Tuesday, September 8, 2015

AYAHANDA MAHARAJA PALING BERKUASA NO 1 DI MALAYSIA MUNGKIN KE AMERIKA CARI ALVIN TAN

Mungkin di bawah Datuk Abdul Hamid Bador bekas Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada sindrom 3L iaitu LEMAU... LEMBAB... dan LEMBEK... menyebabkan anasir subesif, perkauman, jenayah, kelucahan melampau serta aktivis free thinker macam Alvin bermaharaja lela... malah onar dan gelora seolah dibenarkan bermain dalam masyarkat dengan di api-apikan pembangkang... 

Sampai Ayahanda PALING POWER NO 1 di Malaysia Abdul Rani berkata, kalau dia diberi kesempatan dia sanggup ke Amerika Syarikat untuk menjejaki Alvin... "Jangan sampai ayah ke AS cari Alvin," katanya seloroh.


Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, 60, mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar menyegerakan ekstradisi blogger kontroversi Alvin Tan ke Malaysia.

Abdul Rani berkata, dengan cara itu sahaja membolehkan polis membuat tangkapan terhadap Alvin, sekaligus membolehkan dibicarakan mengikut undang-undang negara.


"Kalau pihak berwajib hendak menangkap Alvin ia boleh dilakukan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) misalnya mempunyai hubungan baik dengan Interpol Amerika Syarikat , jadi sudah tentu tangkapan Alvin boleh dilakukan," katanya kepada Sinar Online

1 comment:

  1. go go go rani kulup!!! kipidap & dongibap

    ReplyDelete