Thursday, August 4, 2016

CYBER TROPPER PEMBANGKANG BERLEMAK GEDEMPOL BUNCIT KENYANG MAKAN DEDAK HASIL FITNAH, SPIN DAN PEMBOHONGAN


Kisah penghinaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Paduka Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang dilakukan oleh beberapa pengendali laman sosial Facebook seperti Johor Bangkit, Ratu Naga, Otai Bersih dan Suara Rakyat, kini sedang dalam perhatian pihak berkuasa.

Sebelum ini, telah menjadi viral gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dituduh dan difitnah beraksi “manja” di sisi Paduka Sultan. Tindakan bodoh dan biadab ini pantas mendapat perhatian para netizen sehingga mengundang kecaman dari semua pihak. Malah ada dikalangan penyokong pembangkang sendiri mengutuk sikap tidak bertanggungjawab individu-individu berkenaan.

13924981_278609369184354_1193384366278539276_n
 http://3.bp.blogspot.com/-3zwAVsCA1p4/UT7u4XkB_gI/AAAAAAAAfus/bsw0YXB7DUY/s400/ratu+naga.jpg

Terkini dilaporkan, pihak Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sudah mula bertindak untuk menahan individu-individu biadab ini. Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh MalaysiaKini, pengendali laman sosial Facebook Ratu Naga, Syarul Ema Rena Abu Samah telah menerima “kunjungan” pertama daripada pihak SKMM dan PDRM.

Dalam laporan berkenaan, dia mendakwa, pihak SKMM dan PDRM telah menggeledah rumah dan keretanya serta dia diarahkan untuk ke SKMM untuk memberi keterangan.

Paling melucukan, dia mendakwa apa yang dilakukannya adalah demi melawan korupsi yang dia percaya berlaku dalam kerajaan. Hakikat sebenarnya, tindakan keatas dirinya adalah berkisar kepada status yang dimuat naik yang jelas sama sekali menghina dan mengaibkan Kebawah Duli Sultan untuk kepentingan politiknya.

Menurut satu sumber, pihak PDRM dan juga SKMM kini sedang giat mengesan sekurang-kurangnya 45 lagi individu yang didapati memuat naik gambar dan status yang jelas sama sekali menghina Paduka Sultan Pahang. Menurut sumber ini lagi, pihak SKMM dan PDRM percaya, mereka akan dapat menahan beberapa individu lagi dalam masa terdekat, untuk dirakamkan percakapan mereka berhubung kes ini.

rosmah

Inilah bukti bahawa setiap perilaku yang jelik dan biadab pastinya akan diberi perhatian oleh pihak berkuasa. Tindakan mengheret Istana kedalam nafsu politik peribadi nyata tidak diterima oleh majoriti rakyat Malaysia. Seharusnya, disaat negara sedang bersiap sedia untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara kali ke 59, rakyat sepatutnya semakin matang dan tidak bertindak sebiadab ini.

No comments:

Post a Comment