Monday, February 15, 2016

HEBOH TOLAK KUOTA KERJA 1.5 JUTA BANGLA TAU TAK HANYA MASUK BILA ADA PERMINTAAN MAJIKAN

Saya sebagai majikan nak cakap, KENAPA majikan mahukan pekerja asing berbanding orang Malaysia.

1. Bila diberikan arahan, pekerja Bangladesh akan menuruti. Bukannya seperti orang Malaysia yang sibuk bermain Facebook.
2. Pekerja asing bekerja dengan ikhlas, bukan merungut 24 jam komplen tentang majikan.
3. Mereka boleh diharap. Kita boleh mengharapkan mereka selesaikan kerja walaupun kita sedang bercuti. Kalau orang Malaysia, saya sudah kena banyak kali. Kita cuti, dia pun tak datang. Esok berhentilah. Macam mana perniagaan nak maju kalau pekerjanya sekejap ada sekejap tak ada? Tak sempat nak melatih, dia dah mula bosan. Langsung tak boleh diharap.
4. Perangai Melayu malas yang susah nak dibuang. Kita kena ketuk mereka dulu, barulah mereka berjalan.
5. Kita bayar gaji pekerja asing RM900 pun kena ingat, bukan sebab pekerja Bangladesh ini bayaran gajinya murah dan kita ambil. Ramai yang tak tahu bahawa, sebelum seseorang pekerja Bangladesh itu tiba di Malaysia, kita sebagai majikan sudah belanja dekat RM5,000 untuk dia. Setiap tahun pula kena renew, kerajaan pula mengenakan caj yang mahal. Namun, sebagai majikan kita sanggup sebab tahu mereka boleh diharap.
6. Pekerja asing, kalau cuti pun berpada-pada. Juga tiada timbulnya masalah kejap-kejap MC yang dibeli dari klinik.
Mereka juga tiada menyertai geng-geng 3 line ke apa atau sikit hal dengan rakan sekerja terus bawa geng gaduh di tempat kerja, tiada.
Sekian, ini jawapan jujur dari majikan seperti saya. Bukannya teringin sangat nak ambil pekerja asing, penat nak buat medical checkup dia la, itu ini. Tetapi, dari kita lingkup dengan pekerja yang tak boleh diharap, baik kita bayar lebih sikit untuk mendapatkan pekerja yang rajin dan boleh diharap.

http://www.pilihanrayakini.com/2016/02/kenapa-kami-ambil-buruh-asing-majikan.html

No comments:

Post a Comment