Monday, March 21, 2016

LIM GUAN ENG BERLAKON BODOH SAMBIL KENCING WARTAWAN SEBENARNYA TAHU HARGA BANGLO DI BAWAH NILAI PASARAN


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwcPo5EG1dr3ePee8b3vv0aPhuxjnDQaaEfZqwj7JE1034f8PgvlbZn6KRFVFXCVsgdPd4Xs19hnEWrCU4gCLAeVZGpktFpOY8_RlBBzuhnyzkaQ-TAnosZpGxk2i_gJV_OcfmEbFfCqmR/s640/2016-03-20%25252019.42.17.png
 
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berbohong apabila berkata tidak tahu harga pasaran banglo yang dibelinya tahun lepas dengan harga RM2.8 juta dengan MEMBUAT LAWAK BODOH dia bukan egen hartanah. lihat Free Malaysia Today, di sini,

BUKTINYA Lim Guan Eng pernah menerima surat dariada Lembaga Hasil Dalam Negeri bertarikh 27/08/2015 (C142015SIVA) berkenaan 'Notis Taksiran Pindah Milik Harta Tanah (Duti Ad Valorem) seperti di lampirkan di bawah.

Di dalam surat berkenaan, berdasarkan Seksyen 36, Akta Setem 1949, Duti Setem mengikut jumlah ad valorem yang dikenakan adalah sebanyak RM122,100. Dalam muka surat 2 surat berkenaan dengan jelas menyatakan bahawa nilai taksiran hartanah yang ditaksirkan oleh LHDN adalah RM4.270 juta, satu jumlah yang nyata lebih tinggi daripada harga belian rumah itu iaitu RM2.8 juta.

Adalah mustahil Lim Guan Eng tidak tahu harga pasaran rumah berkenaan lebih tinggi daripada harga belian oleh beliau. Melainkan pengundi Parlimen Bagan telah memilih Ketua Menteri yang paling bodoh dalam sejarah. Kalau LHDN mentaksir harga hartanah tersebut sebanyak RM4.270 juta, bayangkan penilaian yang dibuat oleh Jurunilai Profesional Komersial yang bertauliah. 

Oleh tu, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjemput wartawan ke rumahnya hari ini tidak lebih sekadar 'political stunt' atau wayang cina. Fakta tetap tidak berubah. 
 
SPRM APA TUNGGU LAGI...

No comments:

Post a Comment