Tuesday, August 30, 2016

ZURAIDA MAK LAMPIR PKR DARI PENJUAL BUAH KEPADA HARTAWAN BERDERET KERETA MEWAH SEJAK JADI AHLI POLITIK PEMBANGKANG

Kesian macai pecacai dan penjilat pembangkang konon pemimpin mereka baik, bagus, alim, suci dan berkebajikan la sangat hahaha... punyalah bangang sampai kena tipu dibohongi dan diperkuda secara terang terang pun masih membontot pembangkang... 

Sedarlah yang pemimpin korang bersama keluarga dan kroni mereka dah terbongkang kenyang dah... dari hidup biasa sampai jadi hartawan, jutawan dan hidup mewah... korang yang membontot tuli ni dapat apa??? rupanya pembangkang lebih lanun, buas dan dahsyat dalam bab ni... lihat selangor, penang... apa isu??? rasuah, skandal, naik cukai, abai kebajikan...  ni tengok mak lampir sekor ni... boleh kita gelar "kenderawan" - hartawan kereta

Setiap tahun beli kereta

PENGAKUAN BERANI ZURAIDA BONGKAR STATUS PEMILIKAN KENDERAAN MEWAHNYA! SPRM WAJAR SIASAT PEMBOHONGAN ZURAIDA

1.  7 Ogos lalu Zuraida sekali lagi membuka pekung didada berucap ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan wanita cabang PKR Selangor dan Wilayah Persekutuan. Marah dengan anggota kanan parti yang dikenali secara peribadi menyebarkan dakwaan dengan mempersoalkan sumber kekayaan beliau. Marah kerana penyokongnya tidak mempertahankannya.

2. Betapa isu beberapa kenderaan mewahnya jelas merosakkan namanya. Ahli wanita PKR dan pengundinya marah kepadanya. Seorang penjual buah yang kaya-raya dan menguasai PBT negeri. Zuraida tiada pilihan selain menjelaskan kedudukannya.

3. Zuraida sekali lagi membuat pengakuan beliau mempunyai tujuh kereta - yang mana empat telah digunakan oleh diri sendiri, suami dan dua anak perempuan. Baki tiga lagi katanya kenderaan dibeli di bawah namanya tetapi digunakan oleh ahli-ahli PKR selain sebuah motosikal Demak EX5. Beliau menolak tuduhan kenderaan mewah Mercedes Benz S280 milik Hanspec (M) Sdn Bhd.

4. Zuraida menegaskan bahawa semua kenderaan itu dibeli dengan diskaun hampir 50 peratus menggunakan kemudahan yang disediakan kepada semua ahli Parlimen. 

Ringkasan pengakuan Zuraida adalah seperti berikut;

"Ahli Parlimen setiap penggal diberi AP. Kita juga dapat kuota lagi satu kereta, duti eksais dikurangkan.

"Kerajaan juga bagi pinjaman RM100,000 untuk beli kereta. Jadi ada tiga (kereta satu penggal)

"Kalau kemudahan ini saya tak gunakan untuk keluarga saya, tak bodoh ke saya? Dua penggal 6 kereta.

"Kereta atas nama saya sebab yang jadi YB saya, bukan suami, bukan anak-anak saya," katanya di sebuah hotel di Subang Jaya hari ini.

_____________________

BENARKAH APA YANG DINYATAKAN OLEH ZURAIDA?

5. Mari kita dedahkan kebenaran dakwaan Zuraida dengan menggunakan hujah-hujah seperti berikut;

i. Pendedahan blog sebelum ini dalam masterdedah.com menggunakan info-info kenderaan yang dimiliki oleh Zuraida. Sila rujuk "SETELAH SEBULAN BERDIAM DIRI, AKHIRNYA ZURAIDA MENGAKU MILIKI KENDERAAN MEWAH. BALASAN KERJA FITNAHNYA SELAMA INI?"




ZURAIDA KATA SETIAP PENGGAL DIA ADA 3 KERETA - 2 PENGGAL 6 KERETA

A. PENGGAL PERTAMA: 2008-2013

6. Jadi kita pecahkan kepada dua bahagian. Penggal Pertama Zuraida sebagai Ahli Parlimen Ampang ialah PRU ke 12, 8 Mac 2008 hingga 5 Mei 2013. Penggal permulaan Zuraida baru belajar sebagai MP. Apakah jenis kenderaan Zuraida ada?


i. WRL 575- VOLVO X C90 2.5T : didaftarkan pada 1/7/2008. Kenderaan rasmi Zuraida selepas 5 bulan menjadi MP Ampang. Memandangkan dalam rekod kenderaan pemasangan tempatan ( CKD) maka tidak memerlukan AP. Bagaimanapun harga di pasaran ketika itu RM355K.


ii. WTY 1547- TOYOTA HILUX D/CAB 2.5 A/T: didaftarkan 31 Mei 2010. Harga RM100K- RM125K.

iii. WWA276- TOYOTA HILUX D/CAB 3.0G : Didaftarkan 3 November 2011. Harga di pasaran. RM 125K ke RM135K


Iv. Kenderaan #Kontroversi: WTP 1970 -MERCEDES BENZ E200 CGI didaftarkan pada 16 Mac 2010. Satu kenderaan yang pernah menjadi isu pada tahun 2012 yang digunakan oleh Zuraida milik taukeh iaitu milik syarikat Automated Contactless Systems Sdn Bhd. Zuraida menggunakannya dalam program rasminya di kawasan Ampang. 


