Tuesday, March 17, 2015

KECELAKAAN RAFIZI TERSERLAH KAKI FITNAH DAN KENCING RAKYAT BOHONG FAKTA PEMBELIAN JET BARU KERAJAAN

KAKI FITNAH BERSAMA KUNCU-KUNCU LAHANAT
 
Ahli Parlimen Pondan, mengadakan Sidang Media di Parlimen hari ini membuat dakwaan separuh benar terhadap pembelian pesawat Jet 9H-AWK oleh Kerajaan Malaysia. Berikut adalah penjelasan ringkas maklumat yang telah diputar belitkan oleh Rafizi Ramli dan kuncu-kuncunya:

1. Pembelian Jet 9H-AWK oleh Kerajaan Malaysia (bukan keputusan DS Najib Razak secara individu) sepertimana yang dibangkitkan oleh Rafizi Ramli bukan sebagai "Jet Peribadi" seperti yang didakwa, sebaliknya ianya adalah "Jet Kerajaan".

2. Pembelian pesawat baru VVIP jenis A320 merupakan satu keputusan penggantian "Jet Kerajaan" yang berusia 20 tahun bagi tujuan penggunaan Yang Di Pertuan Agong, Raja-Raja dan kenamaan yang layak.  Pesawat BBJ737-700NG juga terlalu uzur untuk digunakan oleh kenamaan dan perlu digantikan dengan pesawat yang lebih baru atas faktor keselamatan.
3. "Jet Kerajaan" yang disebut oleh Rafizi Ramli merupakan jet kedua Kerajaan yang sudah lama dibeli dan telah berusia lebih 20 tahun. Oleh kerana faktor usia, kos penyelenggaraan jet tersebut amatlah tinggi. "Jet Kerajaan " tersebut juga sering menghadapi masalah teknikal. Ketika membawa Raja Permaisuri Agong pada tahun lepas, jet tesebut pernah menghadapi masalah teknikal ketika terbang diudara dan menyebabkan ianya 'hilang ketinggian' secara mendadak. Kesemua penumpang jet tersebut pengsan termasuk Raja Permaisuri Agong. "Jet Kerajaan" tersebut juga pernah terbabas sehingga menyebabkan kerosakan enjin ketika mendarat di Lapangan Terbang Alor Setar pada beberapa tahun lepas. Alhamdulillah pada ketika itu tidak ada penumpang.

4. Pesawat ini dibeli untuk menggantikan pesawat VVIP jenis BBJ737-700NG yang telah berusia hampir 20 tahun dan memakan kos penyelenggaraan yang amat tinggi. Oleh itu dakwaan Rafizi Ramli bahawa pembelian pesawat baru ini untuk menambah koleksi "Jet Kerajaan" adalah fitnah.

5. Pesawat VVIP jenis BBJ737-700NG pada kebiasaannya digunakan oleh DYMM YDP Agong, Permaisuri Agong, Raja-Raja dan kenamaan lain yang layak. Perdana Menteri hanya akan mengunakan pesawat berkenaan sekiranya pesawat yang beliau gunakan sekarang iaitu ACJ 319 mengalami kerosakan dan sedang diselenggarakan.

6. Dakwaan Kerajaan memiliki "sekurang-kurangnya 6 buah pesawat" yang sedia digunakan adalah fitnah dan berniat jahat. Faktanya, daripada 5 "Jet Kerajaan" yang ada, hanya 2 sahaja yang masih elok dan berfungsi dengan baik. Bagi pesawat lama iaitu BBJ 737-700NG, ianya sedang dalam proses untuk dijual. Ianya disimpan sebagai sumber alat ganti dan tidak semestinya untuk digunakan. Selain daripada "Jet Kerajaan" ACJ319 dan BBJ 737-700NG, "Jet Kerajaan" yang lain adalah Fokker F28 (dilupuskan pada Ogos 2012 dan sudah berusia 30 tahun) manakala Global Express dan Falcon 900 telah tamat tempoh penggunaannya.

7. Soal pembelian terbaru ini melalui rundingan terus diberi kepada Jet Premier One (M) Sdn. Bhd adalah kerana syarikat yang mempunyai kontrak penyelenggaraan dan pengendalian  "Jet Kerajaan" ACJ 319. Ini memudahkan urusan pembelian dan pengendalian pesawat terbabit. Selain itu pembelian "Jet Kerajaan" merupakan pembelian dengan ciri-ciri spesifik dan tertentu yang tidak sesuai dilakukan melalui sistem tender.

8. Sepanjang 6 tahun menjadi Perdana Menteri  (2009-2015), inilah kali pertama pentadbiran DS Najib menukar pesawat VVIP. Itupun ianya bertujuan untuk mengurangkan kos menyelenggara pesawat lama disamping aspek keselamatan kerana ia menjadi kegunaan YDP Agong serta Raja-Raja. Jelas Kerajaan BN di bawah DS Najib Razak tidak membeli pesawat ini sewenang-wenangnya, sebaliknya pembelian dibuat selepas mempertimbangkan keperluan dan mengambil kira keadaan pesawat sedia ada yang tidak lagi selamat digunakan.
9. Walaupun surat dan perjanjian setuju terima telah dibuat untuk pemilikan sebuah jet yang baru bagi menggantikan "Jet Kerajaan" kedua tersebut, ianya cuma akan dilaksanakan setelah "Jet Kerajaan" lama ini berjaya dijual. Kapten Norudin Majid adalah antara rakan kongsi dalam syarikat Jet Premier One Sdn Bhd. Masihkah kita ingat siapa beliau? Ketika peristiwa MH370, Kapten Norudin adalah antara pakar penerbangan yang banyak ditemubual oleh media. Beliau cukup fasih dalam bab penerbangan dan ilmu agama. Kebelakangan ini banyak kemalangan melibatkan pesawat berlaku di seluruh dunia. Adakah semata-mata kerana ingin 'berjimat', maka nyawa pemimpin negara dan krew pesawat kerajaan tidak perlu diambil berat?
 
APA SAHAJAPENDEDAHAN DAN DAKWAAN YANG KELUAR DARI MULUT MP PONDAN INI UMPAMA NAJIS DAN NANAH BUSUK KERANA SEGALANYA FITNAH, PEMBOHONGAN DAN PENIPUAN SEMATA-MATA...

No comments:

Post a Comment