Thursday, March 10, 2016

MAHATHIR LUPA KESETIAAN NAJIB SEMASA BELIAU HAMPIR TERLUNGKUP DI CABAR KU LI DAN ANWAR

Suci benarkah Mahathir hingga sewenangnya mahu menjatuhkan pemimpin sekarang seolah dia lupa Najib juga berperanan menyelamatkan hayat beliau bukan sekali malah dua (2) kali ketika dicabar Ku Li dan Anwar. 

Nescaya jika tidak kerana kesetiaan Najib itu Mader tidak akan dapat kekal selama 16 tahun menjadi PM... kalau Najib tidak setia nescaya sudah tamat hayat Mader sebagai presiden UMNO dan PM... Itulah Najib tidak pernah dalam langkah beliau mendaki naik ke puncak pimpinan memijak atau menjatuhkan sesiapa... malah kekal setia dan taat pada pimpinan walau dilanda badai sebesar mana sekalipun.

Apakah Mader ingat semua itu??? tidak bukan! kerana yang ada dalam minda beliau hanyalah dendam dan amarah yang puncanya adalah aduan kroni taikun rapat beliau yang kehilangan manapoli dan projek serta black ekonomi kerana berlaku rasionalisasi dan sistem baru percukaian dibawah Najib...

Mengamuk kerana Najib mengabaikan kemahuan Mader yg mahu projek mega di bawah kroni beliau diteruskan walhal projek itu bakal membebankan rakyat seperti projek sedia ada konsesi tol dan lain-lain yang memakan berbilon wang rakyat sepanjang konsesi 30 tahun yg diberikan. Merajuk kerana menganggap beliau hilang kuasa kawalan menentukan hala tuju negara terutama keputusan berkaitan masa depan politik khususnya nasib anak beliau Mukhriz Mader. 

Apakah jika Mukhriz kekal sebagai MB mader akan keluar UMNO... jawapannya tidak... namun beliau akan kekal hentam kerajaan kerana 2 faktor di atas... dan kini sebab anak beliau tidak lagi menjadi MB beliau keluar UMNO buat kali ke 3 menghentam umno malah lebih jijik demi kuasa, pengaruh dan niat menjatuhkan kerajaan beliau sanggup melacurkan maruah berpakat dengan pembangkang.

Dan kini waima menghadapi cabaran dan tekanan Najib tidak menggunakan taktik licik jahat dan kejam seperti yang dilakukan MAHATHIR sewaktu mahu mengekalkan zaman pemerintahan beliau... Ku Li dan Anwar difitnah diaibkan dibongkar dan dijaja segala macam perkara hingga dipenjara. Bandingkan.... Mahathir dan pengkhianat UMNO sampai sekarang bebas bergerak berucap dan memfitnah termasuk pembangkang juga... kalau zaman Mahathir baru selangkah dua bergerak nescaya ISA dan penjara tempatnya...

Tindak tanduk mahathir sekarang bukan demi rakyat sebaliknya kesumat semata-mata bab cerita lain hanya dijadikan alasan untuk menghalalkan usaha menjatuhkan pimpinan negara... termasuk opurtunis yang mahu mengkudakan gerakan mahathir untuk berkuasa memerintah seperti muhyidin dan pembangkang...

bak kata Najib "Apa lagi permintaan Mahathir yang tidak lagi saya penuhi" jangan sampai pepatah melayu di ubah " Harimau Mati meninggalkan belang... Mahathir mati meninggalkan PERPECAHAN"

KEPUTUSAN pemilihan UMNO pada 24 April 1987 menyaksikan Dr. Mahathir Mohamad menang tipis dengan majoriti 43 undi untuk jawatan Presiden parti. GAMBAR ARKIB UTUSAN
KEPUTUSAN pemilihan UMNO pada 24 April 1987 menyaksikan Dr. Mahathir Mohamad menang tipis dengan majoriti 43 undi untuk jawatan Presiden parti. GAMBAR ARKIB UTUSAN

PADA malam 23 April 1987, kira-kira 29 tahun lalu. Satu perhimpunan telah diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Hotel di Jalan Sultan Ismail ini antara hotel antarabangsa terawal di ibu kota, 

Cukup genting pada masa itu pe­rebutan kuasa antara dua tokoh – Dr. Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Hilton menjadi markas jentera Mahathir, manakala Hotel Regent di Jalan Imbi menjadi markas Ku Li. Perhimpunan Agung UMNO dan pemilihan akan diadakan di PWTC keesokan harinya pada 24 April

Perhimpunan di Hilton itu diadakan oleh Dr. Mahathir bagi mengumpul sokongan. Suasana amat terde­sak. Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri terasa amat terancam. Dia cukup tertekan. Dia menghadapi tentangan maha hebat untuk mempertahankan jawatan Presiden. Ku Li bukan calang-calang orang dan Dr. Mahathir merasakan dia boleh dikalahkan.

Berlaku perpecahan yang amat dahsyat dalam sejarah politik Mela­yu ketika itu. Satu peperangan politik umpama kisah Clash of the Titans dan David and Goliath. Akibatnya terbentuk dua team. Team A dan Team B. Team A Mahathir bersama Tun Ghafar dan Anwar Ibrahim serta Team B Ku Li bersama Musa Hitam, Pak Lah, Datuk Manan Osman, Rais Yatim, Datuk Zainal Abidin Zain. Najib selaku Ketua Pemuda UMNO juga dikatakan menyatakan sokongan kepada Team B. 


Dr. Mahathir yang terdesak membuat perancangan. Dipanggil semua penasihatnya, termasuk ADC atau Ketua Pengawal Peribadinya, Mohamad Ali (Pak Ali). Beliau perlu memikirkan dengan cepat. Masa tidak lama sebelum pengundian pagi keesokan harinya. Hanya 11 jam sahaja yang tinggal. “Ali pergi cari Najib cepat!” kata Dr. Mahathir kepada Pak Ali.

Dr. Mahathir mengarahkan pengawal peribadinya itu mencari Najib. Najib perlu dibawa dengan kereta besar Perdana Menteri ke Hotel Hilton pada malam itu juga. Najib perlu ditunjukkan kepada perwakilan. Sokongan Najib kepada Dr. Mahathir adalah penentu.

Dr. Mahathir mengarahkan supaya satu kerusi di meja utama dikosongkan bagi memberi tempat kepada Najib.   “Kemudian Ali memberitahu saya Najib sudah sampai.” Kata Idris, beliau nampak Najib tiba dengan kawan lama sekolahnya di St. John’s Institution, bernama Dr. Tiagi.


Apabila Najib masuk semua hadirin bangun bertepuk tangan. Nada ucapan tiba-tiba bertukar. Dr. Mahathir amat gembira de­ngan kemunculan Najib itu.


Akhir sekali keesokan harinya Dr. Mahathir menang mengalahkan Ku Li dengan margin yang tipis. Dr Mahathir menang sebanyak 43 undi ke atas Ku Li, iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.


KLIK SINI - BACA LANJUT ARTIKEL DI BIG DOG DOT COM

No comments:

Post a Comment