Thursday, April 16, 2015

HASIL SOKONG PAKATAN RAKYAT GURU KAFA DITIPU JANI NAIKKAN ELAUN USTAZ EKHSAN BERDEPAN TINDAKAN DISIPLIN

Ekhsan turut menarik perhatian para media apabila menitiskan air mara kerana tersentuh mengenangkan nasibnya dan rakan guru KAFA yang lain.Rakyat selangor terlupa MANIFESTO BUKAN JANJI walau sedih melihat Ustaz Ekhsan dihalang dan di kenakan tindakan disiplin hanya kerana menuntut janji kenaikan elaun guru kafa selangor seperti yang dijanjikan Pakatan Rakyat... Ini lah realiti Pakatan Rakyat... sudah dua penggal rakyat selangor di tipu dan dikotak-katikkan... Ustaz Ehsan ini Penyokong TEGAR pakatan rakyat AKA Pembangkang TAU.... Ini kah balasan setelah beria menyokong dan mengundi seterusnya mengekalkan Pakatan Rakyat memerintah... 

Bahagianya Selangor dibawah pakatan rakyat... kenapa bahagia.... RAKYAT SELANGOR SUKA sampah bertimbun, banjir kerap melanda, denggi no 1 di Malaysia... air kerap tak ada... cukai pintu dan perniagaan naik melambung... tanah selangor berlubang-lubang kena korek selalu... jalan raya pecah sana sini... MB SUKA MAKAN AIS CREAM hehehehe... 

Ustaz Bersama aktivis pembangkang

BERITA USTAZ MENANGIS

SHAH ALAM: Ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sedang berlangsung, seorang guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) tampil mendesak kerajaan negeri supaya menaikkan elaun daripada RM1,300 kepada RM1,500 seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Menurut Ekhsan Bukharee Badarul Hisham, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) hanya menabur janji manis kononnya bakal menaikkan elaun terhadap guru KAFA, sebaliknya hanya untuk meraih undi pada Pilihan Raya Umum (PRU13) yang lalu.

Jelasnya, guru KAFA di negeri itu sehingga kini masih berpendapatan di bawah golongan miskin.


Dalam perkembangan yang sama, suasana tiba-tiba sayu apabila Ekhsan turut menarik perhatian para media apabila menitiskan air mara kerana tersentuh mengenangkan nasibnya dan rakan guru KAFA yang lain.

Menurutnya, peningkatan kos sara hidup pada masa kini mendesaknya dan rakan yang lain untuk mendapat jaminan kenaikan elaun daripada kerajaan negeri.

USTAZ DAPAT SURAT CHENTA DARI KERAJAAN NEGERI SELANGOR HASIL SOKONGAN KUAT KEPADA PAKATAN RAKYAT - PKR


No comments:

Post a Comment