Mari kita ulangi siapa yang dok racun pemikiran Tun Mahathir ni... individu atau kumpulan yang sibuk2 himpit mahathir perguna dia untuk buat kenyataan tak tepat langsung ni... minta ayahanda Tun dedahkan siapa PETUALANG dan kumpulannya yang dok meracun beliau dan memberi maklumat BODOH seperti ini... siapa?
Hari ini Negarawan Negara menulis lagi di blognya. Tajuk "Siapa Bertanggungjawab" boleh dibaca di sini. CTS tertarik dengan dakwaan Tun Dr Mahathir seperti berikut:
15. Amatlah menyedihkan apabila ternampak ada pilihkasih dalam siasatan jenayah. Hari ini Malaysia sudah disenaraikan sebagai antara 10 negara yang rasuah berleluasa.
Betulkah dakwaan Tun Dr Mahathir ini? Dari mana beliau mendapatkan fakta bahawa Malaysia antara sepuluh negara rasuah paling berleluasa? Amat sedih apabila Chedet meletakkan kenyataan tanpa merujuk kepada fakta yang sahih. Sebagai seorang tokoh negarawan, beliau tidak seharusnya menulis seperti Red Bean Army (RBA).
Bayangkan seorang negarawan menyatakan secara bertulis untuk memberitahu dunia bahawa negara sendiri adalah "negara sepuluh teratas paling korup di dunia"? Petikan kenyataan ini akan sampai ke media antarabangsa di mana ia akan diulang-ulang hingga menyebabkan kerosakan kepada reputasi Malaysia. Mengapa Tun Dr Mahathir mahu menyakiti UMNO, BN dan Malaysia?
Bagi yang dahagakan fakta, carilah sendiri atau rujuk di bawah:
Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2015/05/tun-dr-mahathir-dakwa-malaysia-antara.html#k5va5LKcJQAFMrPu.99
nampaknya sakit hati tun terhadap najib telah menyebarkan virus menyerang otaknya. kebelakangan ini kedapatan banyak sel2 otaknya yang tidak mampu berhubung. contohnya, isu seorang pemimpin umno yang jatuh muflis kerana membuat laporan polis terhadap 1MDB. dituduhnya kerajaan yang memufliskan pemimpin tersebut sedangkan kerajaan tiada kuasa sebagaimana yang disebut. sepatutnya tun faham prosedur bagaimana seseorang boleh diisytiharkan muflis. semuanya kerana hutang, samada hutang sendiri atau sebagai penjamin. adakah besar sangat pengaruh kerajaan terhadap CIMB? oh, sebab adik najib orang besar CIMB? merepek sahaja dakwaan tun. seorang negarawan boleh membuat dakwaan lemah tanpa sumber sahih begini, malu. sangat malu! nampak sangat kerana marah, tun lebih menggunakan nafsu untuk berkata2.
ReplyDeleteberkaitan dengan kes2 rasuah di malaysia tun telah meletakkan (entah sumber mana yang digunapakai) sebagai 10 tertinggi di dunia. hebat sungguh dakwaan tun. memang agak pelik kali ini tun banyak menggunakan sumber nafsu untuk mendakwa dakwi. kurang sangat menggunakan akal fikiran logik dan sumber sahih. mungkin juga faktor O-L-D. penyakit ketuaan yang melampau.
kita susah nak memberi merit dakwaan tun kepada najib kerana tun menggunakan isu benar bercampur tahyul untuk menguatkan hujah. kalau benar tun ada dakwaan sahih, kenapa tidak sahaja membuat laporan polis dan agensi yang berkaitan agar siasatan penuh boleh dilakukan kepada najib. amat malang tun menggunakan pentas ceramah bagi menjelaskan salahlaku najib tetapi tidak menggunakan saluran sebenar. ini akan memebri gambaran bahawa tun hanya mempolitikkan isu sedangkan jika benar, maka undang2 boleh digunakan untuk menurunkan najib dan memenjarakannya jika perlu. tun perlukan lebih sumber susu nampaknya.