Monday, April 11, 2016

MAHATHIR KATA PRO-TUN DAH MAKAN DEDAK BAIK TUKAR JENAMA PADA PRO-JEEP JA



KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menuduh Proton makan dedak kerana sedia menerima bantuan pinjaman sebanyak RM1.5 billion dari kerajaan dengan empat syarat yang ditetapkan, khususnya syarat tiada campurtangan dalam pengurusan.

Malah Tun M bertegas Proton perlu terus dibantu dan diberi subsidi dan bukannya pinjaman.

Namun, beliau tidak memberi sebarang komen kepada pendedahan subsidi kerajaan kepada Proton yang sudah menjangkau RM13.9 billion selama 30 tahun kewujudan. Proton lahir dari cadangan ahli perniagaan Taiwan, Tan Sri Rin Kin Mei untuk tukar janama kereta Mitsubishi.

Jika wang sebanyak itu telah disalurkan untuk pertingkatkan pengangkutan awam atau jalanraya untuk Sabah dan Sarawak, banyak menjimatkan subsidi petrol, pengswastaan lebuhraya dan pembangunan untuk seluruh negara boleh dicapai.

Tun M, yang telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Proton pada Mac 30hb baru-baru ini, tidak dapat menerima keputusan pengurusan Proton untuk menerima pinjaman dan bukan dana R&D yang dipohon.


Katanya, "Proton tidak makan dedak. Dia hanya makan subsidi nasi Morocco Maghlubah yang mewah dan beras panjang-panjang. Jika sudah makan dedak, elok tukar saja jenama dari pro-Tun ke proJeep. DRB Hicom patut restructure Proton bawah Jeeps Malaysia.

"Tagline "It's all in the drive" tidak sesuai jika tiada semangat untuk berdegil dan tak ikut kehendak pasaran."

Tun M tidak dapat melarikan diri dari kenyataan politik yang sinis.

Katanya, "Pekerja Proton sebanyak 12,000 pun perlu ditukar kerana kebanyakkan adalah penyokong Pakatan Rakyat suatu masa dulu. Parti mereka pun bukan mahu tandatangan Deklarasi Rakyat saya."

Pengurusan Proton sering berhadapan masaalah kerana Tun M tidak boleh berhenti berpolitik. Dia bertegas mahu hadir di semua acara-acara promosi Proton tetapi tidak membantu Proton. Media hanya lapor komen politik dan sidang media hanya jadi landasan untuk jatuhkan kerajaan.

Tun M mahu kerajaan beri percuma saja "rebate" dana R&D yang dimohon sebanyak RM1.7 billion. Ia membolehkan Proton terus tambah lagi pelbagai model lain. Kejatuhan Proton ke tangga ke 4 dari segi jualan tidak patut dicampur aduk dan dijadikan sebab untuk tidak buat model baru. 

Katanya, "Proton kurang jualan kerana kerajaan hanya beli sebanyak RM1 billion untuk selama tiga tahun yang lepas. Kawan saya Robert Tan tak dapat buat duit banyak-banyak di Spanco.

"Untuk kereta nasional berjaya, kerajaan perlu beli lebih bayak kereta Proton serta orang ramai patut terus sokong. Biar spare part mahal dan tingkap tidak boleh dibaiki asal ia kereta buatan orang Malaysia. Saya, anak-anak dan cucu-cucu guna kereta mewah maka orang ramailah yang perlu patriotik."

Tambahnya lagi, "Oleh kerana kerajaan tidak mahu bantu, kerajaan tiada hak untuk persoal Proton membeli spare part dari sumber tempatan yang hingga 10 kali lebih mahal. Ia bukan lagi syarikat kerajaan dan terpulang pada syarikat untuk beri sub-kontrak pada orang tertentu itu."

- Agensi Berita Husin Lempoyang

No comments:

Post a Comment