas Ketua DAP Teluk Intan, Hew Kuan Yau secara terbuka mengakui DAP bertindak ‘menyelamatkan’ Dr. Mahathir dan kini menggunakan bekas Perdana Menteri itu sebagai alat untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

“Kami menyelamatkan Dr. Mahathir dan kami menggunakan beliau sebagai alat untuk menga­lahkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kami mengguna­kan Dr. Mahathir un­tuk membunuh ayam,” katanya yang juga dikenali sebagai ‘Superman’ dalam klip video berdurasi 43 saat yang disiarkan di laman Facebook MyNation News sejak Isnin dan kini mula viral di media-media sosial.

Sebelum ini pelbagai pihak menyifatkan Dr. Mahathir sudah jauh tersasar apabila sanggup bekerjasama dengan DAP kerana mereka percaya parti tersebut bakal meraih laba paling untung sekiranya Najib dapat digulingkan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Dalam pada itu, Kuan Yau mendakwa, langkah DAP memperalatkan Dr. Mahathir adalah kononnya bertujuan menyelamatkan negara ini daripada kepemimpinan kerajaan yang dite­rajui UMNO.

Beliau juga memberi amaran akan bersuara lebih ‘kuat’ jika ada pihak tertentu cuba menutup mulutnya selepas ini.


“Jika anda mahu saya diam, saya hanya akan lebih kuat bersuara, hanya selepas itu anda akan takut,” katanya tanpa menamakan siapakah yang dimaksudkan beliau.

No comments:

Post a Comment