Isu pembelian Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji Properties boleh
dikatakan selesai. Dalam sidang media di Tabung Haji (TH) pagi ini, TH
akan membatalkan projek hartanah dan menjual hartanah berkenaan kepada
pihak yang ketiga, dengan tiada kerugian langsung kepada TH. Ada 3 pihak
yang berminat hendak membeli hartanah berkenaan. Keputusan ini diambil
berdasarkan setelah mengambil kira sensitiviti umat islam, YAB Perdana
Menteri menasihatkan TH untuk menjual semula tanah berkenaan.
Rumah siap pahat masih berbunyi. Isu tiga orang kanan TH mempunyai
kaitan dengan 1MDB pula yang dipertikaikan. Masyarakat nampaknya
'phobia' mendengar nama 1MDB. Segala yang berkaitan dengan 1MDB adalah
merupakan najis mughalazoh. Haram dipegang dan kena samak. Lembaga
Tabung Haji (TH) sememangnya terkenal kerana mempunyai urus tadbir
korporat yang tinggi. Segala proses keputusan pelaburan akan melalui
pelbagai peringkat yang turut mengambil kira isu percangahan kepentingan
(conflict of interest).
Berbalik kepada tiga orang kanan TH berkenaan, mari kita lihat satu
persatu. Tan Sri Ismee telah mengistiharkan kedudukan beliau sebagai
Pengarah 1MDB untuk mengelakkan percanggahan kepentingan. Beliau malah
tidak mengambil bahagian di dalam mana-mana proses penilaian dalaman dan
telah menarik diri daripada terlibat di dalam semua proses membuat
keputusan dalam mesyuarat panel pelaburan dan juga dalam mesyuarat
lembaga pengarah.
Kedua, Datuk Johan Abdullah pula menjadi Ahli Lembaga Pengarah anak
syarikat 1MDB iaitu Endra Global Energy. Kedudukan beliau di dalam
syarikat tidak ada hubungan dalam membuat keputusan di dalam 1MDB
mahupun TRX Real Estate.
Ketiga, Tan Sri Samad yang merupakan Ahli Lembaga Pelaburan yang baharu
sahaja dilantik menjadi Penasihat Khas kepada 1MDB. Beliau bukan Ahli
Lembaga Pengarah yang boleh membuat sebarang keputusan di dalam syarikat
berkenaan.
Masalah dengan masyarakat Malaysia termasuk Datuk Dr Mohd Asri Zainal
Abidin, Mufti Perlis adalah suka menjatuhkan hukuman sendiri. Negara
kita ada undang-undang. Kalau mana-mana pihak merasakan berlakunya salah
guna kuasa atau penyelewengan berlaku di dalam Tabung Haji, laporan
polis dan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus
dibuat dengan segera.
Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2015/05/drmazacom-mahu-ahli-lembaga-pengarah.html#1GUjHElsxQM4PcmQ.99
"MAZA DAH LAH BODOH TABUR FITNAH DALAM MASYARAKAT SUKA-SUKA HUKUM", setuju sangat dgn tulisan blogger ini.
ReplyDelete