Thursday, August 4, 2016

1MDB DIKAIT SAMAN SIVIL & PERINTAH SEKATAN RED GRANITE DOJ AMERIKA FLIP FLOP SERTA RAKYAT DIPERBODOH PEMBANGKANG

Selama beberapa minggu kebelakangaan ini, ramai pihak samada dari pro Tun Dr Mahathir mahupun pembangkang memainkan isu yang berkaitan tentang pengumuman Jabatan Peguam Negara Amerika yang dalam proses perundangan sivil untuk menyita harta beberapa tertuduh yang ada kaitan dengan 1MDB termasuklah anak tiri Datuk Seri Mohd Najib, Reza Aziz.

http://wp2.news365.my/wp-content/uploads/2016/07/Najib-2.jpg

Kes ini mendapat liputan meluas di Malaysia kerana kebanyakan mereak yang membenci kerajaan mengaitkan Malaysia Official 1 yang disebut oleh Peguam Negara Amerika, Loretta Elizaberth Lynch adalah Datuk Seri Mohd Najib. Walhal, dalam sidang media yang dilakukan oleh Lynch, langsung tidak menyebut nama Perdana Menteri sebagai individu utama yang disiasat.

Lebih melucukan, mereka sedaya upaya untuk mengaitkan nama Datuk Seri Mohd Najib sebagai idividu berkenaan walaupun berulang kali Lynch menafikannya. Usaha mereka ini seolah-olah mereka sedang bertugas atau terlibat secara langsung dalam siasatan ini.

Namun, beberapa hari yang lalu, Presiden Amerika, Barrack Hussien Obama menyelar tindakan Lynch ini dengan menyifatkan tindakan ini terburu-buru tanpa berlandaskan bukti yang nyata. Menurut Obama, siasatan tidak boleh dilakukan hanya bersandarkan kepada laporan akhbar dan “hearsay” sehingga menarik kepentingan negara lain kedalam siasatan sivil berkenaan.

Malah menurut kenyataan yang sama, Obama turut mengulangi kenyataan 1MDB yang tegas menyatakan, syarikat pelaburan milik kerajaan berkenaan tidak mempunyai apa-apa aset di Amerika. Malah, keempat-empat individu yang disebut dalam laporan berkenaan juga tiada kena mengena dengan pihak pengurusan 1MDB seperti didakwa oleh ramai pihak.

Hasilnya hari ini, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat baru sahaja menarik balik perintah sekatan sebelum ini yang dibuat dalam tuntutan mahkamah sivil untuk merampas aset-aset yand dibuat pada 20 Julai terhadap Red Granite Pictures milik anak tiri Najib, Riza Aziz.

Paling utama, Red Granite yang dikaitkan dengan 1MDB telah dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa dan pihak bank-bank tempatan telah diperintahkan oleh Jabatan Kehakiman untuk meneruskan urusan dengan Red Granite. Malah, Reza juga telah kembali semula ke Amerika Syarikat untuk meneruskan kerjanya seperti biasa.

Dalam perkembangan yang sama sejak beberapa minggu yang lalu, pihak pembangkang dan pro Tun M telah menyebarkan pelbagai khabar angin yang kononnya menyatakan Datuk Seri Mohd Najib takut untuk ke luar negara dan Reza telah diseludup keluar dari Amerika Syarikat kembali ke Malaysia menggunakan paspot diplomatik kerana takut ditahan.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah, Datuk Seri Mohd Najib kini berada di Indonesia sejak semalam untuk bertemu dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo bagi menyelesaikan pertikaian antara Indonesia dan Malaysia yang telah berlarutan selama 10 tahun mengenai Laut Sulawesi dan masa depan Asia Tenggara yang kini sedang berhadapan dengan ancaman pengganas Daesh.

Nyata sekali, fitnah yang cuba dimainkan oleh pembangkang dan pro Tun M telah banyak menimbulkan pelbagai dakyah dan persepsi negatif untuk negara. Tanpa memikirkan sensitiviti mahupun masa depan negara, mereka sewenang-wenangnya menabur fitnah sehinggakan mereka tergamak mengheret institusi Istana kedalam kehendak politik songsang mereka.-tv14


TOK DALANG CAMPUR TANGAN ASING KEDAULATAN NEGARA

https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcR9FYI7VbyGHPzBO0b_-U1vVErnMr3PautdxJPayUU90zEs8p3k


No comments:

Post a Comment