B. PENGGAL KEDUA MP 2013- 2018. Fasa Zuraida dan Proksi mahir untuk memonopoli projek. (8 Mei 2013 adalah PRU 13)

i. BHT 63- MOTOSIKAL DEMAK EX 90. Didaftarkan pada 14 November 2013. (Abaikan motor ini hanya info susunan tarikh Zuraida beli kenderaan sahaja)


ii. W6901J - HONDA CIVIC HYBRID: Didaftarkan pada 23 Disember 2013 iaitu 7 bulan selepas PRU12. Harga di pasaran RM185K. Rekod menunjukkan honda ini adalah kenderaan import dan memerlukan AP. Apakah Zuraida menggunakan AP ahli parlimen?



iii. W2956U - TOYOTA FORTUNER 2.5G : Didaftarkan pada 26 Mac 2014. CKD. Harga dipasaran RM180K- RM200K



iv. WTY 575- MERCEDES BENZ C200: Didaftarkan pada 12 Ogos 2015. Tahun lalu. Menggunakan AP Ahli Parlimen tambahan? Kenderaan ini dikatakan kenderaan rasmi Zuraida sekarang menggantikan Volvo. Kereta ini mencetuskan isu dikalangan pemimpin kanan PKR kerana dianggap memonopoli projek PBT Selangor. Mencerminkan perubahan kekayaan Zuraida yang diketahui bukan orang kaya. Mengumpul saman tidak berbayar RM3,950.


v. BAT1111 - TOYOTA VELLFIRE DBA-GGH30W: Didaftarkan pada 27 April 2016. Mempunyai AP. (AP Ahli Parlimen mana?) Harga di pasaran RM 300K- RM350K.

vi. Kenderaan #Kontroversi: BNT 9138 MERCEDES BENZ S280. Didaftarkan pada 13 April 2016. Menjadi isu kontroversi bulan julai lalu. Dikatakan hadiah kepada Zuraida Kamaruddin dari sebuah syarikat milik "taukeh" syarikat Hanspec Sdn Bhd.  Zuraida menafikan kenderaan ini namun masih menjadi tanda tanya. Katanya syarikat ini hendak saman TV3 namun hingga sekarang tidak berlaku lagi!

KERAGUAN & PERSOALAN RAKYAT

6. Dari pengakuan Zuraida seperti Ahli Parlimen mendapat AP setiap penggal, kouta satu lagi kereta, duti eksais dikurangkan dan kemudahan pinjaman kerajaan RM 100,00 membeli kereta. 3 kereta satu penggal, dua penggal maknanya ada 6 kereta. Semua kereta atas namanya, suami, anak dan orang lain pakai".

7. Pada 7 Julai 2016 dalam sidang medianya Zuraida Kamaruddin mengaku memiliki tujuh kereta dan sebuah motosikal yang didaftarkan namanya. Jika kita melihat rekod sejak Zuraida bermula sebagai MP Ampang penggal pertama 3 kereta iaitu purata setiap tahun Zuraida membeli kereta. Begitu juga pada penggal kedua iaitu bermula penghujung 2013 hingga 2016 sebanyak 5 buah kenderaan dibeli oleh Zuraida. Tiga kenderaan mewah mempunyai AP selain kenderaan lain yang juga boleh dianggap mewah iaitu Toyota Fortuner. Persoalannya bagaimana Zuraida menggunakan 3 AP kenderaan dalam 1 penggal? jika ada 1 kouta tambahan sekalipun, AP yang ketiga dari mana?

8. Kelayakan seorang Ahli Parlimen tertakluk kepada Akta Ahli Parlimen ( Saraan) Akta 1980 [Akta 237] dan Kertas Statut 235 tahun 1983 (Elaun dan keistimewaan Ahli Parlimen). Bagi kenderaan Ahli Parlimen layak mendapat 1 Lesen Kenderaan Motor percuma bagi sebuah kereta sahaja dengan syarat kereta itu didaftarkan di bawah nama Ahli Parlimen itu sendiri. AP kenderaan diberi #sekali untuk satu penggal. Bukan setiap tahun. Jika tidak gunakan AP Kenderaan akan lupus untuk penggal tersebut. Dalam kes Zuraida. Zuraida didapati tidak menggunakan AP Ahli Parlimennya untuk penggal pertama ataupun menjual AP tersebut kepada pihak lain.

9. Bagi kelayakan pinjaman kenderaan kereta adalah seperti berikut;

(a) Ahli Parlimen layak memohon pinjaman kereta sehingga maksimum RM100,000 #sekali dalam tempoh 4 tahun dengan dikenakan caj perkhidmatan 4% setahun yang dikira atas baki bulanan yang belum selesai.

