Tuesday, April 19, 2016

SPRM DAPAT "HADIAH" DARI LIM GUAN ENG PATUT JADI MACAM SIPUT BABI RASUAH DISKAUN BANGLO SENYAP

SPRM pun dah pandai spin, main wayang dan BERBOHONG semata-mata nak cover realiti sebenar bahawa SPRM lembab macam SIPUT BABI... lembab bukan sebarang lembab tau... lembab sebab dapat hadiah... jangan tak tahu... Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM sendiri kena hulur terus oleh Lim Guan Eng "hadiah" yang MAHAL tuuu mewakili SPRM... patut SPRM lembab macam BABI.. ehhh siput babi...

Ni wayang dan spin SPRM... 26 mac sampai 17 April... tak panggil-panggil pun Lim Guan Eng???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiXd4KEvqfU57Pz61zGHTstXNxkmLKuMMODJO1AccNl016jtSbY4GgDN66QRNUqLuv2MpGH_hyuWmtiP8m5MZbgNV8gjbhB9RqSSUgBqoKXvB983noyk0LeldKrKQsjLv-WIfDYi1bcPh0/s1600/sprmguan+eng2.jpg
Selepas desakan pelbagai pihak, SPRM membuat janji kononnya mereka akan bersemuka dengan Lim Guan Eng.
Dua minggu berlalu dan memang benar SPRM bersua dengan Lim Guan Eng. Bagaimanapun, pertemuan mereka bukannya di bilik soal siasat, sebaliknya di atas pentas untuk menandatangani ikrar integriti korporat.




SPRM diwakili oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, DS Haji Mustafar Haji Ali. DS Mustafar khabarnya semalam di Pahang, hari ini beliau berbesar hati untuk hadir di majlis di Pulau Pinang.

Persoalannya, sejak bila Kerajaan DAP Pulau Pinang mempunyai intergriti? Dalam isu tanah Taman Manggis dan pemilikan hartanah di No.25, Jalan Pinhorn oleh Lim Guan Eng, sudah cukup untuk memberikan tekanan kepada SPRM, bagaimana pula sekarang ini, SPRM boleh dilihat bersama-sama dalam satu pentas dan SPRM langsung tidak mengesyaki apa-apa?

Tidakkah tindakan SPRM kali ini akan menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat awam terutama mereka yang mengikuti perkembangan semasa, lebih-lebih lagi ketika SPRM dilihat 'bergelut' untuk membalas dendam ke atas PDRM selepas peristiwa salah seorang pegawainya ditangkap kerana makan rasuah?


Apakah sebenarnya yang SPRM mahu timbulkan dalam kes kali ini? Adakah SPRM mahu menunjukkan kononnya mereka adalah sebuah badan anti rasuah yang sangat fleksibel dan tidak terpengaruh dengan faktor-faktor luaran terutama sekali yang membabitkan integriti Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP-Lim Guan Eng yang  mempunyai terlalu banyak kes integriti terutama sekali membabitkan tanah, puncak bukit, penambakan laut dan projek-projek yang tersangat mahal harganya? 

Dan kini rakyat kembali mempersoalkan, bolehkah SPRM membuat siasatan yang lebih adil dan tidak bersikap berat sebelah dalam isu tanah Taman Manggis dan banglo tidak berkolam renang milik Lim Guan Eng yang dibeli dengan harga murah?

Namun kita juga tidak boleh nafikan, Lim Guan Eng yang sanggup menebalkan muka semata-mata untuk menyelamatkan punggungnya hadir program bersama-sama SPRM itu, telah berjaya dalam perangkap yang dipasangnya.

SUMBER ASAL

No comments:

Post a Comment