KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
▼
Thursday, October 29, 2015
PANAS!!! ARUL KANDA CEO 1MDB TERIMA CABARAN DEBAT MP DAPiggy TONY PUA
Terbaiklah CEO 1MDB, Arul Kanda apabila bingkas menyahut cabaran oleh Ahli Parlimen DAPig Petaling Jaya Utara untuk berdebat dengannya berhubung isu² semasa membabitkan syarikat milik kerajaan tersebut.
Apa yang pasti ketika ini confirm Tony Pua ketaq lututnya apabila Arul Kanda tidak lagi mampu berdiam diri dan membiarkan berita tidak benar mengenai 1MDB terus bertebaran di kalangan rakyat Malaysia yang mahu mengetahui realiti sebenar yang sedang melanda 1MDB.
Secara gentleman menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Arul Kanda menerima cabaran tersebut tetapi dengan mengenakan satu syarat dengan meminta Tony Pua melepaskan jawatan sebagai ahli PAC yang sedang menyiasat 1MDB.
Ini kerana beliau berharap debat tersebut boleh berjalan dengan baik di antara pihak syarikat dan pihak yang memfitnah selama ini dan tidak berlangsung seperti siasatan sedang dijalankan oleh ahli PAC.
Mudah dan ringkas permintaan ikhlas dari CEO 1MDB. Namun Tony Pua bertegas tidak mahu meletakkan jawatan tersebut kerana menganggap permintaan tersebut adalah kerana Arul Kanda seakan penakut walaupun ahli² PAC lebih ramai terdiri daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional.
Tony Pua juga menegaskan bahawa Arul Kanda tidak perlu memberikan alasan bodoh walaupun untuk menyahut cabaran beliau. Sambil menegaskan tiada undang² yang mengatakan bahawa dirinya tidak boleh membangkitkan isu kepentingan awam walaupun masih bergelar ahli PAC.
Tetapi apa yang Tony Pua mungkin terlupa bahawa selama ini dirinya tidak pernah bercakap benar mengenai 1MDB walaupun menjawat jawatan sebagai ahli PAC dan perkara ini dibimbangi oleh pelbagai pihak kerana maklumat yang disebarkan tidak benar.
Tambahan lagi, kepincangan yang sedang melanda PAC kini apabila terdapat pihak yang dirasai membocorkan beberapa maklumat yang sedang dalam penyiasatan PAC. Ini yang diharapkan oleh Arul Kanda agar Tony Pua meletakkan jawatan sebagai ahli PAC atas dasar mengelakkan conflict of interest yang boleh mengganggu perjalanan siasatan PAC kelak sekiranya debat diteruskan.
No comments:
Post a Comment