Wednesday, August 19, 2015

1MDB TERUS DI FITNAH TONY PUA AHLI PARLIMEN DAP MENGAKU MONYET RIMBA TAK BERTAMADUN


AP.DAP, Tony Pua hanya tahu berteriak dan mengacau macam monyet di rimba.
Bila diajak berdialog, dia lari. Bila dijelaskan, dia tak mahu dengar dan ulang soalan yang dah jelas. Dalam dunia berundang2 dan bertamadun, pihak terlibat tak boleh kimen hal.yang sedang disiasat.

Apa punya binatang ahli PAC ini? Agak2 berapa ramai minyet yang tak faham bahasa macam Tony Pua.



Kenyataan Media oleh Arul Kanda, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, 1MDB
Dikeluarkan pada 17 Ogos 2015
Untuk siaran segera


Tindakan Nakal Tony Pua

Kami merujuk kepada kenyataan media hari ini oleh YB Tony Pua, berhubung cabaran remeh (“chicken challenge”) yang dikeluarkan semalam. Kami mengambil maklum bahawa pada hari ini, YB Tony Pua merujuk kepada dirinya sebagai seekor “monyet”.

1MDB merasa gembira YB Tony Pua menjadi pengkritik tegar kami (“monkey on our back”) dan bukan seorang yang “tidak melihat, mendengar atau bercakap tentang kejahatan”.  Penelitian dan persoalan yang ditimbulkan oleh YB Tony Pua di khalayak umum adalah penting untuk menentukan kebenaran. Oleh itu, walaupun beliau sering mengulangi tuduhan-tuduhan yang tidak dibuktikan dan dikitar serta diguna semula, di bawah ini kami berkongsi penjelasan-penjelasan yang telah dikeluarkan sebelum ini oleh 1MDB, berkenaan perkara-perkara yang ditimbulkan sekali lagi hari ini oleh YB Tony Pua:  

Dialog

Pada 16 Januari 2015, Arul Kanda, dengan niat yang baik, telah membuat tawaran untuk berbicara dengan YB Tony Pua bagi berkongsi fakta mengenai 1MDB.  Walau bagaimanapun, seperti yang dibuktikan oleh tindakan YB Tony Pua selepas itu sehingga kini, jelas bahawa beliau tidak berminat untuk mengetahui perkara sebenar. Sebaliknya, sasaran beliau ialah untuk mendapatkan markah politik, memandang remeh siasatan yang sedang berjalan dan memberikan impak negatif kepada pelan rasionalisasi 1MDB.  

Siasatan Yang Sedang Berjalan

YB Tony Pua silap apabila mengatakan bahawa “tiada siapa lagi yang tinggal untuk menyiasat syarikat tersebut”.  Beliau dengan sewenang-wenangnya telah lupa untuk menekankan bahawa pihak berkuasa seperti Peguam Negara, Ketua Audit Negara, PDRM, BNM, SPRM dan PAC semuanya sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB dengan menyeluruh, profesional dan bebas. 

Unit Dana

Pada 30 Jun 2015, 1MDB telah berkongsi fakta-fakta berikut:

•          Lanjutan daripada aturan usahasama pada 2009, 1MDB telah melaburkan AS$1.83 bilion tunai dalam nota murabaha yang dikeluarkan oleh JV Co, syarikat yang pada ketika itu merupakan 100% hakmilik PetroSaudi berikutan penamatan usahasama tersebut pada Mac 2010.

•          Pada Jun 2012, keseluruhan jumlah ini telah dibayar semula melalui penukaran kepada saham PetroSaudi Oil Services Limited pada nilai AS$2.22 bilion.

•          Seterusnya, pada September 2012, 1MDB telah menjual saham-sahamnya dalam PetroSaudi Oil Services Limited pada AS$2.318 bilion dan menerima unit dana dalam dana yang didaftarkan di Cayman.  Unit-unit dana ini dimiliki oleh 1MDB melalui anak syarikat milik penuhnya, iaitu Brazen Sky, dan dipegang melalui BSI Bank Singapura sebagai penjaga.

•          Kesimpulannya, 1MDB melabur sejumlah AS$1.83 bilion dengan PetroSaudi dalam nota murabaha, dan akhirnya menerima AS$2.318 bilion dalam unit dana, yang merupakan kenaikan sebanyak AS$488 juta dalam jangka masa tersebut.

•          Penilaian unit-unit dana tersebut telah dibuat oleh pentadbir dana dan telah diperjelaskan dalam penyata kewangan diaudit 1MDB.

Maklumat lanjut berkenaan perkara di atas boleh diperolehi dalam nota penyata kewangan 1MDB. Oleh itu, bertentangan dengan dakwaan Tony Pua, 1MDB telah dengan jelasnya memberi maklumat terperinci berkenaan perkara ini – seperti di atas – dalam beberapa situasi.

Tindakan nakal YB Tony Pua seperti ini tidak memberi faedah kepada mana-mana pihak.  Malaysia bukanlah sebuah hutan belantara – kita mempunyai proses wajar, prosedur dan undang-undang yang harus dipatuhi.  Oleh itu, pihak berkuasa perlu diberikan ruang untuk meneruskan siasatan mereka.

1MDB kini memberi sepenuh tumpuan kepada pelaksanaan pelan rasionalisasi kami untuk menstabilkan syarikat dan mengurangkan beban hutang ke tahap yang mampan.  Berilah ruang untuk kami menjalankan tugas kami.


KREDIT : http://theunspinners.blogspot.com/2015/08/monyet-tak-tau-bahasa-dan-peraturan.html

No comments:

Post a Comment