SIAPA DIA??? Ananda Krishnan terkenal mulai 1990an apabila mendapat penswastaaan padang lumba kuda Jalan Ampang, Kuala Lumpur, yang kini menjadi tapak KLCC dan Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat pada tahun 1989. Beliau dilaporkan membayar RM110 juta untuk tanah itu dan membelanjakan RM300 juta untuk memindahkan syarat kegunaannya sebagai tapak KLCC. Beliau kemudian menjual 51% projek itu kepada Petronas dengan harga RM600 juta dan beliau sekali lagi menjualkan baki 41% saham yang dimilikinya dalam KLCC Development Sdn.Bhd kepada Petronas dengan harga RM1.2 billion.
"Kerajaan tidak meminta Kelab Kuda untuk menyerahkan atau menjual tanah tersebut kepada Petronas. Apa yang dilakukan ialah memaksa Kelab Kuda tersebut menjual tanah yang bernilai tinggi itu kepada kroni teristimewa Mahathir.
"Kroni tersebut kemudiannya mendapat keuntungan yang amat besar dengan menjualkan tanah itu kepada Petronas. Pengurusan atasan Petronas diarahkan supaya membayar pada harga itu tanpa dibenarkan langsung merunding harga tersebut," kata Dr Tan ketika menyampaikan penerangan kepada anggota Parti Keadilan Rakyat d sini semalam.
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/10/petronas-dipaksa-beli-tanah-klcc-kroni.html
Sejak awal, tatkala beliau berjaya membeli tanah lumba kuda (tapak asal sebelum pembinaan KLCC) dengan harga 100 juta, ia telah menimbulkan bantahan. Ketika itu pemimpin-pemimpin parti Semangat 46, terutama Dato’ Rais Yatim menghangatkan isu tersebut kerana Ananda membeli tanah dengan harga yang murah dan menjual kepada Petronas sejurus sesudah itu dengan harga berlipat kali ganda. Soalnya, mengapakah perlu Dr Mahathir menjual kepada sahabatnya dulu, tidak terus kepada Petronas?
Ananda diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Mahathir dan anak-anaknya. Beliau diberi lesen perjudian lumba kuda dan kini dikendalikan oleh Ananda di bawah Tanjung Plc. Seperti juga syarikat Genting, maka keuntungan besar dari hasil perjudian digunakan untuk melebar jaringan kegiatan syarikat beliau termasuk Astro, janakuasa elektrik dan Binariang, syarikat telekom yang dipengurusikan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar. Adalah dijangka bahawa penaklukan Ananda melalui syarikat Usaha Tegas sebanyak RM1.2 bilion akan mengembangkan kekuatan empayarnya di Malaysia dan di luar negara.
DIKATAKAN JUGA ada terlibat dengan pengurusan belanja percutian Dr Mahathir keluar negara dan belanja RM4 juta untuk kos kapal sewaan Mahathir ke Antartika merupakan pelaburan kecil berbanding dengan manfaat dan keuntungan yang diperolehinya.
MACAM NI KAH PEMIMPIN YANG MENGGADAIKAN AMANAH ORANG MELAYU SEWAKTU JADI PERDANA MENTERI? SIAPA YANG MENGKAYAKAN SIAPA? DUIT SIAPA DIBERIKAN KEPADA ANANDA KRISHNAN? SIAPA DALAMG TERSEBUT? KENAPA SPRM TIDAK MAHU MELAKUKAN PENYIASATAN? MOHON RAKYAT BUAT LAPORAN AGAR TINDAKAN MENCARI KEBENARAN DAPAT DIJALANKAN...
ReplyDeleteGendang perang sudah berbunyi...kini Mahathir diserang. Tun boleh buat politik negara kacau bilau jika Tun bergabung dgn PR utk tumbangkan Najib.
ReplyDeleteDah kata dah, perjumpaan dengan Timbalan-Timbalan Ketua UMNO hari ini hanya untuk memburuk-burukkan Tun Dr. Mahathir dengan dongengan tak tentu hala.
ReplyDeleteSekarang mereka gunakan pemimpin PKR Tan Kee Kwong untuk memburuk-burukan Tun Dr. Mahathir.
Nak tanya jugalah, pasal apa Tan Kwee Kwong terus berada dalam Barisan Nasional walaupun sehingga Tun Dr. Mahathir bersara dan sekarang ini berambus masuk PKR pula?
Puak-puak Najib ni memang gila, mereka ni memang bengong kerana rakyat akan makin marah kepada kerajaan akibat perangai Abu Jahal mereka ini,
Kalau la jelous sagat degan anandha kenapa org2 ko tak beli masa dulu tu , tak layak atau tak mampu beli klcc dan tanah tu.pastu ckp saja anandha sapa .korang ni kutuk nomber satu , ni la islam ajaran ko org ke , klu korang betul2 islam tak blh kutuk org. dunia ni cuma kita pinjam kepada tuhan igat itu. Jagan main ckp ,terus terang la bai aku cakap kalau la org asing tak datang ke malaysia sampai skarang takan jadi top klu gua ckp pe2 sala minta maaf yer . Fikir sebelum cakap
ReplyDeleteini bukan masalah ananda atau kaum atau keturunan... jelas dalam artikel ia berkaitan kronisme yg diamal mahathir dengan mengkudakan ananda sebagai proksi untuk menelan kekayaan negara... mahathir lulus jual tanah kelab pada ananda harga murah kemudian ananda jual tinggi pula berganda2 pada petronas...
ReplyDeletekenapa ananda dapat beli tanah tu... dan tidak syarikat lain yg ada turut membida masa tu??? mudah ja... kronisme laaa... sbb tau akan jual pula balik dan dengarnya petronas dipaksa beli tanah tu pulaaa..... walau mahal...
maka hasil jadi kroni, merangkap orang tengah dan kuda mahathir... kaya raya ananda ni...