Thursday, May 12, 2016

PRESIDEN BARU FILIPINA TAKUT HANTU PUJI KEBERANIAN LIM GUAN ENG BELI RUMAH BERHANTU & SUWEY

Manila - Presiden Filipina baru, Rodrigo Duterte enggan tinggal di kediaman presiden kerana mendakwa ia berhantu. Perasaan presiden baru yang berusia 71 tahun itu takut untuk menduduki Istana Malacanang, kediaman rasmi presiden Filipina yang disediakan oleh kerajaan kepada beliau.

"Saya tidak mahu tinggal dan tidur dengan hantu. Semua hantu yang ada di Filipina berada dalam rumah itu. Ada yang berkeliaran ke sana ke mari. Ada juga yang kelihatan bermesyuarat di situ," dakwa Durerte.

Khabar angin mengenai kediaman rasmi presiden Filipina berhantu menjadi bualan ramai sejak dulu lagi. Ia dibina sebelum Perang Dunia kedua lagi dan pelbagai cerita ngeri dan menakutkan tersebar luas di kalangan rakyatnya.

Durerte berkata, bagi perjalanan harian, beliau bercadang menaiki kapal terbang untuk berulang alik antara rumahnya dengan pejabat presiden.


No comments:

Post a Comment