Datuk Seri Najib Tun
Razak dilaporkan telah meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak
bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) supaya meletakkan jawatan.
Kata dua Perdana Menteri
itu dibuat semasa mesyuarat Kabinet Jumaat lalu tetapi difahamkan,
tiada seorang pun anggota Kabinet yang menyatakan pendirian mereka tidak
bersama Najib ketika diberi peluang berbuat demikian.
Menurut sumber Kabinet,
Perdana Menteri menyatakan pendirian tegasnya itu sebaik sahaja Menteri
Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan
pelan hala tuju 1MDB kepada semua anggota Kabinet.
Apa punya captain daaaaa... Dia yang timbulkan masalah, disuruhnya anak-anak kapal terjun laut....
ReplyDeleteSokong bersyarat. Jika ternyata bersih berdasarkan laporan PAC, terus sokong, jika tidak bagaimana nak sokong. Bolehkah sokong membabi buta? Amar makruf nahi munkar bukankah seharusnya begitu? Undipun seharusnya begitu juga bukan membabi buta.
ReplyDelete