(b) Pinjaman dan bayaran perkhidmatan hendaklah dibayar balik dengan bayaran yang sama banyak jumlahnya pada tiap-tiap bulan dalam masa tidak melebihi 60 bulan bagi sebuah kereta yang baru dan 48 bulan bagi kereta yang sudah dipakai atau sebelum tamat tempoh perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen.

10. Isu siapa menggunakan kenderaan dalam pemilikan kenderaan Zuraida tidaklah penting. Zuraida boleh menyebut sesiapa sahaja menggunakannya. Ini kerana yang penting ialah seorang penama bernama Zuraida Kamarudin ketika membuat pembelian. Jika beliau berbangga menggunakan kelayakan MP pinjaman RM100k sekali dalam tempoh 4 tahun, Zuraida membeli kereta hampir setiap tahun. Hanya dua kereta yang layak dari kelayakan ini. Dari penggal pertama hingga penggal kedua. Malah penggal kedua 4 kereta termasuk 3 kenderaan mewah yang ada AP. Tidak mungkin semua kenderaan Zuraida beli mendapat 50% diskaun jika hanya 1 kenderaan yang layak setiap penggal!

11. Persoalannya Bagaimana bank boleh meluluskan atas namanya jika ia melibatkan pinjaman bank bagi semua kenderaannya?. Jika dia membuat pinjaman atau beliau membeli secara "cash". Sepatutnya Zuraida Mengisytiharkan pendapatannya. Dengan gaji Ahli Parlimen RM 11,000 sejak 2008 hinggalah kenaikan gaji MP berkuatkuasa 10 April 2015 kepada RM 16,000 sebulan pun masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan seperti rumah, gaji-gaji pekerja, amah, sewa pelbagai dan komitmen lain. Jika bank mengenakan faedah 3.5 ke 4% bagi kereta dan 4% bagi rumah Banglo Zuraida pun dah boleh melebihi pendapatan Zuraida.

12. Bayangkan jika Zuraida menggunakan kelayakannya untuk pembelian rumah banglonya maksima pinjaman RM360K sama ada beli baru, tanah, pembaikan atau pembayaran baki hutang rumah. Rumah Zuraida di Ampang tentunya nilai juta. (Seperti dalam gambar).


13. Perlu diingat Zuraida sebelum 2008 hanyalah seorang penjual buah dan ubat sahaja. Malah ada yang katakan beliau seorang konsultan latihan. Bukan seorang jutawan. Setiap tahun membeli kereta satu pencapaian luar biasa.

14. Bermakna sekalipun seorang MP mempunyai kelayakan AP percuma dan kelayakan pinjaman bank, bank tetap akan melihat kemampuan seseorang individu. Apatah lagi peraturan baru bank tahun 2012, pinjaman bank diperketatkan dengan Mengambil kira pendapatan bersih iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) serta semua tanggungan hutang lain ketika menilai kemampuan pemohon membayar balik pinjaman.

15. Oleh yang demikian serangan pemimpin PKR sendiri dan rakyat di luar sana sangat berasas. Zuraida kaya ada sebab lain. Bukan sekadar menjadi MP Ampang sahaja. Tentu bersebab para penyokong kempennya mempersoalkan mengenai sumber kekayaannya. Jadi kenapa Zuraida perlu marahkan mereka.

16. Terdapat satu lagi persamaan kontroversi berhubung pemilikan kenderaan mewah milik "taukeh" yang diberi kepada Zuraida sama ada sebagai hadiah atau pinjaman. Penggal pertama ialah WTP 1970 MERCEDES BENZ E200 CGI milik syarikat Automated Contactless Systems Sdn Bhd pada tahun 2012 manakala penggal kedua ialah BNT 9138 MERCEDES BENZ S280 syarikat Hanspec Sdn Bhd pada tahun 2016. Bermakna apa yang dinafi Zuraida adalah perkara biasa dia lakukan sejak 2012 lagi. Bukan perkara baru. Secara teknikal Zuraida bijak bersembunyi!

17. Jelaslah pengakuan terbaru Zuraida menunjukkan Zuraida berbohong mengenai status kenderaan miliknya. SPRM wajar menyiasat pembohongan Zuraida betapa sebenarnya Zuraida berbelanja melebihi pendapatannya sebagai Ahli Parlimen Ampang. Dakwaan Zuraida menguasai projek di semua PBT Selangor bersama proksinya adalah berasas menyumbang kepada pendapatan Zuraida.


18. Sehari selepas Datuk Dzulkifli Ahmad memberi amaran serah diri atau diburu 14 Ogos lalu. 15 Ogos tiga penjawat awam, dua daripadanya berpangkat Datuk Seri dan Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini atas dakwaan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram. malah sehingga kini Tan Sri juga ditahan. Ini tentu menggerunkan Zuraida. Apa yang kita minta dengan SPRM ialah panggil Zuraida untuk penyiasatan sama ada dia rasuah atau tidak ditentukan selepas siasatan. 
Zuraida diburu!
SUMBER: http://www.masterdedah.com/2016/08/zuraida-beli-kereta-mewah-setiap-tahun.html

No comments:

Post a Comment