Wednesday, December 2, 2015

DAFTAR PKR DAPAT DUIT RM 100.00 KALAU UMNO BUAT DI KATAKAN RASUAH DAN HARAM PULAK




Beberapa pemidang kain telah dipasang sekitar Ampang. PKR sedang mengiatkan usaha untuk pendaftaran ahli baru. Saguhati diberikan iaitu sebanyak RM100 untuk seorang ahli baru. Adakah RM100 yang diberikan adalah berbentuk derma, bayaran penghargaan atau sumbangan tulus ikhlas dari parti? Cuba perkara yang sama diamalkan oleh parti Kerajaan Pusat seperti UMNO. Habis macai-macai Pakatan Harapan terutamanya PKR sumpah seranah dengan perkataan rasuah.

Adakah pemimpin-pemimpin PKR akan turut menyalahkan UMNO dalam soal kain pemidang ini? Seperti mana kalimah yang dikeluarkan oleh Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi, "semua masalah negara salah UMNO". Mungkin bini dia mengandungpun salah UMNO. Terlanjur bercakap pasal Nik Nazmi ini, CTS ada menerima kiriman Whatsapp dari ahli parti PKR mengenai usul undi tidak percaya kepada beliau. Betulkah?

No comments:

Post a Comment